Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Project Kavvaii perkenal dua Vtuber baharu – Airi Gwynevere & Mikazuki Mai!

Maira by Maira
April 22, 2022
in Artikel, Berita
0 0
0
Project Kavvaii perkenal dua Vtuber baharu – Airi Gwynevere & Mikazuki Mai!
Share on FacebookShare on Twitter

Project Kavvaii, sebuah inisiatif oleh airasia Super App bakal mengumumkan dua Vtuber baharu iaitu Airi Gwynevere dan Mikazuki Mai, sebagai sebahagian daripada rancangannya untuk berhubung bersama khalayak dengan cara baharu.

Airi Gwynevere dan Mikazuki Mai telah dipilih selepas menjalani ujibakat terbuka kedua yang diumumkan oleh Project Kavvaii pada bulan November tahun lalu, berikutan kejayaan Vtuber pertamanya iaitu Aozora Kurumi, yang bakal menyambut ulang tahun pertamanya pada 8 Mei 2022.

Sejak kemunculan sulung Kurumi pada bulan Mei 2021, idola maya pertama oleh Project Kavvaii itu telah melengkapkan lebih 150 strim dan mengumpul lebih daripada 22,000 langganan serta lebih 1.2 juta tontonan di YouTube.

Untuk Project Kavvaii Generasi ke-2, kedua-dua Vtuber ini bakal diperkenalkan sebagai Lunetide. Airi Gwynevere ialah seorang ahli sihir purba yang keseorangan diilustrasikan oleh ilustrator Nana dan Ran. Manakala Mikazuki Mai ialah seorang pemburu ahli sihir muda yang memiliki seekor isopod sebagai haiwan peliharaan bernama Zuozuo diilustrasikan oleh Hen dan Veiny.

Mengenai kemunculan sulung Vtuber Project Kavvaii Generasi ke-2, Rudy Khaw, Ketua Pegawai Jenama Kumpulan airasia Super App berkata, “Kami amat berbesar hati dengan pencapaian Vtuber pertama kami iaitu Aozora Kurumi yang telah melengkapkan kandungan penstriman airasia Super App sepanjang tahun lalu. Matlamat jangka panjang kami adalah untuk membolehkan Project Kavvaii berkembang sebagai cabang bakat maya dan menyediakan peluang hiburan serta penglibatan untuk para peminat, jenama dan komuniti. Kami percaya bahawa orang ramai menggunakan kandungan dalam talian secara berbeza pada masa kini, dan kami ingin mendorong inovasi tersebut untuk kekal relevan dalam komuniti dalam talian dan aliran pasaran.

“Pastinya, kedua-dua Gwynevere dan Mai akan menjadi penyeri kumpulan bakat Vtuber airasia Super App di mana mereka akan menstrim game dalam talian, muzik dan bersembang secara langsung. Jadi jangan lepaskan peluang untuk menonton penampilan sulung Gwynevere pada 23 April dan Mai pada hari berikutnya 24 April di saluran YouTube masing-masing,” tambah Rudy Khaw.

Project Kavvaii adalah satu program oleh airasia Super App untuk mencari dan membangunkan idola maya di Asean yang telah dilancarkan pada bulan Mac 2021.

Kedua-dua bakat daripada Project Kavvaii Generasi ke-2 iaitu Lunetide akan memperoleh kontrak setiap seorang dan menikmati akses kepada pasukan sokongan dan satu set lengkap untuk tujuan penstriman selain berpeluang untuk menjadi sebahagian daripada keluarga airasia dan bekerjasama dalam membantu membentuk dan membina watak tersebut. Berikut adalah akaun rasmi untuk kedua-dua Vtuber ini:

  • Airi Gwynevere
    • Youtube
    • Twitter
  • Miyazuki Mai
    • Youtube
    • Twitter

Mengenai Lunetide (Airi Gwynevere dan Miyazuki Mai)

Pemburu ahli sihir Mikazuki Mai bertemu dengan Airi Gwynevere, seorang ahli sihir yang terperangkap di dalam sebuah bilik bawah tanah setelah sekian lama. Mai ‘tanpa sengaja’ telah membebaskan Gwyn dan menyedari bahawa dia tidak begitu hebat sebagai seorang pemburu ahli sihir.

Tanpa sumber pendapatan, kedua-duanya tidak mempunyai pilihan lain selain untuk bekerja bersama-sama di sebuah bar yang diasaskan oleh Gwyn untuk menyara kehidupan, kerana mereka tidak dapat melakukan aktiviti melatih ilmu sihir pada siang hari.


Untuk maklumat lanjut mengenai Project Kavvaii, sila klik pautan ini. Kami juga berpeluang untuk temu ramah bersama Rudy Khaw dan Izal Azlee mengenai Project Kavvaii! Anda boleh klik pautan ini untuk membacanya.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: Airi GwynevereMikazuki MaiProject KavvaiiVTuber
Previous Post

Asterigos: Curse of the Stars – Game ARPG berdasarkan dunia mitos dan legenda

Next Post

Radeon RX 6400 – GPU Entry Level dengan harga berpatutan dari AMD

Maira

Maira

Terperangkap dalam game gacha (grind sampai habis bateri fon). Game rhythm dan JRPG memang berpisah tiada. Kadang-kadang melukis sambil layan stream VTuber.

Related Posts

Upin & Ipin Universe Dedahkan Gameplay Baharu, Game Akan Keluar 2025!
Berita

Upin & Ipin Universe Dedahkan Gameplay Baharu, Game Akan Keluar 2025!

June 8, 2025
No Straight Roads 2 – Game Ikonik Buatan Malaysia Kembali Dengan Sekuel Pada 2026!
Berita

No Straight Roads 2 – Game Ikonik Buatan Malaysia Kembali Dengan Sekuel Pada 2026!

June 8, 2025
Previu Sonic Racing: CrossWorlds – Lumba Kart, Tapi Customization Luas!
Preview

Previu Sonic Racing: CrossWorlds – Lumba Kart, Tapi Customization Luas!

June 8, 2025
Next Post
Radeon RX 6400 – GPU Entry Level dengan harga berpatutan dari AMD

Radeon RX 6400 - GPU Entry Level dengan harga berpatutan dari AMD

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd