Project JUDGE yang telah di announce kat Youtube Channel Playstation telah keluarkan details dan trailer game tu. Game Project Judge adalah dari kumpulan developer yang sama dengan game Jepun yang diminati ramai iaitu Yakuza! dan developer iaitu SEGA, yang membuatkan game terbaru tu telah mendapat perhatian yang ramai dalam announcement itu.
*Bawah ni adalah Trailer Game Project Judge*
Project JUDGE mempunyai Protagonist yang bernama Takayuki Yagami, dia adalah seorang bekas penguam pembela yang mendapat tahu yang bekas client dia didapati bersalah dengan pembunuh, yang dia berulang beritahu yang dia tak bersalah dan Takayuki pun tinggalkan kerjayanya dalam keadaan memalukan. Kemudiannya dia tumbuh rambut panjang, dia pakai jacket kulit dan menjadi private detective untuk apa yang berlaku malam itu.
*Bawah ni adalah 51 minit video presentation untuk Project JUDGE*
https://www.youtube.com/watch?v=RvpKAOtzDbY
Suara yang digunakan dalam karekter Takayuki Yagami adalah pelakon yang amat terkenal iaitu Takuya Kimura yang terkenal dengan filem-filem besar di Jepun dan Drama TV yang selalu mendapat sambutan yang hangat seperti HERO, PRIDE dan banyak lagi, dan game ini pun ambil elemen dari cerita dia iaitu HERO, seorang pendakwa raya yang mahu mencari kebenaran sendiri demi keadilan yang patut diberikan kepada pesalah.
Aku memang seorang peminat yang amat besar dengan pelakon Takuya Kimura yang memang besar pada 90an dan awal 00an. Dia masih berlakon lagi, dan masih maintain lagi walaupun dah masuk 4 series. Game ni pulak, mempunyai Storyline yang dalam dan Gaming Mechanic yang menarik, Definitely boleh nampak game ni pergi jauh apabila game ni keluar nanti.
@gamersantaimy
Discussion about this post