Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Private Division bekerjasama dengan rakan studio baru untuk mencipta game lagi unik

Razin Syafiq by Razin Syafiq
March 17, 2022
in Artikel, Berita, Industri
0 0
0
Private Division bekerjasama dengan rakan studio baru untuk mencipta game lagi unik
Share on FacebookShare on Twitter

Private Division telah menandatangani empat perjanjian penerbitan baru dengan developer indie Die Gute Fabrik, Evening Star, Piccolo Studio dan Yellow Brick Games di mana setiap studio sedang menguruskan satu game dan masing-masing masih dalam pembangunan awal. Game pertama akan diterbitkan oleh Private Division pada awal 2024, jika semua berjalan lancar.

“Di Private Division, kami mempunyai bakat kreatif terbaik dalam industri gaming dan keempat-empat pasukan ini serta pengalaman yang mereka bina, mewakili pelbagai genre yang akan menarik ramai penonton berbeza.

“Die Gute Fabrik, Evening Star, Piccolo Studio dan Yellow Brick Games – masing-masing mempunyai visi kreatif yang sangat pelbagai dan kami sangat teruja untuk membantu memperkenalkan game mereka kepada dunia.”

kata naib presiden eksekutif Private Division Michael Worosz dalam siaran akhbar.

Today we’re excited to announce that we’ll be publishing new IP with four outstanding developers. Please give a warm welcome to @gutefabrik, @EveningStarStdo, @Piccolo_Studio, & @YellowBrick_Qc! We can’t wait to share more about their new projects.

Read: https://t.co/Kx1dKiyWmO pic.twitter.com/WRg8RDzzX1

— Private Division (@PrivateDivision) March 16, 2022

Berikut ialah gambaran keseluruhan setiap studio, menurut Private Division:

Die Gute Fabrik

Die Gute Fabrik diasaskan pada 2008 oleh Nils Deneken dan kini diketuai oleh Ketua Pegawai Eksekutif dan pengarah kreatif Hannah Nicklin. Syarikat yang berpangkalan di Copenhagen itu membangunkan game berasaskan jalan cerita dan terkenal dengan judul Mutazione. Die Gute Fabrik ingin mendapatkan inspirasi daripada pelbagai disiplin dan sejarah, dan untuk menolak sempadan gaming selagi boleh. Pasukan ini sedang mencipta game baru yang memfokuskan pada jalan cerita.

Evening Star

Evening Star diasaskan pada 2018 oleh Christian Whitehead, Dave Padilla, Tom Fry, Hunter Bridges, dan Brad Flick, dan mempunyai ibu pejabat di Los Angeles dengan cawangan tambahan di London dan Melbourne. Pengasas sebelum ini mengusahakan Sonic Mania Plus yang diiktiraf secara positif untuk SEGA. Game debut mereka akan datang ialah sebuah ‘3D action platformer yang menggunakan Star Engine buatan sendiri.

Piccolo Studio

Piccolo Studio diasaskan pada 2015 oleh Alexis Corominas, Jordi Ministral, dan Oriol Pujado apabila ketiga-tiga rakan itu meninggalkan agensi pengiklanan mereka yang berjaya di Barcelona untuk meneruskan minat terhadap permainan video. Selepas mengumpul banyak developer berbakat di Sepanyol, game debut mereka, Arise: A Simple Story, mendapat sambutan positif untuk penceritaan dan gameplay. Mereka sedang membangunkan IP unik baru bersama Private Division.

Yellow Brick Games

Yellow Brick Games telah diasaskan di Quebec City pada tahun 2020 oleh veteran Thomas Giroux, Mike Laidlaw, Jeff Skalski dan Frederic St-Laurent B. Setelah mengusahakan banyak francais AAA yang berjaya termasuk Dragon Age, Assassin’s Creed dan Tom Clancy’s Rainbow Six, pasukan Yellow Brick Games ingin menyampaikan game yang inovatif dan bersifat ’emergence’ yang direka oleh pasukan kecil tetapi berkemahiran tinggi. Studio ini yakin bahawa sistem ’emergence’ dapat mencipta dunia yang kaya dan interaktif. Berdasarkan itu, Yellow Brick Games sedang mencipta action RPG baru yang bercita-cita tinggi.

Sumber: Emel, laman web rasmi

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: GamePrivate Division
Previous Post

Filem remake Shin Ultraman dedahkan visual baru untuk poster dan banner!

Next Post

WrestleQuest – Apabila game wrestling bertemu RPG

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

RGG Studio Memperkenalkan Semula Stranger Than Heaven, Dahulu Dikenali Sebagai Project Century
Berita

RGG Studio Memperkenalkan Semula Stranger Than Heaven, Dahulu Dikenali Sebagai Project Century

June 7, 2025
Onimusha: Way of the Sword Tampilkan Musuh Dalam Game & Aksi Combat Epik
Berita

Onimusha: Way of the Sword Tampilkan Musuh Dalam Game & Aksi Combat Epik

June 7, 2025
Mundfish Umum Atomic Heart II – Bakal Lancar Pada 2026 Untuk Konsol & PC
Berita

Mundfish Umum Atomic Heart II – Bakal Lancar Pada 2026 Untuk Konsol & PC

June 7, 2025
Next Post
WrestleQuest – Apabila game wrestling bertemu RPG

WrestleQuest - Apabila game wrestling bertemu RPG

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd