Pada pertengahan bulan ini, kami cukup bertuah kerana dijemput oleh Hoyoverse untuk menghadiri Acara Media Preview Zenless Zone Zero di Singapura.
Selain temu bual dengan Zhenyu Li, yang merupakan produser Zenless Zone Zero, kami juga mencuba demo langsung untuk versi Zenless Zone Zero yang majoriti hampir sama dengan versi pelancaran rasmi.
Untuk konteks, demo ini tidak mewakili versi akhir dan walaupun majoriti isi adalah sama, beberapa bahagian seperti jalan cerita utama, dialog NPC dan interaksi telah disekat atau diubah untuk mengelakkan spoiler. Diberi masa kira-kira lima jam untuk dua sesi, kami menerima akaun level 60 dengan semua watak, bangboo, W-Engine,dan sejumlah peralatan S-rank dan A-rank dengan level tinggi.
Berikut adalah ringkasan lengkap tentang isi kandungan Zenless Zone Zero dan bahagian endgame yang boleh diharapkan oleh pemain!
Gameplay Umum & Sistem Combat

Dari segi gameplay dan sistem pertempuran, tidak banyak perbezaan daripada apa yang dilihat dalam Closed Beta Test dahulu, demo di HoYoFEST dan sebagainya. Namun, bagi anda yang baru sahaja ingin mengenali game ini, Zenless Zone Zero ialah game aksi yang amat serupa dengan Devil May Cry dan Bayonetta di mana fokus pertempuran adalah untuk menggunakan pelbagai serangan kombo dan abiliti yang dimiliki watak.
Pertahanan datang dalam bentuk iaitu “Perfect Dodge” dan “Dodge Counter”. Semua watak dalam game (dipanggil Agent) mempunyai set pergerakan yang unik – dibahagikan kepada “basic attack”, “special attack”, dan “ultimate”. Setap Agent mempunyai abiliti unik, manakala sesetengah watak lebih kompleks daripada yang lain.

Setiap pasukan terdiri daripada tiga Agent (dan satu Bangboo) yang anda pilih sebelum setiap playthrough di mana anda boleh bertukar ke para Agent tersebut pada bila-bila masa dalam pertempuran, mengikut susunan yang dipilih — sebagai contoh, susunan watak 1→2→3→ulang semula.
Namun dalam situasi tertentu, seperti “Chain Attack”, pemain akan dapat memilih Agent mana yang hendak ditukar – lantas memecahkan susunan tadi.

Sama seperti game Hoyoverse lain seperti Genshin Impact, Honkai: Star Rail dan Honkai Impact 3rd, Agent dibahagikan kepada beberapa peranan, elemen dan juga faction yang berbeza. Untuk peranan, anda ada Attack, Defense, Support, Stun, Anomaly.
Bagi elemen, anda boleh melakukan elemental damage dan mencetuskan “elemental reaction” tertentu sebaik sahaja musuh menerima cukup damage. Elemen yang ada dalam game termasuk Fire, Electric, Ice, Physical, Ether. Bagi action, anda boleh melakukan “Additional Abilities” jika mempunyai ahli pasukan tertentu yang berkongsi Faction atau elemen yang sama.

Walaupun mempunyai kawalan yang lebih mudah berbanding game aksi lain, ia tetap menyeronokkan dan masih memberi pengalaman yang memuaskan bersama animasi yang cantik dan kesan yang mengasyikkan. Malah, aksi dodge dan counter pun terasa solid, dan pasti disukai oleh peminat Honkai Impact 3rd ataupun peminat genre game aksi.
Zhu Yuan, Ketua Kepada Criminal Investigation Special Response Team

Walaupun mencuba semua watak yang boleh dimainkan, satu watak khususnya paling menonjol bagi kami ialah Zhu Yuan – salah satu watak terbaharu yang memfokuskan dalam seni mempertahankan diri, pistol dan tembakan Ether.
Dia adalah salah satu daripada beberapa watak yang mempunyai dua elemen berbeza dalam set pergerakan, dan dapat melakukan damage Physical dan Ether.

Zhu Yuan mempunyai dua mode iaitu Assault Mode dan Suppressive Mode. Dalam Assault Mode, anda melakukan kombo sehingga 5 basic attack dan selepas menyelesaikan kombo, dia akan memperoleh satu ” Enhanced Shotshell” yang digunakan dalam Suppresive Mode.
Dengan menahan butang basic attack, anda akan melakukan damage Physical dengan pistol tetapi jika mempunyai Enhanced Shotshell, ia akan menggunakan satu cas dan melakukan damage Ether yang tinggi.

Anda boleh memiliki sehingga sembilan Enhanced Shotshell yang semuanya boleh diperolehi bukan sahaja melalui kombo basic attack tetapi juga melalui Quick Assist, Assist Follow-Up, EX Special Attack, Chained Attack dan Ultimate.
Daripada apa yang kami cuba, nampaknya playstyle Zhu Yuan adalah untuk mengumpul sebanyak mungkin Enhanced Shotshell dan melancarkannya melalui Suppressive Mode, kerana ia adalah serangan dengan damage tertinggi selain daripada Ultimate.

Bagi pemain yang menyukai playstyle tembak Billy Kid tetapi merasakan gameplay “menembak sahaja” tidak cukup, anda pasti akan suka gameplay jarak dekat dan mid-range Zhu Yuan.
Endgame
Satu aspek penting yang kami dapat melihat dalam sesi previu ialah kandungan endgame Zenless Zone Zero, dan saya pasti pemain Genshin Impact dan Honkai: Star Rail pasti tidak akan rasa kekok atau janggal dengan endgame.
Anda boleh pergi ke Scott Outpost untuk mengakses satu daripada empat game mode yang tersedia melalui komputer: Hollow Zero, Notorious Hunt, Routine Cleanup dan Shiyu Defense. Sudah tentu, anda juga mengakses game mode ini melalui menu.
Hollow Zero

Game mode ini sangat serupa dengan Simulated Universe daripada Honkai: Star Rail, khususnya Swarm Disaster Similar. Perbezaannya adalah pemain akan bergerak dari satu TV ke TV lain, yang bertindak sebagai “stage/level”.
Sama seperti World dalam HSR, setiap “Zone” dalam ZZZ mempunyai bos berbeza dengan kelemahan elemental dan resistance berbeza, serta ganjaran first clear dan ganjaran biasa termasuk credit, XP, Withered Crystal, Bangboo XP, Investigation Point.

Setiap Zone mempunyai pelbagai tahap kesukaran daripada Normal hingga Hard, High-Risk dan Disaster. Bergantung pada tahap kesukaran yang dipilih, anda akan memperoleh jumlah Investigation Point berbeza sebagai ganjaran mingguan.
Setiap dua minggu, acara Bounty Commission masa terhad akan diadakan, yang memberikan ganjaran item. Bounty Commission dibahagikan kepada Special Commission dan Common Commission yang boleh diselesaikan 3-4 kali seminggu. Walau bagaimanapun, Special Commission tidak boleh refresh, sebaliknya akan membuka ganjaran yang lebih bagus manakala Common Commission boleh refresh dan dibahagikan kepada rank S, A dan B.

Untuk setiap playthrough Hollow Zero, anda memilih satu Agent yang diberi peranan “leader” dan lima Agent lain yang dipanggil “squad member” (total 6 Agent). Anda akan bermula sebagai leader tetapi apabila semakin jauh, anda boleh merekrut Agent yang diletakkan sebagai squad member.
Sepanjang bermain, anda akan memperoleh “Resonia” atau “Resonium” iaitu kad yang menyediakan buff berbeza seperti peningkatan CRIT, buff apabila musuh dikenakan debuff, peningkatan damage Chain Attack, dll. Ini serupa seperti Blessing di mana jika anda memperoleh 4 atau 8 jenis Resonia sama, anda akan mendapat satu Advanced Resonium, yang memberikan buff lebih baik.
Terdapat pelbagai jenis Resonium, setiap satu memfokuskan pada aspek pertempuran yang berbeza: Critical, Dodge, General, Energy, Synergy dan Element.

Semasa beralih dari TV ke TV, anda akan menghadapi event dan perlu membuat pilihan seperti sama ada mendapatkan Resonium, atau pergi kedai untuk menggunakan mata wang yang dikumpul bagi membeli Resonium atau menaik taraf Resonium.
Terdapat juga event tertentu dengan keperluan khusus, seperti menewaskan bos sebelum dengan S-rank. Jika tidak dapat memenuhi keperluan itu, event itu akan dikunci dan anda perlu melangkaunya.

Untuk Swarm Disaster dalam HSR, lebih banyak kawasan yang anda teroka, playthrough itu akan lebih sukar. Ini sama dengan Hollow Zero, tetapi semasa meneroka lebih banyak TV, sebuah bar akan diisi yang bernama “Pressure.
Apabila bar itu diisi hingga 100, anda akan memperoleh “Corruption”, iaitu debuff rawak semasa playthrough tersebut. Debuff ini berbeza-beza; sebagai contoh, serangan Boss boleh Crit, semua squad member kehilangan HP, dodge mempunyai cooldown lebih lama dan banyak lagi. Nasib baiklah, Corruption dan Pressure boleh dibuang/dikurangkan.

Satu perkara yang kami suka tentang Hollow Zero ialah setiap data playthrough akan disimpan supaya anda dapat melihat masa yang dihabiskan, Resonium, skuad yang digunakan, jumlah event, pertempuran dan banyak lagi dalam percubaan lalu supaya dapat menyusun strategi baharu.
Notorious Hunt

Notorious Hunt ialah game mode melawan bos mingguan di mana anda boleh mendapatkan item untuk meningkatkan skil Agent, Investigation Merit untuk membeli barangan berharga, dan W-Engine Chip untuk mendapatkan W-Engine di gadget shop. Satu tambahan menarik ialah anda boleh memilih satu daripada tiga pilihan Resonium tiga sebelum mula melawan bos.
Dalam previu ini, terdapat tiga bos iaitu: Newborn Dead End Butcher, Unknown Corruption Complex dan Twin Marionettes.
- Newborn Dead End Butcher: Bos standard dengan dua fasa. Fasa pertama tidak terlalu susah di mana ia memakai lembing tetapi dalam fasa kedua, ia akan menumbuh dua tangan di belakang seperti makhluk Four Arms daripada Ben 10. Pergerakannya dalam fasa ini lebih bahaya, dengan pelbagai serangan yang memaksa anda untuk parry/defensive assist lebih banyak.
- Unknown Corruption Complex: Kala jengking robot gergasi dengan enam kaki, gergaji di tangan kanan, pemutar skru di tangan kiri dan boleh menggunakan ekornya untuk menyerang kita. Bos ini akan “poke” kita dalam fasa pertama menggunakan tangan dan ekornya serta menembak roket dari bahu. Dalam fasa kedua, ia menjadi lebih kuat kerana ekornya boleh menembak laser. Apa yang saya suka tentang bos ini ialah ia mempunyai kawalan 360 darjah ke atas badannya. Anda tidak boleh mengumpan bos ini untuk melakukan serangan sama berulang kali, ia boleh memutarkan badannya untuk melakukan serangan lain.
- Twin Marionettes: Dua boneka yang menyokong antara satu sama lain. Ini mungkin bos paling menarik kerana boleh menghukum pemain jika tidak diberi perhatian penuh. Apa yang menarik tentang bos ini ialah anda perlu membunuh kedua-duanya pada masa yang sama: jika membunuh salah seorang, anda mempunyai sekitar 10 saat untuk membunuh kembar satu lagi. Jika tidak sempat membunuh, kembar yang masih hidup akan cuba menghidupkan semula kembar yang lain kepada lebih kurang 40% HP.
Routine Cleanup

Boleh jadi mode paling dibenci setiap pemain gacha, kerana di sinilah tempat pemain akan “farming” untuk peralatan yang dipanggil Drive Disc (sama seperti Artifact/Relic) serta Plating Agent yang digunakan untuk menaikkan level Disc Drive. Terdapat enam Routine Cleanup berbeza dalam versi previu, setiap satu menawarkan dua set peralatan berbeza, jadi ada total 12 set Drive Disc untuk farm.
Untuk setiap Routine Cleanup anda melawan dua bos pada masa yang sama, dan seperti yang dijangkakan, setiap bos mempunyai unsur buff dan kesan khas berbeza.
Shiyu Defense

Boleh disamakan dengan Spiral Abyss daripada Genshin Impact atau Memory of Chaos daripada Honkai: Star Rail, mode endgame ini menawarkan buff atau kesan khas berlainan, seperti peningkatan “elemental anomaly” kepada Agent, peningkatan damage elemental, peningkatan damage Chain Attack, durasi daze semakin lama, musuh/bos mendapat perisai dan banyak lagi.
Objektif setiap peringkat adalah untuk mempertahankan kawasan tertentu daripada pencerobohan Ether dan menghalang musuh yang mara. Anda diberi sepuluh minit untuk bertahan melawan gelombang musuh tanpa henti.

Event kekal dipanggil “Stable Node” manakala event terhad yang akan reset selepas beberapa minggu dipanggil “Critical Node”. Anda perlu melengkapkan peringkat ke-10 dan terakhir untuk membuka Critical Node.
Stable Node naik sehingga 10 peringkat dan setiap peringkat dalam Stable Node mempunyai buff berbeza seperti yang dinyatakan sebelum ini, yang menggalakkan anda mengumpul sebanyak mungkin watak dengan elemen berbeza.

Nasib baiklah sesetengah bos mempunyai lebih daripada satu kelemahan elemental. Anda hanya memerlukan satu pasukan sehingga Stage 6 di mana bermula dari Stage 7 ke atas, anda memerlukan dua pasukan.
Namun, dalam Critical Node adal total 7 peringkat dan Operation (iaitu Ley Line Disorder dalam Genshin Impact, Memory Turbulence dalam Honkai: Star Rail) yang memberi:
- Agent melakukan 20% kurang damage dan 50% lebih daze kepada musuh yang tidak stun. Musuh stun selama 20% lebih lama.
- Damage Ice dan Ether oleh Agent meningkat sebanyak 20%.
Tidak seperti Stable Node di mana setiap peringkat mempunyai buff berbeza, buff dalam Critical Node kekal sepanjang semua peringkat.

Dalam mana-mana peringkat, terdapat tiga tahap untuk sasar: S-rank, A-rank dan B-rank. Jika anda melengkapkan peringkat dengan baki lebih daripada 360 saat, anda akan mendapat S-rank dan memperoleh ganjaran maksimum (3 bintang), untuk A-rank anda perlu menamatkan misi dengan baki lebih daripada 240 saat lagi (2 bintang) dan untuk B-rank, hanya perlu mengalahkan semua musuh (1 bintang).
Kami mendapati ada empat Node berbeza yang boleh dipilih tetapi hanya dua boleh dimainkan, iaitu Stable Node dan Critical Node, jadi kemungkinan besar pada masa hadapan, akan ada lebih daripada satu Node kekal atau dua Node masa terhad.
Pendapat

Secara keseluruhan, saya memang kagum dengan HoYoverse kerana berjaya mencipta satu lagi game hebat, yang saya yakin akan sama popular seperti Genshin Impact dan Honkai: Star Rail. Tidak kira beberapa kali saya mencuba game Zenless Zone Zero, sama ada di Closed Beta Test atau pengalaman langsung di HoYoFEST, pengalaman seronok dan memuaskan itu hanya bertambah.
Walaupun Hoyoverse cukup terbiasa dengan genre aksi memandangkan mereka turut mengusahakan Honkai Impact 3rd, Zenless Zone Zero berjaya memberi identiti yang sangat berbeza berkat latar belakang “urban” dan sistem pertempuran watak yang bervariasi.

Game ini mengambil langkah baharu sebagai game yang sepenuhnya tertumpu pada kombo dan abiliti di mana walaupun sistem pertempuran amat mudah, ia masih memberi rasa kepuasan. Daya tarikan ini yang akan menarik minat ramai pemain aksi gacha seperti Genshin Impact atau Wuthering Waves dan juga pemain game aksi seperti Devil May Cry atau Bayonetta.
Bersama game mode pelbagai, naratif mendalam, dan paling penting sekali, sistem pertempuran aksi yang menyeronokkan, Zenless Zone Zero boleh dianggap sama hebat seperti judul HoYoverse yang lain.

Zenless Zone Zero kini dilancarkan pada 4 Julai 2024 pada PC, iOS, Android dan PlayStation 5. Anda boleh muat turun di SINI!
Kami juga mendapat peluang untuk menemu bual Zhenyu Li, produser Zenless Zone Zero, di mana dia menjelaskan tentang game ini dengan lebih mendalam! Interviu tersebut boleh anda baca di SINI.
@gamersantaimy
Discussion about this post