Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Previu The Seven Deadly Sins: Idle – Geng 7DS Bertukar Chibi?

Razin Syafiq by Razin Syafiq
July 9, 2024
in Android, Anime, Artikel, Berita, Game Review, iOS, Mobile, Preview, Review
0 0
0
Previu The Seven Deadly Sins: Idle – Geng 7DS Bertukar Chibi?
Share on FacebookShare on Twitter

Berdasarkan manga popular oleh Nakaba Suzuki, The Seven Deadly Sins telah menerima banyak adaptasi game selama bertahun-tahun, dan kini, satu lagi akan dikeluarkan. Khususnya, Netmarble telah mengumumkan The Seven Deadly Sins: Idle, yang akan datang tidak lama lagi untuk peranti mobile.

Sebagai idle RPG, game ini lebih mudah dan senang untuk dimainkan, walaupun untuk mereka yang terlalu sibuk. Daripada jalan cerita pula, game ini nampaknya akan mengikut peristiwa manga dan anime original, tetapi ini bukanlah adaptasi yang benar-benar tulen, kerana watak-watak kegemaran kita nampaknya telah diubah ke gaya chibi.

Baru-baru ini, kami berpeluang mencuba game ini dalam sesi previu, jadi berikut adalah pendapat awal saya tentang The Seven Deadly Sins: Idle!

Visual

Kredit: Netmarble

The Seven Deadly Sins: Idle mempunyai jalan cerita yang sama dengan anime, tetapi jalan ceritanya kini dibahagikan kepada beratus-ratus peringkat yang mesti dilalui oleh pemain. Penyampaian naratif seolah seperti membaca manga bersama imej dan teks, tanpa lakonan suara.

Setiap watak akan muncul dalam bentuk chibi dalam game, tetapi ini hanya apabila berlawan atau semasa gameplay. Selebihnya akan dipaparkan dalam bentuk original di mana watak-watak masih kelihatan bergaya dan cool seperti sedia ada.

Kredit: Netmarble

Satu perkara positif yang saya jumpa juga datang dari segi interface, yang saya anggap sangat kemas untuk game idle. Pelbagai menu, fungsi, QoL, semuanya boleh diterokai dengan mudah tanpa menyesatkan pemain. Kerana biasanya game idle mempunyai terlalu banyak menu dan susunan tidak kemas, tetapi Netmarble melakukan kerja yang bagus dari segi reka bentuk UI.

Gameplay Umum

Kredit: Netmarble
Kredit: Netmarble

Daripada gameplay, seperti tajuknya, ini adalah game idle. Watak akan bergerak sendiri untuk melawan musuh dari satu peringkat ke peringkat seterusnya. Setiap kali anda mengalahkan 5 creep, anda akan melawan musuh elit. Setiap kali mengalahkan 5 musuh elit, anda akan melawan bos.

Perkara ini akan berulang untuk beratus-ratus peringkat, malah saya sendiri telah mencapai Stage 500++. Bonus info, setiap seratus peringkat juga akan menukar tema medan perang.

Kewujudan jumlah peringkat yang begitu banyak sebenarnya adalah hal yang bagus, kerana pemain mudah berasa ketagih dengan gameplay sebegini dan rasanya lebih berbaloi apabila mereka boleh melepasi pelbagai peringkat yang semakin sukar.

Saya tidak tipu; walaupun gameplay-nya sangat mudah, ini mampu membuatkan pemain ketagih – itulah daya tarikan game idle.

Kredit: Netmarble
Kredit: Netmarble

Daripada menggunakan stamina untuk melawan, sistem stamina digunakan untuk “Draw Card” seperti sistem slot di kasino. Jika anda dapat tiga gambar yang sama seperti contoh tiga kad gacha, maka anda boleh mendapat hadiah 5 kad gacha sekali gus. Jika anda mendapat tiga gambar syiling, maka anda akan mendapat emas.

Jadi sistem stamina ini digunakan untuk kemajuan watak, bukannya untuk bertarung.

Proses Kemajuan

Kredit: Netmarble

Seperti yang dinyatakan di atas, terdapat beratus-ratus peringkat (mungkin beribu-ribu?) yang perlu dilalui oleh pemain. Oleh, ada pelbagai sistem kemajuan untuk menguatkan diri anda.

Salah satu yang paling penting ialah untuk menaik taraf Tavern secepat mungkin. Tavern mempunyai pelbagai tujuan, sama ada untuk menguatkan pasukan atau mempercepatkan kemajuan.

Pertama sekali, Tavern boleh meningkatkan jumlah watak yang digunakan dalam pertempuran. Sebagai contoh, pada peringkat awal saya hanya boleh menggunakan 3 watak, tetapi selepas upgrade, saya boleh menggunakan 7 watak sekaligus, atau lebih banyak lagi pada masa hadapan.

Tavern juga meningkatkan ganjaran yang diperoleh daripada “Draw Card” yang penting untuk ganjaran harian.

Kredit: Netmarble
Kredit: Netmarble

Selain kandungan utama, terdapat juga kandungan tambahan yang boleh pemain grinding. Contohnya, Daily Dungeon untuk mendapatkan Gold dan Mana, atau Tower of Trial untuk menguji sejauh mana pasukan anda boleh pergi, dan sudah tentu kandungan PvP.

Bagi saya, ini merupakan hal standard daripada segi kandungan sampingan supaya pemain tidak bosan.

Watak-Watak Dalam Game

Kredit: Netmarble
Kredit: Netmarble

Kemajuan watak dalam game ini pun sangat mudah, tetapi mungkin game gacha paling memakan sumber pernah saya cuba. Setiap watak akan mempunyai level dan rarity yang dikelaskan mengikut jumlah bintang. Seperti biasa, semakin tinggi rarity, semakin tinggi level yang boleh dimaksimumkan. Tetapi, ia tidak semudah itu.

Anda mungkin memerlukan berpuluh-puluh, atau bahkan beratus-ratus salinan untuk melakukan Awaken (limit break). Untuk watak dengan rarity rendah, hal ini sangat mudah, tetapi untuk watak dengan rarity lebih tinggi, seperti Legendary contohnya, ia akan mengambil masa yang sangat lama.

Itulah sebabnya anda memerlukan beribu-ribu gacha hanya untuk memaksimumkan satu watak.

Selain level, terdapat juga sistem Potential. Di mana jika watak itu “Awaken” dua kali, anda boleh membuka kunci “traits” untuk watak itu. Lebih banyak kali anda Awaken watak itu, lebih banyak slot Potential yang dibuka untuk watak itu.

Kredit: Netmarble
Kredit: Netmarble

Traits juga perlu “di-gacha” menggunakan Mana (yang juga digunakan untuk meningkatkan level watak). Contohnya, saya tidak bernasib baik kerana hanya mendapat Critical Rate + 1%; di sini, anda boleh gacha lagi untuk mendapatkan Legendary Traits seperti Critical Rate + 2% dan lain lain.

Apa yang menjengkelkan ialah jika anda sudah mempunyai satu slot Potential yang baik, dan membuka slot Potential baru, anda perlu gacha semua slot Potential, tidak boleh satu persatu.

Aspek Gacha dan Mikrotransaksi

Kredit: Netmarble

Bagi sebuah game “simple”, The Seven Deadly Sins: Idle mempunyai banyak mikrotransaksi. Setiap kali maju ke level tertentu, dapatkan watak rare , atau apabila tenaga habis, sejenis pop-up promosi sentiasa akan muncul untuk pakej pembelian tertentu.

Masalahnya, iklan ini terlalu banyak, dan saya rasa lebih baik jika pemain boleh mematikan iklan di setting.

Kredit: Netmarble

Untuk soal gacha, ini menjadi kebiasaan bagi game Netmarble di mana mereka mewujudkan Sistem Gacha Level. Anda sebagai pemain “F2P” tidak akan dapat watak dengan rarity tertinggi serta-merta, tetapi harus melalui proses beribu-ribu gacha terlebih dahulu.

Satu hal yang baik di sini ialah anda boleh gacha dengan mudah, kerana ganjarannya sangat banyak. Selepas 2-3 hari bermain, saya berjaya gacha beribu kali sehingga mencapai Level 6.

Kredit: Netmarble
Kredit: Netmarble

Untuk mendapatkan watak terhad, anda memerlukan Rate Up Hero Summon Ticket atau Diamond, tiada pilihan lain. Kadar untuk mendapatkan watak Legendary (rarity tertinggi) ialah 0.15%.

Puratanya sangat sedikit, tetapi tiket gacha dan Diamond terlalu mudah untuk mendapatkan. Dalam masa sehari, anda boleh gacha beratus-ratus kali, jadi saya anggap kadar yang rendah adalah amat adil.

Pendapat

Kredit: Netmarble
Kredit: Netmarble

Bagi peminat, The Seven Deadly Sins: Idle adalah cara baharu untuk menikmati francais itu. Gameplay “idle” boleh menyebabkan orang mudah ketagih ketika pemain menghadapi ratusan peringkat dengan watak kegemaran mereka.

Ditambah dengan interface yang kemas, pengalaman bermain kita pun bertambah selesa.

Kelemahannya, pada pendapat saya, ialah mikrotransaksi yang terlalu banyak. Walaupun begitu, saya cukup kagum dengan pelbagai ganjaran kerana jumlahnya cukup banyak.

Kelebihan itu sudah cukup untuk membantu pemain memulakan perjalanan mereka pada awal permainan dan membentuk pasukan masing-masing.

Bagi mereka yang berminat, The Seven Deadly Sins: Idle kini tersedia di Android melalui Google Play Store, dan akan dikeluarkan ke iOS menerusi App Store dalam masa terdekat.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: The Seven Deadly Sins: Idle
ShareTweetSend
Previous Post

Reviu Monster Hunter Stories Remastered – Kawan Monster, Jangan Bunuh!

Next Post

Overwatch 2 x Transformers Tambah Empat Skin Baharu – Tersedia Sekarang!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Menangi ROG Ally X & Hadiah Eksklusif Lain, Dengan Bermain Monster Hunter Wilds Bersama ASUS ROG
Berita

Menangi ROG Ally X & Hadiah Eksklusif Lain, Dengan Bermain Monster Hunter Wilds Bersama ASUS ROG

June 6, 2025
Survival Kids Kini Dilancarkan, Eksklusif di Nintendo Switch 2
Berita

Survival Kids Kini Dilancarkan, Eksklusif di Nintendo Switch 2

June 6, 2025
Nantikan Acara Demon Slayer Experience Di Malaysia, Bermula 28 Jun Di Pavilion Bukit Jalil!
Anime

Nantikan Acara Demon Slayer Experience Di Malaysia, Bermula 28 Jun Di Pavilion Bukit Jalil!

June 6, 2025
Next Post
Overwatch 2 x Transformers Tambah Empat Skin Baharu – Tersedia Sekarang!

Overwatch 2 x Transformers Tambah Empat Skin Baharu - Tersedia Sekarang!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd