Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Preview Wild Hearts – Keunikan masih terserlah, mampu bersaing dengan Monster Hunter

Razin Syafiq by Razin Syafiq
October 10, 2022
in Action, Adventure, Artikel, Berita
0 0
0
Preview Wild Hearts – Keunikan masih terserlah, mampu bersaing dengan Monster Hunter
Share on FacebookShare on Twitter

Ramai yang anggap Wild Hearts (oleh EA dan Koei Tecmo) sebagai game yang mahu bersaing dengan Monster Hunter. Daripada konsep, memang nampak cukup serupa apabila kalau dilihat dengan lebih mendalam, sebenarnya banyak idea teras yang diubah.

Kami berpeluang mencuba game ini selama beberapa hari, jadi berikut adalah preview saya untuk Wild Hearts!

Pertama sekali saya nak beritahu adalah jalan cerita mungkin bahagian paling lemah dalam game. Kita sedang melawan makhluk gergasi (dipanggil Kemono) yang nampaknya telah bergabung dengan alam semula jadi. Sebagai pemburu dengan Karakuri (sejenis mekanisme ajaib) terbenam di dada, pemburu yang kita kawal lebih istimewa berbanding yang lain kerana dapat mencipta pelbagai binaan ala Fortnite.

Walaupun ini memberikan banyak tumpuan pada jalan cerita, saya selaku peminat tegar Monster Hunter menganggap kisahnya agak “normal” tanpa apa-apa detik dramatik. Jangan salah faham ya! Watak-wataknya bagus, cuma mereka tidak cukup “memorable”.

Karakuri – Pemburu dengan kebolehan membina!

Antara perkara besar yang membezakan game ini dengan Monster Hunter adalah Karakuri- sejenis mekanisme ajaib yang membolehkan pemburu kita mencipta objek ala Fortnite, yang memberi kita cara menarik untuk berinteraksi dengan alam sekitar seperti membuat kotak yang boleh digunakan untuk melompat atau papan spring.

Namun, membina objek tersebut memerlukan Karakuri String, yang kita boleh dapatkan di dunia luar atau daripada raksasa apabila melawan mereka. Anda boleh membawa maksimum 12, tetapi melakukan jurus Hunters Arm pada raksasa membolehkan anda melebihi had maksimum (saya pernah mempunyai lebih daripada 50)

Anda juga boleh membuat kombo karakuri istimewa, di mana anda dapat membuat kombinasi tertentu. Yang kita dapat dalam beta ialah dinding jika anda menyusun 6 kiub bersama-sama, dan kingtusk akan jatuh jika ia mengecasnya.

Terdapat juga jenis lain, dipanggil Dragon Karakuri. Ini digunakan untuk membina tapak, tetapi jika anda pantas, ia boleh digunakan sepenuhnya dalam pertempuran. Satu-satunya skill yang boleh anda gunakan pada raksasa ialah Flying Vine, iaitu sejenis zipline. Anda juga boleh menembaknya ke raksasa untuk menghalang mereka daripada melarikan diri.

Melainkan jika dimusnahkan, karakuri akan kekal di dunia. Contohnya ada raksasa dipanggil Sapscourge, yang menembak anda dengan getah pokok. Anda boleh membuang getah itu dengan menaiki papan spring. Oleh itu, saya meninggalkan banyak papan spring di zon yang sering dikunjunginya. Setiap kali saya ingin memburunya, saya sekurangnya ada jalan keluar.

Walaupun saya suka mereka melakukan sesuatu yang baru, ia berasa seperti mereka terlalu bersemangat. Dalam trailer kami melihat Karakuri lebih maju tetapi dalam beta, anda hanya mendapat karakuri simple, yang terasa sangat gimik kerana Bulwark hanya berfungsi pada Kingtusk (walaupun Sapscourge juga boleh mengecas, ia tidak berinteraksi dengan Bulwark).

Namun, Hunter’s Arm adalah cara yang sangat bijak untuk mengintegrasikannya ke dalam pertempuran. Pendek cerita, apabila anda menyerang beberapa bahagian raksasa, ia akan bersinar hijau. Panjat ke atas raksasa ala Shadow of the Colossus) da anda boleh melakukan Hunter’s Arm, iaitu sebuah serangan khas untuk mendapatkan Karakuri string.

Pertempuran sebenar

Wild Hearts mempunyai banyak idea teras Monster Hunter seperti: belajar corak serangan raksasa, eksploitasi titik lemah mereka dan sebagainya. Tetapi apabila sampai aspek tekan butang, ia sebenarnya lebih mirip dengan Stranger of Paradise dan Nioh. Anda mempunyai tiga serangan- fats attack, shirt range attack dekat, advancing attack dan serangan khas yang unik kepada setiap senjata.

Satu lagi hal, saya tidak pasti keran beta tetapi anda mendapat banyak item penyembuhan. Anda boleh memegang 10 jumlah untuk air penyembuhan, dan setiap kawasan nampaknya ada 4-6 lagi yang boleh anda kutip. Ini benar-benar menggalakkan gameplay agresif kerana anda tidak perlu risau tentang item penyembuhan.

Senjata semuanya direka dengan menarik, dengan rasa yang sangat unik untuk setiap satu. Banyak daripadanya mempunyai elemen yang mengingatkan saya tentang Longsword dalam Monster Hunter. Ini menarik kerana walaupun mereka semua mempunyai elemen Longsword, ia menggunakan bahagian-bahagian berbeza dalam kit itu.

Contohnya- terdapat kelas Greatsword, yang mempunyai Iai Slash yang sama dengan longsword. Semasa mana-mana kombo asas, anda boleh menekan butang R2, dan watak anda akan mengambil pose Iai Slash di mana mereka menyarung pedang mereka.

Anda boleh bergerak sambil mengecas Iai slash, tetapi menahan Iai slash memerlukan stamina- yang bermakna anda tidak dapat mengelak sepenuhnya melainkan anda mendapat peluang yang besar.

Seterusnya, terdapat satu lagi senjata iaitu payung yang berbilah. Ia mempunyai apa Spirt Meter daripada Longsword di mana lebih banyak pukulan akan meningkatkan meter anda, dan pada meter yang lebih tinggi anda akan memperoleh lebih banyak kombo.

Kebanyakan senjata dalam beta mempunyai gimik yang sama, menjadikannya semua unik dan menarik apabila anda mempelajari cara-cara ia berfungsi.

Katana standard boleh tahan hebat kerana mekaniknya serupa dengan payung. Setelah meternya penuh, anda boleh mengaktifkan mode Unbound dan pedang akan bertukar kepada Threaded Cane dari Bloodborne.

Wagasa berbilah (payung) pula adalah senjata lebih pantas yang fokus pada meningkatkan jumlah pukulan untuk meningkatkan meter bagi mendapatkan kombo yang lebih baik. Daripada mempunyai attack untuk butang unique attack, payung itu mempunyai Parry. Setiap parry mengisi 50% daripada keseluruhan meter. Jadi untuk mencapai level 3 adalah sangat mudah, anda hanya perlu membiasakan diri dengan mekanik parry sahaja.

Parry ini juga berfungsi di udara dan walaupun disimpan.

Nodachi Greatsword pula ialah senjata yang lebih perlahan, dan mempunyai kombo basic kedua paling perlahan dalam game. Strateginya hampir sama dengan Greatsword dalam Monster Hunter- perhatikan peluang kemudian mengecas serangan besar anda.

Great Maul

Great Maul mungkin adalah senjata yang paling membosankan dalam game. Ia mempunyai pukulan yang besar, perlahan, dan tidak mempunyai sebarang ciri-ciri lain selain daripada damage yang besar. Saya cuba menguji jika ada mekanik KO seperti di Monster Hunter tetapi ujian terbukti tidak ada.

Hunting Bow

Hunting Bow memang hebat. Anda mempunyai anak panah tanpa had dan dua cara menembak: satu melintang, satu menegak. Cara melintang akan menembak banyak anak panah, yang melekat pada raksasa seperti sticky ammo di Monster Hunter. Cara menegak menembak anak panah lebih perlahan, tetapi lebih kuat.

Upgrade

Jadi Wild Hearts secara eksplisit rasa seperti ia cuba bersaing dengan Monster Hunter World, kerana banyak sistemnya melakukan perkara yang sama. Skill daripada gear berfungsi dengan cara yang sama seperti dalam Monster Hunter Gen 5, di mana setiap item hanya memberikan skill tertentu. Memandangkan beta adalah permulaan game sudah tentu kita tidak nampak senarai penuh. Cuma saya gembira Evade Extender adalah salah satu skill.

Apa yang menarik ialah upgrade senjata juga memberikan armor skill. Saya belum membuka senjata paying level 2 lagi, tetapi saya fikir tahap seterusnya tidak mempunyai armor skill.

Apa yang kurang?

Jadi 2 aduan saya dengan game ini adalah cara ia ingin bersaing dengan Monster Hunter. Pertama, game ini sangat cuba untuk mengintegrasikan cerita dan memburu bersama. Anda tidak akan “Kembali ke bandar” seperti yang anda lakukan di Monster Hunter. Pemburuan tamat dan anda betul-betul di mana quest itu berakhir, dan anda boleh fast travel untuk balik ke kem. Supaya bersikap adil, beta tamat sebelum anda sampai ke bandar utama, jadi mungkin ia berubah.

Tetapi jika anda ingin membuat pemburuan baru, andam pergi ke unggun api dan pilih sasaran baharu lalu ia bermula. Peraturan quest juga sama seperti MH di mana selepas 3 pengsan, anda akan kehilangan Kemono Orbs (wang) apabila mati.

Saya rasa sesetengah orang mungkin menyukainya kerana ia berasa lebih padu, tetapi saya rasa gaya Monster Hunter untuk kembali ke bandar berfungsi lebih baik dari perspektif gameplay. Tidak mempunyai permulaan dan penamat yang jelas untuk pencarian terasa agak sesat.

Aduan nombor 2; game ini secara khusus berasa seperti bersaing dengan MH World. Saya tidak terkejut jika mereka memulakan pembangunan sekitar masa World keluar. Masalahnya ialah Rise ialah MH terbaharu, dan pergerakan adalah sangat baik dalam game itu sehingga anda serta-merta perasan ia tiada dalam Wild Hearts. Ya, anda boleh memanjat dunia sekeliling seperti Genshin, tetapi anda tidak boleh mengayun daripada tempat tinggi seperti di dalam Rise.

Pendapat

Secara keseluruhan, saya sangat teruja untuk Wild Hearts. Lebih banyak game genre memburu adalah perkara yang bagus, dan saya suka Monster Hunter kini ada pesaing sebenar. Kebimbangan utama saya untuk game ini ialah ia mungkin terlalu serius- dunia dan persekitaran terasa jauh lebih serius daripada MonHun. Tetapi mungkin itu yang akhirnya menarik orang untuk mencuba.

Saya paling kagum dengan keunikan setiap senjata- Saya tahu Koei Tecmo memang pakar dalam game aksi, kerana semua senjata yang mereka tunjukkan setakat ini benar-benar memberi tanggapan gameplay yang agresif, tetapi pada masa yang sama, harus bijak. Saya rasa set pergerakan jauh lebih mudah daripada Monster Hunter – tetapi mekanik masih teras cukup mendalam dan memuaskan hati.

Wild Hearts akan dilancarkan untuk PS5, Xbox Series X|S dan PC melalui Steam, Epic Games Store dan Origin pada 17 Februari 2023.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Previous Post

Shin Ultraman [Review Tanpa Spoiler] — Kembalinya Ultraman Dengan Sebuah Penceritaan Baru!

Next Post

Tencent kena bayar lebih RM143,000 kepada Moonton kerana isu fitnah

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Upin & Ipin Universe Dedahkan Gameplay Baharu, Game Akan Keluar 2025!
Berita

Upin & Ipin Universe Dedahkan Gameplay Baharu, Game Akan Keluar 2025!

June 8, 2025
No Straight Roads 2 – Game Ikonik Buatan Malaysia Kembali Dengan Sekuel Pada 2026!
Berita

No Straight Roads 2 – Game Ikonik Buatan Malaysia Kembali Dengan Sekuel Pada 2026!

June 8, 2025
Previu Sonic Racing: CrossWorlds – Lumba Kart, Tapi Customization Luas!
Preview

Previu Sonic Racing: CrossWorlds – Lumba Kart, Tapi Customization Luas!

June 8, 2025
Next Post
Tencent kena bayar lebih RM143,000 kepada Moonton kerana isu fitnah

Tencent kena bayar lebih RM143,000 kepada Moonton kerana isu fitnah

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd