Hari ketiga di Busan Indie Connect Festival 2023 dan kami sempat mencuba beberapa lagi game sebelum berangkat pulang ke Malaysia. Antaranya ialah Vapor World: Over The Mind yang dibuat oleh Alive Game Studio.
Kini tersedia secara Early Access, Vapor World: Over The Mind akan dikeluarkan di PC melalui Steam, Xbox Series X/S dan akan tersedia di Xbox Game Pass. Apa yang menarik minat kami untuk mencuba? Anda boleh teruskan membaca preview di bawah.
Secara am, Vapor World ialah game “action-adventure platformer” yang menggabungkan pertempuran dinamik yang dipacu oleh naratif yang gelap tentang manusia yang mengalami trauma. Sinopsisnya berkata:

Dalam mimpi ngeri yang tidak berkesudahan ini yang terukir dalam fikiran manusia, budak lelaki itu menghadapi mimpi paling gelap. Dia adalah orang yang tidak dijangka di dunia dalaman. Mimpi baru terletak di tangannya.
Daripada segi gameplay, game ini dimainkan daripada perspektif side-scroller di mana anda anda akan bertemu dengan pelbagai musuh dalam perjalanan. Untuk sampai ke destinasi, pemain harus memanjat tangga yang tinggi, pecahkan objek yang menghalang jalan, bergantung di dinding dan gerakkan objek tertentu.

Apabila terjumpa musuh, pemain akan ada pilihan; sama ada menyelinap belakang musuh atau terus berlawan secara hadapan. Daripada pengalaman saya, lebih baik untuk memeriksa persekitaran terlebih dahulu dan memanfaatkan tempat persembunyian untuk menyelinap ke atas musuh anda lalu menyerang mereka.
Musuh ini dipanggil sebagai Trauma manakala bos digelar sebagai “the Seed”. Berbeza daripada konco biasa, Seed akan cuba untuk menangkis serangan pemain dengan banyak corak berbeza, jadi berhati-hati.

Sambil itu, pemain boleh belajar pelbagai abiliti baharu bernama Projection. Setiap abiliti boleh digunakan sebagai kombo untuk menangkis atau membutakan musuh, lantas lebih elok pemain mengambil peluang ini untuk mengalahkan mereka dengan mudah.
Cuma satu bahagian yang saya kurang suka adalah penambahan nyawa amat terhad, dan musuh tidak mempunyai HP bar; yang bermaksud kita tidak tahu berapa lama satu pertarungan bos akan berlangsung.
Satu ciri yang membuatkan game ini menarik adalah semua visual dilukis dengan tangan: daripada watak dan latar belakang hingga ke musuh. Bukan itu sahaja, ia menampilkan gaya seni yang gelap dan memberi “kesan 2D beruang” menggunakan perspektif dinamik.

Untuk info lanjut tentang game lain di BIC 2023, anda boleh melayari pautan di bawah:
<Info Busan Indie Connect Festival 2023>
- Laman web rasmi: https://bicfest.org
- Twitch: https://www.twitch.tv/jonnindie
- Instagram: https://www.instagram.com/bicfest_official
- Facebook: https://www.facebook.com/BICfestival
- Twitter: https://twitter.com/BIC_Festival
- Naver POST: http://naver.me/5pNb2IKH
@gamersantaimy
Discussion about this post