Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

[Preview] Valorant bawakan agent “Water Bender”, Harbor sebagai Controller!

safwan by safwan
October 18, 2022
in Artikel, Berita, Epic Store, Game Online, Game Percuma, Multiplayer, PC, Preview, Review, Shooter
0 0
0
[Preview] Valorant bawakan agent “Water Bender”, Harbor sebagai Controller!
Share on FacebookShare on Twitter

Diumumkan pada 14 Oktober 2022, Valorant telah memperkenalkan agent “Controller” baharu iaitu Harbor. Dia yang berasal dari India telah menerima satu artifak yang boleh memanipulasikan air. Terima kasih kepada Riot Games kerana telah memberikan peluang kepada kami untuk mencuba Harbor.

Jom, kami terangkan sikit demi sedikit mengenai Harbor dan ini adalah preview selepas kami puas bermain agent ini.

Bio

Berasal dari pantai India, Harbor menyerbu padang yang menggunakan teknologi purba atau lebih dikenali sebagai artifak dengan kuasa air. Dia melepaskan jeram yang berbuih dan ombak ganas untuk melindungi rakan sepasukannya dan serang mereka yang menentangnya.

Ability

High Tide (E) Cooldown 40 saat

Merupakan satu ability yang berbentuk “wall” air yang sangat tinggi. “Left Click” untuk menggunakannya secara menegak. “Hold Left Click” untuk membentuk air tersebut seperti “Wall” api Pheonix. “Wall” Harbor boleh dibentuk melepasi dinding persekitaran dan panjangnya lebih kurang seperti “Wall” Viper. Kepada sesiapa musuh atau rakan sepasukan melalui “Wall” air ini, mereka akan bergerak perlahan sebagai efek sampingan.

Cove (Q) 350 credit | 1 Cas

Berbentuk sebuah sfera yang mempunyai “Shield”. Ia boleh digunakan dengan hanya mencampaknya sahaja tanpa memasuki dunia lain seperti Astra, Omen ataupun Brimstone. “Left Click” untuk mencampak dengan jarak jauh. Manakala “Right Click” untuk melontarnya secara dekat. Ia akan dibuka apabila terkena kawasan yang mendatar seperti tanah, kotak dan lain-lain.

Cascade (C) 150 credit | 1 Cas

Membentuk satu ombak atau “wall” air setinggi dua tingkat. “Left Click” untuk menghantar ombak kehadapan dan boleh menembusi dinding persekitaran. Jika ingin menghentikan ombak tersebut, korang boleh “Left Click” balik semula dan “Wall” itu akan berhenti. Sesiapa yang melalui “Wall” air ini, mereka akan bergerak perlahan sebagai efek sampingan.

Reckoning (X) 7 Skor untuk cas

Gunakan kuasa penuh artifak Harbor. “Right Click” untuk membuka satu kolam geyser bergerak di atas tanah. Pasukan musuh yang berada dalam kolam geyser tersebut akan menjadi sasaran dan menerima kesan sampingan “Concussed”.

Pendapat saya

Harbor ialah ejen tambahan dalam untuk “Controller” yang kini mempunyai 5 ejen untuk “role” ini dalam Valorant. Semua ability Harbor sebenarnya lebih tertumpu kepada menghalang “vision” musuh. Saya rasa agent ini sesuai untuk pemain yang ingin bermain secara agresif menggunakan ejen “controller”. Ia kerana semua ability boleh memberi sedikit kelebihan kepada pemain ketika bertahan.

Contoh seperti ability Cove, korang sebenarnya boleh gunakan kelebihan yang ada padanya di mana korang boleh menunggu musuh masuk ke dalam smoke. Hal ini kerana, Cove mempunyai satu kelebihan yang semua agent tidak ada iaitu “Shield Smoke”. Tetapi saya perlu ingatkan bahawa jika “shield” tersebut pecah, smoke itu pun hilang. Jadi, hati-hati semasa menggunakannya.

Untuk ability lain seperti High Tide pula, saya rasa ia boleh digunakan dengan sangat baik kerana ia memberikan kesan “Slow” kepada musuh atau rakan sepasukan semasa melaluinya. Namun, jangka masa kesan tersebut sangat pendek dan jika meletakkan wall ini terlalu dalam, korang berkemungkinan akan berada dalam situasi yang sangat teruk. 

Manakala Cascade, saya rasa ia adalah ability yang cukup bagus kerana ia berbentuk “Wall” yang tinggi dan cukup untuk menghalang pandang musuh yang boleh menggunakan ability mereka untuk terbang atau melompat ke tempat tinggi seperti Jett, Sove (Drone) dan Raze. Ia juga dapat memberikan kesan slow kepada musuh. 

Sepanjang saya bermain agent ini, saya rasa kebanyakan musuh menggunakan ability ini untuk menutup pintu utama dan bersedia di penjuru dengan menggunakan “Shotgun”. Apabila menembusi dinding tersebut, korang menjadi perlahan dan mati tanpa rakan sepasukan “trade” pembunuhan itu.

Oh ya. Ia juga bergerak ke hadapan. Jadi, korang boleh mengikut gelombang yang menghalang “vision” di hadapan dan perlu berhati-hati dengan kanan dan kiri. Perlu diingat juga, jika korang melakukan strategi seperti ini, “Wall” itu sebenarnya tidak menghalang peluru seperti Cove. Mungkin pasukan musuh akan “spam” melalui dinding.

Untuk Ultimate, yang merupakan ability yang sangat baik untuk “Take, retake site” atau mungkin menghalau musuh keluar daripada mengambil “site” korang. Ia seperti kawasan air yang besar dan ia bergerak ke hadapan dengan perlahan. Apa yang saya maksudkan untuk kawasan besar ialah saiz Ulti adalah sebesar satu “Site”.

Apabila musuh berada di dalam kawasan itu, mereka akan mengalami “Concussed” selama 3 hingga 4 saat. “Concussed” tidak akan muncul serta-merta, ia mengambil masa 2 atau 3 saat untuk membuat satu bulatan kecil muncul. Buat masa ini, mudah untuk mengelak daripada “Stun” kecuali disekat oleh rakan sepasukan korang atau benda lain seperti dinding.

Dan jika korang dan rakan sepasukan mendapat strategi yang bagus, saya fikir adalah bagus jika pasukan mempunyai “Flank”. Semasa pasukan musuh menumpukan perhatian untuk mengelak daripada terkena “Concussed”, “Flanker” pasukan korang boleh mengambil kesempatan daripada itu tetapi “timing” untuk melalukan seperti ini mestilah bagus. Jika tidak, GG.

Daripada apa yang saya mainkan semasa acara tersebut, semuanya bagus dan cukup seimbang. Memandangkan Astra telah di “Nerf”, saya dapat melihat, ramai pemain agak sukar untuk memilih “Controller” yang baik. Saya tidak bermaksud bahawa “Controller” lain adalah teruk, tetapi kadangkala sukar untuk membuat strategi yang baik apabila korang mempunyai stratergi dan ability yang terhad.

Saya fikir Harbor boleh menjadi “Controller” yang sangat baik jika ia berada di tangan yang baik di dalam Valorant. Korang boleh bermain secara agresif semasa bertahan dan menyerang. Bukan hanya duduk dan mencampak “Smoke” atau “Wall”. Semua ability akan membantu rakan sepasukan untuk “open site” dan memulakan serangan bagi “taking site” atau “retake site”.

Jadi, apa pendapat korang tentang agent baru Valorant, Harbor? Kongsikan pendapat korang di ruangan komen. Untuk lebih banyak berita menarik tentang Valorant, sila klik puatan ini.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: HarborVALORANT
Previous Post

Mario + Rabbids: Sparks of Hope Review — Mengembara Menerusi Galaksi Untuk Mencari Sparks!

Next Post

Fairy Tail: Populariti Hebat Di Seluruh Dunia Tetapi Tidak Setanding “Big Three”!

safwan

safwan

Peminat game dari kecik, tapi ilmu tak cukup. Sekarang masih penuhkan ilmu game di dada dan cuba menulis tentang game kegemaran. Game yang selalu main adalah Valorant dan mana-mana game action adventure.

Related Posts

Previu The Elder Scrolls Online: Seasons of the Worm Cult – Part 1 & Update 46
Preview

Previu The Elder Scrolls Online: Seasons of the Worm Cult – Part 1 & Update 46

June 2, 2025
Project Spirits – Projek Flagship Terbaharu SHIFT UP Selepas Stellar Blade & NIKKE
Berita

Project Spirits – Projek Flagship Terbaharu SHIFT UP Selepas Stellar Blade & NIKKE

June 2, 2025
SEGA Football Club Champions 2025 Diumumkan, Akan Keluar Di Mobile, PC & Konsol
Berita

SEGA Football Club Champions 2025 Diumumkan, Akan Keluar Di Mobile, PC & Konsol

June 2, 2025
Next Post
Fairy Tail: Populariti Hebat Di Seluruh Dunia Tetapi Tidak Setanding “Big Three”!

Fairy Tail: Populariti Hebat Di Seluruh Dunia Tetapi Tidak Setanding "Big Three"!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Anime ‘Takopi’s Original Sin’ Bakal Ditayangkan 28 Jun 2025
Anime

Anime ‘Takopi’s Original Sin’ Bakal Ditayangkan 28 Jun 2025

May 26, 2025
Crunchyroll Anime Awards 2025: Solo Leveling Dominasi Sebagai Anime Of The Year
Anime

Crunchyroll Anime Awards 2025: Solo Leveling Dominasi Sebagai Anime Of The Year

May 26, 2025
Filem Animasi ‘KPop Demon Hunters’ Bakal Tayang di Netflix Mulai 20 Jun
Animasi

Filem Animasi ‘KPop Demon Hunters’ Bakal Tayang di Netflix Mulai 20 Jun

May 23, 2025
Reviu Ejen Ali The Movie 2 – Dari M.A.T.A ke Hati Penonton! (TANPA SPOILER)
Review

Reviu Ejen Ali The Movie 2 – Dari M.A.T.A ke Hati Penonton! (TANPA SPOILER)

  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd