The Division Resurgence merupakan entri terbaru untuk francais The Division. Ia merupakan game mobile percuma dan akan menyampaikan pengalaman terbaru kepada semua pemain. Kami berpeluang untuk melihat preview-nya lebih awal. Jadi tanpa membuang masa, jom kita lihat apakah perkara menarik dalam game ini.

Penceritaan
Dalam beberapa minggu sahaja, tamadun telah jatuh dan sebagai ejen dari kumpulan The Division, pemain kena menyelamatkan orang dan resources yang tinggal di Manhattan, New York City. Jalan cerita The Division Resurgence meliputi permulaan francais sehinggalah The Division 2. Ia juga lebih fokus kepada apa yang berlaku selepas Division 1.
Pemain akan bermula semasa penceritaan The Division 1 yang berlaku di New York, dan akan bersama-sama kumpulan The Division pertama dalam menyelesaikan situasi gusar yang berlaku. Pemain juga akan menyelam jauh ke dalam dunia tersebut untuk mengetahui lebih lanjut mengenai cerita manakala pemain baru pula boleh mengalami Division Universe buat kali pertama.

Semasa menerokai dunia tersebut, pemain juga akan hadapi banyak puak lain, masing-masing dengan personaliti dan gaya lawan yang unik. Malah akan ada juga yang menggunakan dron yang sukar untuk ditewaskan.
Freemen adalah puak terbaru dalam The Division Resurgence yang terdiri daripada saintis dan jurutera yang cuba bertahan di bandar New York yang musnah. Aktiviti mereka terdiri daripada mencari, merompak dan membina senjata tersendiri untuk mempertahankan diri. Pemain perlu menyesuaikan taktik dan strategi mereka untuk mengatasi cabaran menghadapi puak ini.

Gameplay
Menurut Ubisoft, The Division Resurgence memasukan gameplay taktikal dengan sistem cover yang terkenal dalam francais ini. Ia juga menawarkan ciri yang diminati peminat seperti class, skill dan gear yang berbeza dan boleh dipilih oleh pemain.
Setiap class atau specialization menawarkan kebolehan dan skill tree berbeza yang dapat membantu pemain dan pasukan menyelesaikan objektif. Sebagai contoh, Vanguard mempunyai skill untuk mengimbas dan menanda musuh. Demolitionist pula mempunyai seeker mine iaitu grenade yang akan mencari musuh dan meletup apabila jumpa musuh.
Class lain boleh dibuka dengan progress dalam game malah pemain juga bebas untuk menukarkan pada bila-bila masa. Gajet dan kebolehan tersendiri yang baru juga akan ditambah. Setakat ini hanya 6 class yang akan tersedia apabila game dilancarkan bersama specialization baru.

Terdapat beberapa perkara yang pemain boleh lakukan semasa meneroka bandar New York. Antaranya main mission, world event dan aktiviti spesifik. Dengan bandar yang luas, pemain boleh menggunakan minimap untuk menentukan posisi mereka dan mengetahui tempat misi. Jalan juga akan ditunjukkan sebagai panduan untuk pemain sampai ke destinasi.
Masa yang diambil untuk menghabiskan misi-misi ini juga tidaklah begitu panjang malah ia direka khas untuk pengalaman game mobile. Ini memberikan fleksibiliti mantap kepada pemain yang ingin bermain sekejap sahaja. Tetapi boleh juga untuk bermainnya selama dua sehingga tiga jam.
Sudah namanya game mobile, sudah tentau banyak kawalan yang perlu diambil perhatian. Berita baiknya, kawalan dalam The Division Resurgence ini boleh diubah suai sepenuhnya oleh pemain. Malah controller dan gamepad juga akan disokong untuk game ini.

Mode kegemaran ramai, Dark Zone juga akan kembali dalam game mobile ini. Untuk pengetahuan anda, ia merupakan mode PvP yang mempunyai zon terbuka dan telah disesuaikan untuk game mobile. Untuk mereka yang lebih sukakan cabaran, boleh cuba bermain mode Skirmish dan mode Domination.
Kalau anda tidak suka main berseorangan, The Division Resurgence juga direka untuk mode co-op. Ia seperti game MMO di mana pemain boleh meneroka dunia, bekerjasama dengan pemain lain serta menyelesaikan misi bersama. Bukan setakat itu sahaja, pemain juga boleh membina clan tersendiri.

Itu sahaja yang kami boleh kongsikan kepada anda mengenai The Division Resurgence. Pendaftaran untuk alpha tertutup juga kini dibuka dan boleh mendaftar di laman web rasmi. Anda juga boleh membaca temu ramah kami bersama penerbit eksekutif game, Fabrice Navez! Untuk mendapatkan liputan lain mengenai game ini, sila klik pautan ini.
@gamersantaimy
Discussion about this post