The Wandering Village akan tiba ke Steam secara Early Access pada 14 September. Game menarik ini, daripada Stray Fawn Studios, merupakan berjaya daripada Kickstarter, yang mencapai matlamatnya dalam masa 24 jam pada tahun 2020. Secara ringkas, game ini adalah city-builder yang penuh dengan unsur-unsur “rogue-like”. Penduduk bandar anda telah membina rumah mereka di atas sejenis makhluk hidup yang dikenali sebagai Onbu, dan bersama-sama, manusia dan Onbu harus menerokai dunia sambil mengelakkan toksin dan cuba untuk bertahan hidup.
Ini adalah preview ringkas kami bagi The Wandering Village:
Aspek “settings”

Untuk soal ubah suai grafik, game ini cukup basic dan mudah untuk saya senaraikan:
- Resolution
- Fullscreen
- Target FPS
- Vertical Sync
- Shadows
- Anti-aliasing
Apa yang menarik ialah integrasi Twitch chat: sambung ke stream anda dan penduduk banda boleh diberi nama melalui chat, dan penonton juga boleh menentukan hala tuju Onbu.
Inspirasi daripada Ghibli
Sekilas pandang, inspirasi game ini cukup jelas. Palet warna terutamanya sangat indah, untuk menimbulkan perasaan alam semula jadi dengan bintik-bintik hijau yang terang dan subur bersama bintik-bintik kegelapan yang keruh dari kawasan yang dijangkiti dan beracun. Muziknya pun menenangkan, tetapi dengan cepat akan berubah tempoh sebaik sahaja anda mula sampai bahagian yang bahaya. Tidak banyak yang saya boleh kata tentang reka bentuk; anda boleh melihat dengan mata sendiri nanti melalui gambar saya sediakan.
UI untuk menu pun boleh tahan bagus: ia mudah dibaca dan tidak bersepah. Saya pernah bermain versi demo sebelum ini; jadi selain daripada beberapa perubahan kepada sprite, semuanya adalah sama.
Onbu! Bantu saya!
Seperti yang dinyatakan di atas, game ini mempunyai elemen seperti rogue-like, di mana gameplay utama ialah city builder. Bahagian ‘rawak’ biasanya terdiri daripada yang berikut:
- Pengedaran rawak / penempatan sumber pada Onbu
- Node / peristiwa yang mungkin memberikan sumber atau acara yang mungkin menawarkan pilihan dengan hasil separa rawak, yang berkaitan dengan node
- Biom yang mungkin dilalui Onbu
Pada masa yang sama, anda perlu menguruskan penduduk bandar dan Onbu. Apa yang baik untuk orang ramai tidak sama dengan sesuatu yang disukai oleh Onbu.

Penduduk bandar

Penduduk memerlukan tempat tinggal dan makanan, dan ubat-ubatan sekiranya mereka diracun. Kematian menanti mereka sekiranya mereka terlalu sakit, atau kelaparan. Jika mereka tidak berpuas hati, mereka akan meninggalkan Onbu. Jika anda kebetulan menemui petempatan untuk merekrut lebih ramai orang, mereka tidak mungkin menyertai anda jika permintaan mereka tidak dipenuhi sama sekali.
Mereka juga tidak boleh mempunyai peranan khusus. Ia lebih kepada membina bangunan dan menugaskan beberapa orang untuk bekerja di situ. Sesetengah bangunan memerlukan bilangan orang yang tetap untuk, jadi terdapat kurang fleksibiliti di sana. Worker Post membenarkan anda menetapkan sebilangan penduduk bandar untuk mengutamakan tugas-tugas tertentu. Game ini membolehkan anda menetapkan kawasan atau tindakan tertentu supaya diutamakan, tetapi jika saya tidak mempunyai sumber, ia sukar untuk tahu sama ada mereka sedang memproses tugas yang diperlukan dengan betul.
Untuk menerokai node di overworld (dunia luas), anda memerlukan Scavenging Post untuk menghantar pasukan mendapatkan barangan.

Bandar

Masa diperlukan untuk menyelidik lebih banyak bangunan baharu, dan kadangkala “Knowledge” yang perlu digali dari dunia. Memandangkan kita di atas Onbu, sumber dan ruang pada permulaan game sudah agak terhad. Nasib baik, dekonstruksi boleh dilakukan, dan penduduk bandar secara automatik akan membuang apa-apa yang menghalang tapak pembinaan. Itu tidak semudah seperti yang saya sangka, kerana bangunan mempunyai keperluan tertentu.
Sebagai contoh, Farm memerlukan rumput hijau supaya anda boleh menandakan kawasan penanaman. Bangunan tertentu berkaitan Onbu hanya boleh dibina di bahagian hujung, manakala Quarry hanya boleh diletakkan bersebelahan dengan batu di belakang Onbu.
Saya cuba menyediakan jalan untuk supaya penduduk boleh berjalan lebih pantas, tetapi dengan hanya jalan jenis tanah, saya tidak tahu jika ia berkesan. Walau apa pun keadaannya, pastikan pengumpul sumber dan ladang anda sentiasa sibuk kerana beberapa cuaca dan biom tertentu akan menjejaskan bandar. Antara faktornya adalah suhu boleh mengganggu pertumbuhan tanaman anda, padang pasir boleh menghentikan semua pengumpulan air, dan ribut pelik boleh memusnahkan bangunan anda.
Jangan pula lupa tentang awan racun yang boleh menjangkiti segala-galanya. Pastikan ladang dituai tepat pada masanya atau bakarnya sebelum racun merebak terlalu jauh. Jika tidak, penduduk kampung anda akan jatuh sakit dan mati. Pastikan diri mempunyai doktor atau bangunan untuk melindungi mereka!
Pada masa yang sama, terdapat bangunan yang kita boleh tanam di atas Onbu untuk mengekstrak lebih banyak sumber, tetapi makhluk itu tidak akan menyukainya. Alang-alang kita bercakap tentang Onbu…
Onbu

Gergasi lembut ini adalah makhluk hidup yang berjalan di sepanjang jalan yang lurus. Jika ia cukup mempercayai kita, anda boleh mengeluarkan arahan, seperti menukar arah di persimpangan jalan, atau membiarkannya tidur. Anda mesti memastikan ia cukup makan dan sihat, dan sudah tentu, pastikan ia mempercayai anda. Apabila ia benar-benar marah, ia akan menggoncang punggungnya dan memusnahkan bangunan anda. Apabila diberi peluang, atau apabila tidak dijaga dengan cukup baik, ia hanya akan tidur dan makan selagi ada peluang.
Keseluruhan aspek “hubungan simbiotik” bukan sekadar untuk suka-suka.
Peta

Terbahagi kepada biom berwarna, setiap kawasan mempunyai suhu dan kelembapan masing-masing untuk menjadikan pengurusan sumber anda sebagai urusan yang mencabar. Aktiviti “scavenging” boleh menjadi kunci untuk memiliki sumber secukupnya atau Knowledge yang diperlukan bagi tujuan penyelidikan. Kadang-kadang, akan ada acara rawak dengan pelbagai pilihan yang memberi barang-barang berfaedah atau kesan buruk. Menangguhkan pilihan dibenarkan di titik-titik tertentu, tetapi secara amnya, ia mempunyai timer.
Pendapat

Bagi anda yang mencari game city-builder yang mencabar dengan unsur-unsur rawak, saya amat mengesyorkan The Wandering Village. Buat masa ini, tiada lagi jalan cerita selain daripada berhijrah ke padang rumput yang bebas daripada racun, jadi ia seperti game tanpa berkesudahan di mana anda bertahan selagi boleh, sehingga pihak studio menambah kemas kini pada masa hadapan.
Di sini, saya ucapkan semoga berjaya menjaga Onbu, dan jangan mati!
Tersedia secara Steam Early Access untuk PC, Mac dan Linux pada 15 September, ini hanyalah permulaan untuk perjalanan Onbu. The Wandering Village juga akan menuju ke Xbox Game Preview pada tahun 2023.
@gamersantaimy
Discussion about this post