Pembangun Supermassive Games yang terkenal dengan Until Dawn serta The Dark Pictures Anthology hadir dengan game seram terbaru mereka iaitu The Quarry. Ia akan dilancarkan secara rasmi pada 10 Jun nanti di PS4, PS5, Xbox Series X|S dan PC melalui Steam. Kami telah diberi peluang untuk melihat preview kepada The Quarry dan tidak sabar untuk berkongsi kepada anda semua. Tanpa membuang masa, jom kami ceritakan dahulu secara ringkas mengenai The Quarry.

Sinopsis
Ketika matahari terbenam pada hari terakhir perkhemahan musim panas, kaunselor remaja Hackett’s Quarry mengadakan parti untuk meraikannya. Tiada kanak-kanak. Tiada orang dewasa. Tiada peraturan.
Tetapi keadaan dengan pantas menjadi buruk.
Diburu oleh penduduk tempatan yang berlumuran darah dan sesuatu yang jauh lebih jahat, rancangan parti remaja itu menjadi malam ngeri yang tidak dapat diramalkan. Rasa mesra dan godaan memberi jalan kepada keputusan hidup atau mati, apabila hubungan dibina dan putus di bawah tekanan yang tidak dapat dibayangkan.
Bermain sebagai setiap sembilan kaunselor kem dalam kisah sinematik yang mendebarkan, di mana setiap pilihan membentuk cerita unik anda daripada rangkaian pilihan. Mana-mana watak boleh menjadi bintang – atau mati sebelum hari siang tiba. Bagaimanakah kisah anda akan terungkap?
Tetapan tersedia
Disebabkan game ini seperti filem, terdapat beberapa tetapan yang tersedia untuk memberikan pengalaman bermain yang lebih baik. Terutamanya “filter” tersedia untuk anda yang sukakan grafik filem lama untuk genre seram. Antaranya “Indie Horror”, “80’s Horror” dan “Classic Horror”. Kalau anda seorang streamer, ada tetapan khas yang boleh digunakan untuk mengelak daripada tuntutan copyright. Sari kata juga tersedia untuknya. Banyak juga tetapan “accessibility” untuk memudahkan lagi pemain menikmati The Quarry. Antaranya seperti berikut:
- Simple Quick Time Event (QTE)
- QTE speed
- Choice timer
- Interrupt speed
- Button mash
- Don’t Breathe
- Aim assist
- Death rewind
- Tetapan buta warna
Walaupun game ini boleh membuatkan keputusan secara auto untuk pemain, tetapi ianya tidak tersedia untuk acara “Wolf Pack”. Saya tidak boleh cerita lebih lanjut tentang “Wolf Pack” tetapi ia lebih kepada bagaimana anda akan berinteraksi dengan game di luar movie mode dan auto decision. Death rewind pula digunakan untuk kembali sebelum watak mati. Tutorial juga akan dibuka satu-persatu mengikut penceritaan. Ianya disampaikan secara animasi 2D yang unik. Tetapi satu sahaja masalah, anda tidak boleh langkau tutorial ini, jadi hadap sahajalah semasa bermain. Antara tutorial yang tersedia adalah seperti berikut:
- QTE
- Combat
- Don’t Breathe
- Evidence
- Interrupt
- Path Chosen

Penyampaian ala-ala retro
Buka sahaja The Quarry, anda akan melihat menu utama yanng mempunyai monitor serta beberapa skrin dengan rakaman CCTV. Boleh rasakan aura 80-an daripada reka bentuk menu itu dan ia sesuatu yang kami suka. Memandangkan terdapat juga filter retro tersedia untuk game ini.
Bercerita mengenai mocap (motion capture), bagi saya ia elok sahaja. Hampir sama dengan game terdahulu daripada pembangun. Kadang-kadang animasinya nampak agak kaku untuk model 3D yang kelihatan realistik. Tetapi preview build ini nampaknya seperti mempunyai masalah sedikit untuk rendering watak. Mungkin ia lebih elok pada versi pelancaran.
Video tutorial yang disebut di atas, mempunyai animasi seperti Cuphead atau era animasi retro dulu. Membuatkan kita mengimbau semula animasi pada zaman itu. Dengan penggunaan warna terang serta keceriaan daripada pencerita, anda akan mudah memahami apa yang ingin disampaikan. Sesetengah orang mungkin tidak menyukai sari kata untuk game ini, kerana ia ada menunjukkan nama watak untuk dialog setiap watak. Jadi, anda akan dapat mengetahui nama watak tersebut sebelum diperkenalkan.

Gameplay
Kalau anda telah bermain Until Dawn ataupun Dark Picture Anthology, senang cerita gameplaynya hampir sama. Tidak begitu berbeza antara satu sana lain. Perbezaan yang ketara hanya pada penceritaannya. Anda boleh membuka “jalan cerita” lain mengikut pilihan yang dibuat. Kad Tarot yang anda dapat akan menunjukkan perkara yang akan terjadi pada masa depan dan peta untuk melihat lokasi.
Pilihan dialog, perbuatan serta “interruption” yang anda pilih akan mengubah perspektif watak. Cara untuk gunakan “future vision” juga lebih mudah berbanding game sebelum ini dengan penggunaan kad tarot dalam game. Kalau ada “path” yang dikunci selepas pilihan, ia hanya terjadi untuk pilihan yang lebih penting. Jadi, kalau anda ingin mengawal sepenuhnya penceritaan game ini, boleh tutup fungsi Auto di tetapan.
Kesimpulan
Untuk preview sebuah game, rasanya agak pendek memandangkan ia merupakan game naratif yang bergantung pada pilihan jawapan. Tetapi “rasa” seram itu seperti segan silu untuk ditunjukkan dalam preview ini. Bagi kami ia lebih kepada misteri berbanding seram. Walaupun begitu, ceritanya masih lagi mampu untuk menarik minat kami untuk bermainnya apabila ia lancar nanti. Untuk mendapatkan liputan lain mengenai game ini daripada kami, sila klik di sini.
@gamersantaimy
Discussion about this post