Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Preview Street Fighter 6 (TGS 2022) – Penangan Guile & Juri!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
September 15, 2022
in Acara, Artikel, Berita, Demo, Fighting, Pameran/Expo, Preview
0 0
0
Preview Street Fighter 6 (TGS 2022) – Penangan Guile & Juri!
Share on FacebookShare on Twitter

Bagi korang yang tidak tahu, kami kini berada di Tokyo Game Show 2022 (TGS 2022) -diwakilkan oleh Gamer Braves– untuk mencuba pelbagai demo bagi game terkini. Sebagai lawatan pertama, kami mencuba Street Fighter 6 oleh Capcom yang bakal dilancarkan pada tahun 2023 di PS4, PS5, Xbox Series X|S dan PC melalui Steam!

Secara lebih khusus, saya mencuba watak Guile dan Juri untuk demo Street Fighter 6 ini demi melihat jika ada perbezaan berbanding versi lama. Tanpa melengahkan masa, jom kita teruskan ke bahagian preview.

Supaya semua faham, korang perlu tahu bahawa Street Fighter 6 mempunyai dua skema kawalan: Classic Control di mana kita bermain seperti Street Fighter tradisional dengan pilihan enam butang; dan ‘Modern Control’ yang menyelaraskan input dan bergerak untuk berfungsi dengan empat butang.

Korang boleh baca lebih lagi tentang skema kawalan di SINI.

Guile

Saya bermain Guile dengan Classic Control dan terbukti watak ini masih sangat teknikal, di mana kita perlu memasukkan “charge input” untuk melakukan skill Flash Kick dan Sonic Boom.

Super Command miliknya semua sangat menakutkan, yang menggunakan input teknikal seperti “charge back, forward, back, forward” untuk melakukan Super. Kebanyakan fighting game sekarang biasanya melakukan “simple input” untuk melancarkan Super.

Satu perkara yang saya amat kagum ialah butang terasa sangat responsif. Saya sentiasa menghadapi masalah semasa menentukan ‘bila’ untuk melancarkan serangan istimewa seperti Flash Kick tetapi SF6 menambah tahap kelancaran input bagi controller (saya memakai DualSense dalam demo ini).

Terdapat tiga versi sepakan berbeza, di mana setiap satu melakukan lebih banyak damage tetapi juga membiarkan anda terdedah lebih lama kepada serangan musuh. Seperti biasa, terpulang kepada anda untuk menyusun strategi yang sesuai.

Parry dan Dash Cancel sebenarnya jauh lebih sukar daripada yang saya fikirkan, tetapi itu kerana saya menggunakan controller. Ia mungkin lebih mudah di arcade stick.

Juri

Juri cukup terkenal sebagai watak dengan pelaksanaan gameplay yang sukar. Secara tidak langsung, ini bermakna dia tidak dimainkan begitu kerap berbanding watak kerana ramai akan mengambil masa yang lama untuk mempelajari kemahirannya dengan betul.

Sama seperti bermain Guile, saya juga mencuba Juri secara Classic Control tetapi kombonya memang tidak masuk akal. Kebanyakan watak mempunyai rentak yang kita boleh membiasakan diri, tetapi saya tidak menemui rentak Juri.

Street Fighter 6 mungkin akan mengubah nasibnya kerana Modern Control membetulkan masalah itu. Selepas menukar ke Modern, sistem ini menghilangkan tahap kesukaran semasa melaksanakan kombonya – jadi pemain hanya perlu memikirkan strategi untuk menang.

Pendapat

Walaupun banyak fighting game cuba memasukkan lebih banyak skema kawalan jenis “beginner-friendly” untuk menarik pendatang baru ke dalam genre, saya berpendapat bahawa ada sesuatu yang unik tentang kawalan moden Street Fighter 6.

Kawalan ini tidak menjadikan game lebih mudah (sebab masih ada banyak lagi kombo yang perlu dibuat, cuma ia membuatkan Street Fighter lebih mudah didekati. Ia membenarkan pemain baharu, yang biasa menggunakan controller empat butang untuk mengatasi cabaran input sukar dan sebaliknya menumpukan pada asas-asas pertarungan sebenar seperti mengawal ruang neutral, kombo, lakukan mix-up dan selebihnya.

Secara keseluruhan, saya sangat berpuas hati dengan preview Street Fighter 6 ini dan tidak sabar untuk melihat versi penuh apabila ia dilancarkan!

Wakil kami juga dapat mengambil gambar di booth Capcom bersama Chun Li di TGS 2022

Street Fighter 6 akan dikeluarkan untuk PS4, PS5, Xbox Series X|S dan PC pada tahun 2023. Untuk membaca segala liputan kami tentang Street Fighter, sila tekan pautan ini.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: Street Fighter 6TGS 2022
Previous Post

[TGS22] Video gameplay Wuthering Waves didedahkan, bakal tiba di Android & iOS

Next Post

Preview One Piece Odyssey (TGS 2022) – Budak getah masuk alam JRPG!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Menangi ROG Ally X & Hadiah Eksklusif Lain, Dengan Bermain Monster Hunter Wilds Bersama ASUS ROG
Berita

Menangi ROG Ally X & Hadiah Eksklusif Lain, Dengan Bermain Monster Hunter Wilds Bersama ASUS ROG

June 6, 2025
Survival Kids Kini Dilancarkan, Eksklusif di Nintendo Switch 2
Berita

Survival Kids Kini Dilancarkan, Eksklusif di Nintendo Switch 2

June 6, 2025
Nantikan Acara Demon Slayer Experience Di Malaysia, Bermula 28 Jun Di Pavilion Bukit Jalil!
Anime

Nantikan Acara Demon Slayer Experience Di Malaysia, Bermula 28 Jun Di Pavilion Bukit Jalil!

June 6, 2025
Next Post
Preview One Piece Odyssey (TGS 2022) – Budak getah masuk alam JRPG!

Preview One Piece Odyssey (TGS 2022) - Budak getah masuk alam JRPG!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd