Pada tahun ini, pelbagai game Gundam telah dikeluarkan termasuk jenis ARPG, jenis FPS, dan RTS. Baru-baru ini, Bandai Namco Entertainment telah mengeluarkan satu lagi game mecha baru bertajuk SD Gundam G Generation ETERNAL untuk platform mobile – jadi saya faham mengapa ramai Gundam yang hype!
Nasib baiklah kita pun mendapat peluang untuk mencuba SD Gundam G Generation Eternal melalui ujian beta tertutup dan berikut adalah pendapat saya. Adakah ia tepati jangkaan peminat atau adakah ia satu kegagalan?

Tanpa melengahkan masa lagi, teruskan baca preview saya!
Reka bentuk cantik tapi jalan cerita kurang cemerlang

Disebabkan game ini jatuh di bawah siri SD Gundam, setiap Mobile Suit mempunyai bentuk SD (kecil comel/chibi), di mana semua reka bentuk mengikut siri original tanpa pengubahsuaian.
Bahagian visual semuanya okay – cuma, jalan cerita agak membosankan. Sebabnya, jalan cerita tidak diisi pelakon suara, jadi kita hanya ada kotak dialog untuk membaca dan beberapa kepingan imej untuk menggambarkan jalan cerita. Berita baik adalah setiap watak mempunyai suara/bunyi dalam pertempuran bersama cutscene yang membuatkan keseluruhan pertempuran rasa lebih baik.

Kembali kepada soal jalan cerita, hanya 3 senario yang tersedia dalam game iaitu Mobile Suit Gundam original, Thunderbolt, dan Seed (semuanya boleh dijalankan pada Hard Mode untuk ganjaran maksimum). Sesetengah level boleh dimainkan dengan mana-mana MS manakala ada level yang mengharuskan kita guna MS yang telah disediakan.
Saya juga suka bagaimana pihak pemaju hasilkan UI di SD Gundam G Generation ETERNAL. Reka bentuk kelihatan “clean”, “simple”, dan paling penting – jelas! Setiap menu mudah untuk dilihat dan tidak nampak sesak. Anda juga boleh meletakkan Mobile Suit kegemaran di halaman menu utama (tanpa pilot).
Gameplay sangat tumpu pada taktikal

Pertama sekali saya perasan adalah game ini terasa seperti Super Robot Wars. Setiap watak mempunyai efek unik dan kesan pergerakan ala SRW yang “flashy berhabis” serta mekanisme offense dan defense yang lebih kurang sama. Memandangkan saya pernah bermain SRW, gameplay-nya memang terasa familiar.

Setakat yang saya cuba, bahagian pertempuran tidak mempunyai ciri-ciri skip untuk ujian beta tertutup. Sesetengah pertempuran atau misi juga mempunyai faktor “EX” yang merupakan misi tambahan untuk dapatkan lebih banyak ganjaran. Sebagai contoh, Amuro mesti mengalahkan 5 Zaku atau mengalahkan “X” dalam 5 giliran. Perkara -perkara ini kadang -kadang nampak sukar, tetapi sebenarnya menjadikan game lebih menarik untuk dinikmati kerana perlukan strategi.

Untuk mekanik pertempuran, setiap serangan mempunyai “probability” untuk terkena atau tidak, di mana julat dikira dalam % peratus. Yang kelakarnya adalah kebarangkalian 80% pun ada peluang untuk “miss”. Selain itu, kita ada pilihan Defend dan Evade untuk menangkis serangan musuh. Akhir sekali ada ciri Auto Battle, tetapi saya sarankan korang jangan aktifkan ciri ini di misi “Ex” kerana ia terlalu rumit untuk AI selesaikan.

Warship pula boleh menampung sehingga 6 Mobile Suit dan setiap satu mempunyai keunikan dan kuasa masing -masing. Mobile Suit yang terjun daripada Warship atau berhampiran di sekitar Warship juga boleh memulihkan HP/EN. Jadi penglibatan Warship dalam fasa pertempuran juga memainkan peranan penting.
Sistem “Progression” padat tapi memenatkan

Setiap watak, Mobile Suit, dan Warship mempunyai level dan skill masing-masing. Setiap MS boleh meningkatkan rarity hingga 7 bintang. Nasib baik lah anda tidak perlu menggunakan duplikat untuk menguatkan unit, kerana ia boleh dilakukan melalui bahan -bahan yang boleh diperoleh dari misi atau quest harian. Seperti biasa, pemain perlulah meluangkan masa banyak untuk grinding.

Setiap Skill dan Stats yang dimiliki oleh Mobile Suit juga boleh ditingkatkan, tidak kira level-nya. Dan ya, ia memerlukan bahan-bahan yang diperoleh daripada grinding. Jumlah bahan agak terhad jadi ia membuatkan game rasa menjengkelkan dan melengahkan masa progression. Malah early game pun sudah cukup grinding.
Gacha

Pada pendapat saya, sistem gacha terasa normal dan adil. Untuk rarity setinggi 4 bintang*, kebarangkalian untuk kita mendapatkannya adalah 3%, yang bagi saya cukup tinggi berbanding dengan game mobile Jepun lain. Disebabkan ini masih tahap ujian beta tertutup, tentu saja beberapa perubahan akan dibuat.

Bukan sahaja dari gacha, para pemain juga boleh mendapatkan Mobile Suit daripada ciri bernama Develop. Jika anda mempunyai bahagian dari Gundam tertentu, anda boleh memasang/mencipta MS itu menggunakan bahan dan mata wang dalam game. Tetapi sekali lagi, ia mengambil masa yang sangat lama untuk menghasilkannya, terutama MS yang mempunyai rarity tinggi.
Kesimpulan
SD Gundam G Generation Eternal sebenarnya adalah game dengan potensi yang besar, terutama dari segi gameplay taktik dan strategi. Dengan banyak cutscene baik dan juga misi “EX” yang membuat pertarungan lebih menarik dan mencabar, ia memberi elemen baru kepada game Gundam yang kita jarang dapat lihat di dalam mobile.
Namun, ia masih ada beberapa kekurangan. Sebagai contoh, kandungan dalam jalan cerita aka Story/Campaign Mode sangat sedikit, dan pengalaman saya lebih membosankan kerana tiada audio. Bukan itu sahaja, sistem progression juga amat perlahan dan perlu banyak grinding.
Namun disebabkan ia masih di fasa beta tertutup, ada kemungkinan untuk semuanya diperbaiki.
SD Gundam G Generation ETERNAL akan dikeluarkan untuk Android dan iOS. Untuk maklumat lanjut, anda boleh merujuk laman web rasmi di SINI.
Anda juga boleh membaca segala liputan kami tentang francais Gundam di SINI.
@gamersantaimy
Discussion about this post