Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Preview Riders Republic – Aksi sukan ekstrem bersama pemain dari seluruh dunia!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
June 13, 2021
in Artikel, Berita, Multiplayer, Open World, PC, PS4, PS5, Sukan/lumba, Xbox One, Xbox Series X|S
0 0
0
Preview Riders Republic – Aksi sukan ekstrem bersama pemain dari seluruh dunia!
Share on FacebookShare on Twitter

Seperti yang anda semua tahu, Ubisoft mengambil keputusan pada awal tahun ini untuk menangguhkan pelancaran Riders Republic. Walaupun ada yang kecewa, penangguhan ini sebenarnya membolehkan pasukan pemaju mengambil lebih banyak masa untuk menyempurnakan visi bagi permainan sukan “multiplayer” yang mendebarkan ini. Kini, mereka sudah bersedia untuk tunjuk kepada semua peminat. Jom kita mendalami preview Riders Republic ini!

Pengalaman sukan secara beramai-ramai

Sebelum saya teruskan penjelasan ini, saya sarankan supaya anda tonton dahulu trailer Deep Dive di atas yang didedahkan semasa acara Ubisoft Forward hari ini. Riders Republic adalah sebuah permainan multiplayer besar di mana pemain dapat berhubung, bersaing dan tunjukkan kemahiran melalui sukan ekstrem seperti basikal, ski, papan salji, “wingsuit flying” dan lain-lain. Pemain akan mengalami adrenalin fantasi dalam dunia terbuka yang sentiasa berkembang seperti taman negara Amerika ikonik termasuk Bryce Canyon, Lembah Yosemite, Zion dan banyak lagi.

Anda tidak akan pernah bermain seorang di Riders Republic, dan akan selalu dikelilingi oleh banyak pemain lain! Permainan ini ingin mengasaskan komuniti besar sendiri di mana kandungan dalam permainan boleh dimainkan dengan pemain lain. Sebagai contoh, anda dan rakan-rakan dapat mencuba apa-apa “Career Event” bersama, dalam mod VS. Di sini, anda boleh pergi ke tempat paling sosial iaitu Riders Ridge.

Hub sosial “Riders Ridge”

Selepas menyelesaikan intro permainan, para pemain akan diperkenalkan kepada hub paling meriah iaitu Riders Ridge. Seperti yang ditunjukkan dalam video di atas, Rider’s Ridge adalah hub sosial di mana pemain akan berhubung, berinteraksi dan bertemu dengan pemain lain. Di sini, kita akan melihat misi mingguan, membuat kontrak dengan penaja dan mengunjungi kedai untuk melihat barang terbaru. Riders Ridge juga merupakan titik permulaan untuk mod Multiplayer termasuk Tricks Battle, sebuah mod “free-for-all” yang unik.

Mod 6v6 Tricks Battle, Free-For-All & Private PVP

Mod “Tricks Battle” adalah perlawanan terbesar untuk semua pasukan di mana dua pasukan yang terdiri dari 6 orang akan bersaing dalam sebuah arena, dan cuba mengalahkan pihak lawan menggunakan kerja berpasukan, strategi, taktik dan trik.Bukan hanya trik sahaja, pemain juga boleh menangkap beberapa kawasan dalam peta, yang digelar sebagai “District” untuk menggandakan mata dan meningkatkan markah secara keseluruhan. Akhir sekali, sudah tentu pasukan yang terbaik akan menang.

Untuk Free For All, semua pemain bersaing dalam playlist yang menampilkan acara “Career Event” terpilih untuk memantapkan lagi kemahiran pemain ke tahap maksima. Playlist ini adalah bertema dan setiap satu sangat berbeza antara satu sama lain. Apa yang kita boleh cuba? Ia menampilkan acara yang tertumpu pada trik, berlumba atau sukan udara. Free-For-All adalah tempat di mana pemain boleh meningkatkan kemahiran, bersaing dan berhadapan dengan pelumba lain dari seluruh dunia.

Di Private PVP, anda boleh berkumpul dengan penunggang lain dan memainkan mana-mana kandungan Career Event yang ditawarkan di dalam permainan. Tidak kisah kalau bermusuhan atau kawan karib, anda bersama rakan-rakan dapat maju dalam karier, memperoleh bintang, menyelesaikan cabaran dan mendapat banyak peralatan baru!

Berlumba di seluruh dunia dalam Mass Race

Semasa merentasi dunia permainan, kita juga mungkin akan bertemu acara multiplayer terbesar dalam permainan iaitu Mass Race. Setiap jam, Mass Race akan bermula di lokasi yang telah ditentukan di sekeliling dunia. Sekiranya kita tiba di salah satu lokasi ini semasa acara sedang berlangsung, mereka boleh mengambil bahagian dalam perlumbaan multisport dengan lebih daripada 50 pemain lain.

Dalam Mass Race, terdapat beberapa sukan yang kita boleh cuba, masing-masing dengan kemajuan kerjaya sendiri. Untuk setiap karier, pemain dapat melibatkan diri dalam pelbagai acara sukan yang berbeza termasuk perlumbaan rasmi, pertandingan trik dan acara sukan terbang. Pada peringkat tertentu dalam karier pemain, mereka akan dijemput untuk menyertai beberapa pertandingan sukan paling berprestij. Pertandingan ini berdasarkan acara sukan aksi luar sebenar, yang dianjurkan oleh jenama seperti Burton, Santa Cruz, Rossignol, Canyon atau Salomon.

Selami pemandangan yang memukau mata

Selepas menonton preview terbaru Riders Republic, saya sedar bahawa ia mempunyai banyak pemandangan epik dan menakjubkan untuk dinikmati oleh pemain sepanjang perjalanan. Peminat diberi peluang untuk menjelajah dunia untuk bagi mencari keistimewaannya dan peninggalan dunia yang tersembunyi. Sebagai permainan “open-world“, pemain harus melakukan mencuba dari satu kandungan ke kandungan lain untuk terlibat dalam semua jenis aktiviti (kecuali untuk mod multiplayer). Untuk memudahkan penjelajahan dunia, pemain dapat memakai kereta salji atau paramotor.

Pemain juga dapat mereka cipta dan mengubah suai pilihan watak sendiri mengikut citarasa masing-masing. Selain daripada fitur “character customization“, pemain akan dapat mengumpulkan peralatan baru semasa Career Progression dan aktiviti dalam permainan tambahan serta “upgrade” peralatan tersebut. Setiap peralatan menawarkan pelbagai statistik yang membolehkan pemain menyesuaikan prestasi dan gaya permainan mereka untuk setiap senario permainan.


Itu sahaja untuk preview Riders Republic ini. Saya berharap kamu pun sama teruju seperti saya selepas menonton gameplay terbaru permainan ini. Harap maklum, Riders Republic akan keluar untuk pelantar PC, PS4, PS5, Xbox One, dan Xbox Series X pada 2 September 2021. Jika anda berminat untuk cuba, sila daftarkan diri di BORANG INI untuk peluang mencuba ujian beta awal. Bagi segala liputan kami tentang permainan, sila tekan pautan ini.

Pra-daftar disini
Riders Republic
Microsoft Windows, PlayStation 4, PlayStation 5, Xbox One, Xbox Series X|S
Riders Republic adalah "massively multiplayer sports game" di mana lebih daripada 50 pemain dapat bersaing satu sama lain dalam acara perlumbaan yang berbeza. Akan keluar untuk pelantar PC, PS4, PS5, Xbox One, dan Xbox Series X.
Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: GameplaymultiplayerPreviewRiders RepublicubisoftUbisoft Forward
Previous Post

[Pandangan Pertama] Rainbow Six Extraction – Pengalaman bertempur dengan alien yang menyeramkan

Next Post

[E3 2021] Ubisoft Forward- Tarikh Crossplay & Cross-Progression Rainbow Six Siege didedahkan!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

RGG Studio Memperkenalkan Semula Stranger Than Heaven, Dahulu Dikenali Sebagai Project Century
Berita

RGG Studio Memperkenalkan Semula Stranger Than Heaven, Dahulu Dikenali Sebagai Project Century

June 7, 2025
Onimusha: Way of the Sword Tampilkan Musuh Dalam Game & Aksi Combat Epik
Berita

Onimusha: Way of the Sword Tampilkan Musuh Dalam Game & Aksi Combat Epik

June 7, 2025
Mundfish Umum Atomic Heart II – Bakal Lancar Pada 2026 Untuk Konsol & PC
Berita

Mundfish Umum Atomic Heart II – Bakal Lancar Pada 2026 Untuk Konsol & PC

June 7, 2025
Next Post
[E3 2021] Ubisoft Forward- Tarikh Crossplay & Cross-Progression Rainbow Six Siege didedahkan!

[E3 2021] Ubisoft Forward- Tarikh Crossplay & Cross-Progression Rainbow Six Siege didedahkan!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd