Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Preview Resident Evil Village: Shadows of Rose DLC di TGS 2022!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
September 17, 2022
in Artikel, Berita, DLC, PC, Preview, PS4, PS5, Seram, Steam, Xbox One, Xbox Series X|S
0 0
0
Preview Resident Evil Village: Shadows of Rose DLC di TGS 2022!
Share on FacebookShare on Twitter

Resident Evil Village: DLC Winters’ Expansion akan tiba pada 28 Okt 2022 untuk PlayStation 5, Xbox Series X|S, PlayStation 4, Xbox One dan Steam tetapi kami dapat peluang untuk mencuba DLC-nya lebih awal melalui demo booth di Tokyo Game Show 2022.

Secara khususnya, kami mencuba kempen cerita baru “Shadows of Rose”, yang berlaku 16 tahun selepas cerita utama, dan menggambarkan kisah anak perempuan Ethan “Rosemary Winters” yang kini sudah remaja. Rose terganggu dengan “kuasa” istimewa yang dimilikinya dan memutuskan untuk memasuki alam memori Megamycete, “Realm of Consciousness”.

Apakah yang terjadi? Jom baca preview kami!

Rose Winters menjadi protagonis dalam DLC

Disebabkan ini adalah alam memori, Rose terpaksa melawat semula istana Lady Dimitrescu yang ikonik di RE Village.

Sekilas pandang, kempen DLC Rose terasa SANGAT-SANGAT berbeza dengan jalan cerita utama. Walaupun Village sangat tertumpu pada aksi, DLC Rose lebih tertumpu kepada elemen seram survival dengan gameplay yang lebih perlahan dan kurang agresif.

Di dunia ini, semua makhluk jahat sedang mencari Rose. Bernama Face Eater, mereka berkeliaran di istana dan adalah makhluk menakutkan yang menyedut roh daripada “wajah-wajah” yang hidup.

Saya menganggap Face Eater lebih menyerupai musuh di RE7 berbanding Lycan yang pantas di RE8. Walaupun sangat perlahan, tetapi apabila mereka berjaya menangkap Rose, pemain boleh kehilangan majoriti besar HP.

Satu-satunya perkara yang boleh melindungi Rose ialah pistol, sejumlah kecil peluru, dan First Aid Med di mana dia mesti menggunakan sebaik mungkin sumber yang terhad untuk bertahan hidup. Kita sudah tentu boleh “craft” lebih banyak peluru tetapi sumber tidak datang dengan kerap.

“Kuasa” yang dibenci Rose amat membantu di dunia ini. Gunakan kuasa itu untuk menghentikan pergerakan Face Eater, serang titik kelemahan dan tumbangkan musuh dengan cepat.

Di Realm of Consciousness, selain daripada makhluk asing, terdapat pelbagai halangan yang Rose perlu hadapi. Musnahkan “Mold Core” dengan “kuasa” Rose dan buka jalan ke hadapan.

Cuma satu masalah je boleh timbul… Rose perlu berdiri diam untuk mengecas kuasanya di mana ada kemungkinan musuh-musuh boleh menyerang hendap kita memandangkan Rose sedang terdedah.


Apa-apa hal pun, Resident Evil Village: Winters’ Expansion DLC akan tiba pada 28 Okt 2022 untuk PlayStation 5, Xbox Series X|S, PlayStation 4, Xbox One dan Steam. Jadi peminat boleh tunggu hingga tarikh itu untuk cuba pengembaraan Rose nanti!

Muat turun di sini
Resident Evil Village
Developer: CAPCOM
Release Date: 2021-05-07
Microsoft Windows, PlayStation 4, PlayStation 5, Xbox One, Xbox Series X|S
Resident Evil Village adalah permainan video seram survival yang akan dibangunkan dan diterbitkan oleh Capcom. Ini akan menjadi ansuran utama kesepuluh dalam siri Resident Evil, dan sekuel Resident Evil 7: Biohazard.
Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: DLCPreviewresident evil 8Shadows of Rose
Previous Post

Sonic Frontiers Interview — Membawa Nafas Baru Untuk Dunia Sonic Serta Pengenalan Open Zone!

Next Post

[Khabar Angin] Video GTA 6 dibocorkan secara besar-besaran, studio tuntut hak cipta!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Upin & Ipin Universe Dedahkan Gameplay Baharu, Game Akan Keluar 2025!
Berita

Upin & Ipin Universe Dedahkan Gameplay Baharu, Game Akan Keluar 2025!

June 8, 2025
No Straight Roads 2 – Game Ikonik Buatan Malaysia Kembali Dengan Sekuel Pada 2026!
Berita

No Straight Roads 2 – Game Ikonik Buatan Malaysia Kembali Dengan Sekuel Pada 2026!

June 8, 2025
Previu Sonic Racing: CrossWorlds – Lumba Kart, Tapi Customization Luas!
Preview

Previu Sonic Racing: CrossWorlds – Lumba Kart, Tapi Customization Luas!

June 8, 2025
Next Post
[Khabar Angin] Video GTA 6 dibocorkan secara besar-besaran, studio tuntut hak cipta!

[Khabar Angin] Video GTA 6 dibocorkan secara besar-besaran, studio tuntut hak cipta!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd