Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Preview Resident Evil 4 Remake – Ashley tak perlu bergantung pada Leon!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
March 2, 2023 - Updated on March 3, 2023
in Artikel, Berita, PC, Preview, PS4, PS5, Seram, Steam, Survival, Xbox Series X|S
0 0
0
Preview Resident Evil 4 Remake – Ashley tak perlu bergantung pada Leon!
Share on FacebookShare on Twitter

Hanya tinggal beberapa minggu lagi sebelum versi remake bagi judul aksi seram teragung Resident Evil 4 akan dilancarkan secara rasmi pada hujung bulan Mac dan Capcom memberi peluang awal untuk melihat gameplay baharu melalui preview khas. Penuh dengan aksi, hero kami Leon S. Kennedy nampaknya lebih berkebolehan dalam versi remake dengan beberapa upgrade penting.

Berikut adalah beberapa perubahan baharu kepada Resident Evil 4 Remake.

Lagi seram daripada original

Tanggapan pertama saya apabila melihat preview terbaru ialah suasana yang dicipta sungguh imersif berkat atmosfera yang menyeramkan. Kita boleh melihat pelbagai nuansa seperti jalan kampung yang kotor hingga ke gua yang penuh dengan bahaya tidak diundang, lengkap dengan laluan sempit yang bikin ‘tension’. Suasana yang seram ini turut disokong oleh model dan lakonan suara yang mantap. Walaupun versi original sudah bagus, kita dapat melihat banyak lagi perkara dengan lebih terperinci dalam versi remake ini.

Dalam gameplay, saya melihat Leon menyerang Ganado. Penduduk kampung dalam game ini dijangkiti parasit yang dipanggil Las Plagas. Jika kita memukul kepala musuh dengan cukup kuat, kepalanya akan meletup dan parasit itu akan keluar dari kepala. Di sinilah bentuk sebenar Plagas didedahkan; sebagai makhluk dengan sesungut yang menonjol daripada kepala hos dengan bahagian ala pisau di hujungnya.

Dalam remake, Capcom menjadikan musuh lebih kuat dan boleh menyerang dengan sesungut pedang mereka pada jarak lebih jauh. Serangan mereka boleh ditepis dengan pisau. Anda juga boleh menembak jatuh senjata dari tangan Ganado, termasuk senjata letupan seperti dinamit untuk damage AoE tambahan jika anda dapat membidik dengan tepat.

Sistem jual/beli senjata dan menu Upgrade

Preview Resident Evil 4 ini juga menunjukkan “The Merchant” yang menjual senjata dan item penting serta berfungsi sebagai tempat Upgrade di sepanjang permainan. Dalam komuniti Resident Evil, lelaki ini merupakan watak kegemaran peminat kerana peranannya yang sangat membantu, sikap sangat mesra dengan Leon, dan bercakap dalam cara yang melucukan. Bagi mereka yang merindukan the Merchant, fungsinya masih sama seperti dalam versi ori dan tidak diubah.

Untuk hal inventori, semua item kita dimasukkan ke dalam satu briefcase yang juga boleh di-upgrade untuk memuatkan lebih banyak barang. Jika berlebihan, semua item lain akan disimpan dalam kotak simpanan yang boleh diakses daripada mesin taip (juga adalah cara untuk save game) yang terletak sekitar lokasi permainan. Kotak simpanan ini boleh diubahsuai dengan warna dan charm yang berbeza.

Ashley tidak lagi ganggu pemain, kini lebih membantu

Seterusnya, saya melihat Leon menyusup ke dalam istana bersama Ashley, anak perempuan presiden yang kita ditugaskan untuk selamat. Dalam original, anda akan berjumpa dengan gadis ini kira-kira pada separuh jalan atau separuh masa kedua lalu menghabiskan baki permainan untuk mengiringinya keluar dari kampung.

Ashley agak kontroversi dalam game original kerana dia selalunya mudah ditangkap dan menjadi watak yang “melecehkan” kerana sering ditangkap oleh musuh. Apabila ini berlaku, Leon harus menyelamatkannya serta merta untuk mengelak “Game Over”. Bukan itu sahaja, apabila diculik, Ashley juga akan memanggil kepada Leon dalam cara yang menjengkelkan/gedik. Sudah tentu, ini bikin hal kepada ramai pemain.

Dalam versi remake, reka bentuk dan perbuatan Ashley diubah suai. Dia mempunyai sikap yang lebih matang; walaupun takut tetapi dia kini tidak terlalu ‘over’ seperti versi sebelum. Kali ini, kita boleh mengarahkan dia supaya duduk lebih rapat dengan Leon di mana dia akan terus mengikuti dia dari belakang, lantas menjadikan lebih fleksibel dan mudah. Bagi saya, perubahan ini memang sangat dialukan.

Beberapa hal lain tentang Ashley:

  • Jika Ashley meninggal dunia atau terlalu jauh daripada jarak tertentu dari anda, maka berakhirlah game.
  • Jika dia mengambil terlalu banyak damage, dia akan jatuh dan anda mesti menyelamatkannya dengan cepat.
  • Dia boleh membantu membuka pintu.

Mekanik dan Musuh Baru

Preview baharu itu turut memaparkan reka bentuk baharu untuk antagonis – Ramon Salazar, seorang lelaki pendek yang nampak tua tetapi sebenarnya baru berusia 20 tahun. Dia tidak begitu menonjolkan diri dalam preview selain memperkenalkan dirinya tetapi ia menarik untuk melihat reka bentuk baharunya. Ramon kini mempunyai rambut yang lebat dan daripada segi personaliti, dia tidak “lancang” seperti original.

Kami juga nampak jenis musuh Las Plaga baru bernama Plaga Mandibula yang mempunyai mulut besar. Parasit ini boleh menggunakan mulutnya untuk menggantung di siling dan memberikan cabaran baru kerana pemain kini perlu berhati-hati di atas selain daripada musuh di tanah. Musuh ini juga memberikan jump scare yang bagus dan memberi perubahan ketara pada gameplay bagi pemain yang telah memainkan versi original.

Seterusnya, kami ditunjukkan rakaman pertarungan bos Garrador. Dia seorang lelaki dengan topeng besi di atas kepalanya dan dua pencakar gergasi. Walaupun buta, bos ini dapat mengesan pemain menggunakan pendengaran. Namun jika berhati-hati, Leon boleh menyelinap dan menyerang parasit di belakangnya. Selepas itu, parasit akan terdedah untuk Leon tembak.

Akhir sekali, kita melihat sekilas pendek pertempuran dengan Jack Krauser. Dalam game original, Leon bertemu dengan Krauser yang menghunus pisau melalui adegan QTE. Dalam remake, anda sebenarnya akan bertarung dengannya. Bukan itu sahaja perubahannya kerana remake memperkenalkan beberapa mekanik baharu dengan pisau, termasuk keupayaan untuk parry/menangkis. Kemungkinan mekanisme baru ini akan memainkan peranan besar dalam pertarungan bos ini, cuma saya tidak dapat melihat rakaman cukup lama untuk mendapat kepastian.

*Preview dimainkan di PS5*

Gameplay video:


Maka, itu sahajalah untuk preview Resident Evil 4 ini yang bakal dilancarkan pada 24 Mac 2023 untuk PlayStation 5, PlayStation 4, Xbox Series X|S dan PC melalui Steam. Untuk membaca segala liputan kami tentang Resident Evil 4 Remake termasuk temu ramah bersama producer, sila tekan pautan ini.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: PreviewResident EvilResident Evil 4 Remake
Previous Post

Review Wo Long: Fallen Dynasty – Aksi soulslike kompleks di era Three Kingdom!

Next Post

Lebih Banyak Unit PS5 Akan Dibawa ke Malaysia — Temu Ramah Bersama Warwick Light Naib Presiden Jualan Saluran APAC PlayStation!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Menangi ROG Ally X & Hadiah Eksklusif Lain, Dengan Bermain Monster Hunter Wilds Bersama ASUS ROG
Berita

Menangi ROG Ally X & Hadiah Eksklusif Lain, Dengan Bermain Monster Hunter Wilds Bersama ASUS ROG

June 6, 2025
Survival Kids Kini Dilancarkan, Eksklusif di Nintendo Switch 2
Berita

Survival Kids Kini Dilancarkan, Eksklusif di Nintendo Switch 2

June 6, 2025
Nantikan Acara Demon Slayer Experience Di Malaysia, Bermula 28 Jun Di Pavilion Bukit Jalil!
Anime

Nantikan Acara Demon Slayer Experience Di Malaysia, Bermula 28 Jun Di Pavilion Bukit Jalil!

June 6, 2025
Next Post
Lebih Banyak Unit PS5 Akan Dibawa ke Malaysia — Temu Ramah Bersama Warwick Light Naib Presiden Jualan Saluran APAC PlayStation!

Lebih Banyak Unit PS5 Akan Dibawa ke Malaysia -- Temu Ramah Bersama Warwick Light Naib Presiden Jualan Saluran APAC PlayStation!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd