Francais Rainbow Six telah melalui perubahan radikal sejak sedekad yang lalu, dan memandangkan Rainbow Six Extraction akan datang tidak lama lagi, siri ini mencuba beberapa formula unik untuk memberi nafas baru. Sempena itu, kami diberi peluang oleh Ubisoft untuk mencuba game tersebut buat kali kedua dan selepas mencubanya selama beberapa hari, saya ada banyak maklumat baru untuk berkongsi. Pendek kata, ini adalah preview terbaru Rainbow Six Extraction sebelum pelancaran rasminya!

Sebelum menjelaskan secara lebih terperinci, korang semua harus tahu bahawa Rainbow Six Extraction adalah spin-off kepada Rainbow Six Siege, dan merupakan game FPS berunsur PvE sahaja. Dalam pasukan yang terdiri daripada 3 pemain, anda boleh memilih sejumlah Operator dari universi Rainbow Six untuk menyelesaikan misi tertentu.
Bagi mereka yang tidak tahu, ini adalah preview ke-2 kami untuk Extraction, jadi saya tidak akan menjelaskan perkara lama seperti mekanik dan jenis musuh. Untuk info tentang itu, korang boleh rujuk kepada preview pertama kami di SINI. Saya hanya akan menjelaskan tentang mekanik-mekanik baru yang tidak diperkenalkan dalam preview pertama.
Versi yang sedang cuba sekarang pun sebenarnya adalah demo, tetapi lebih hampir kepada versi pelancaran nanti. Baiklah, jom kita teruskan ke inti sebenar!
Setiap Operator adalah unik

Perkara pertama yang berbeza daripada demo pertama ialah saya boleh memilih daripada 9 Operator berbeza, dan kemudian dapat unlock 6 lagi Operator tambahan apabila meningkatkan level akaun ke level 10, untuk jumlah total 15. Setiap Operator mempunyai sistem leveling sendiri, dan apabila menaikkan level, kita dapat unlock lebih banyak barang istimewa seperti skil unik, peningkatan statistik atau pilihan senjata baru.
Satu lagi perkara yang saya perhatikan adalah soal HP (hit point). Jika menamatkan satu pusingan dalam keadaan tercedera, jumlah HP tersebut akan diteruskan ke pusingan seterusnya. Tidak boleh dipulihkan dalam perlawanan, HP itu hanya akan isi semula apabila kita tidak memakai Operator ini. Sebagai contoh: saya bermain satu pusingan dan Operator A saya kehilangan 20HP, anda perlu bermain dengan Operator B supaya Operator A dapat mengisi semula HP.

Operator perlu mempunyai jumlah HP tertentu supaya boleh dipilih dalam misi, yang bermakna jika HP mereka berada di bawah jumlah tertentu, Operator tersebut tidak akan menjadi tidak aktif dan anda tidak boleh memilihnya untuk beberapa perlawanan seterusnya.
Disebabkan itu, Operator yang boleh menyembuhkan HP seperti Doc dan Finka sebenarnya sangat OP, kerana item healing dalam permainan sangat terhad. Jika anda tidak jumpa walau satu pun item healing, maka pengalaman anda memang sukar lah.

Perkara terakhir yang saya sedar tentang Operator ialah mereka mempunyai statistik Speed dan Armor sendiri. Jelas daripada namanya, Speed bermaksud betapa pantas seorang Operator akan bergerak. Doc dengan kadar Speed hanya 1 akan bergerak perlahan seperti siput walaupun sedang pecut lari manakala Ela dengan kadar Speed 3 umpama Usain Bolt dan boleh bergerak ke mana-mana dengan laju. Prinsip yang sama diaplikasikan untuk Armor, cuma bezanya adalah statistik pertahanan mereka.
REACT Tech memberi variasi dalam perlawanan

Ini pun merupakan salah satu bahagian utama untuk preview kedua. Bagi yang pertama, kami hanya dapat menggunakan smoke grenade dan recon drone, tetapi kini kami boleh memilih untuk menggunakan mana-mana utiliti yang dibuka menggunakan token REACT semasa menaikkan level akaun. Extraction mengelar peralatan utiliti mereka sebagai ‘REACT Tech’, dan ia dibahagikan kepada dua kategori berbeza iaitu: Explosive dan Gear.

Explosive ialah barang yang boleh dibaling seperti smoke grenade dan seumpamanya, manakala Gear ialah peralatan khusus seperti recon drone. Setiap satu mempunyai kelebihan sendiri, dan ia bergantung pada bagaimana anda bermain dan Operator mana yang anda gunakan. Jika suka menggunakan Lion atau Vigil yang boleh mengumpulkan maklumat dengan skil mereka, anda boleh menggunakan Gear unsur lain untuk membawa lebih banyak pilihan taktikal kepada pasukan.
Objektif baru

Ada beberapa objektif baru yang tidak sempat saya jelaskan dalam preview pertama Rainbow Six Extraction khususnya adalah objektif Rescue, MIA dan Gateway. Selebihnya adalah sama.
- Rescue: Cari VIP dan bawa mereka ke extraction zone
- MIA: Anda menyelamatkan Operator yang kalah dalam pusingan sebelum
- Gateway: Cari portal , terokai, dan kemudian bunuh Archæan (musuh alien) bernama Protean
Aspek customisation untuk senjata

Dalam preview pertama, game hanya membenarkan kita memakai satu loadout sahaja dan tidak ada cara untuk mengubahnya. Sekarang, kami akhirnya boleh mengubah cara seorang Operator boleh bermain. Selain daripada REACT Tech, anda boleh memilih satu senjata utama dan beberapa senjata sekunder. Namun, loadout ini terdiri daripada set senjata yang telah ditetapkan.
Sebagai contoh: jika bermain sebagai Doc, anda hanya boleh memilih daripada SG-CQB, MP5, P90 dan HK417, manakala Operator lain mempunyai set senjata sendiri untuk dipilih. Pilihan customisation senjata pun sebenarnya agak terhad di mana senapang seperti SG-CQB hanya boleh mengubah skop dan grip, manakala Scorpion Evo 3 A1 untuk Ela hanya boleh mengubah skop, grip dan barrel.
Jumlah peta dan mode baharu

Terdapat 4 peta kawasan untuk kita pilih, dan setiap peta mempunyai 3 peta berbeza. Di samping itu, terdapat 4 tahap kesukaran dalam demo ini. Walaupun jumlah tempat untuk teroka tidak banyak, aspek replayability masih tinggi kerana objektif rawak. Malangnya, anda perlu bermain berjam-jam untuk unlock kawasan baru. Saya sendiri pun mengambil masa lebih kurang 2 jam setengah (lebih kurang 5 pusingan) untuk mencapai Milestone 4 (level bagi akaun yang saya sebutkan tadi di atas).
Apabila mencapai Milestone 4, kita akan unlock kawasan bernama San Francisco, dan sebuah mode baru yang dipanggil Maelstrom Protocol. Kalau tidak silap, Maelstrom Protocal adalah mode paling sukar di Extraction, tetapi ganjarannya memang berbaloi belaka.

Ini ialah mode mingguan dengan sistem ranking secara berperingkat. Lebih jauh anda dan rakan skuad maju tanpa mati, lebih banyak lah mata yang diperolehi. Hanya enam Operator berbeza yang tersedia setiap minggu, di mana status mereka saling dipengaruhi antara mode lain. Supaya lebih mudah faham, jika anda mempunyai satu atau dua Operator dalam status Inactive (kerana HP rendah atau kena tangkap), maka anda tidak boleh menggunakan mereka di Maelstrom Protocol. Kita perlu mempunyai sekurang-kurangnya 3 Operator sihat untuk mencabar mode ini.
Pendapat

Bagi pendapat saya semasa menulis preview ini, Rainbow Six Extraction terasa seperti game yang agak “grinding” memandangkan majoriti peralatan, senjata dan skil terkunci di sebalik sistem kemajuan. Di awal permainan, kebebasan kita memang terhad dan tidak banyak yang boleh kita lakukan atau ubah. Sistem kemajuan pula menelan banyak masa dan seperti saya kata tadi, boleh mengambil tempoh masa berjam-jam hanya untuk unlock kawasan baharu. Ini pun cukup menyeksakan.
Namun, sebaik sahaja selesai semua itu, game ini mula menjadi agak menyeronokkan. Ditambah lagi dengan aspek replayability yang tinggi kerana 12 (13 jika anda kalah) objektif rawak yang tidak pernah berulang secara berturut-turut, ia mengambil masa yang lama untuk menjadi membosankan. Jika anda seorang gamer yang suka mengumpul acheimenent dan sanggup grinding tiap hari, saya rasa game ini sangat sesuai untuk anda.

Itu sahaja info terkini untuk preview kedua Rainbow Six Extraction saya. Akan dilancarkan pada 20 Januari 2022 di platforn PC, PS4, PS5, Xbox One dan Xbox Series X, nantikan review penuh saya apabila dapat mencuba versi penuh kemudian hari.
@gamersantaimy
Discussion about this post