Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Preview OlliOlli World – Skateboard di dunia kartun dengan penuh gaya!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
June 17, 2021
in Artikel, Berita, Genre, Nintendo Switch, Pandangan Pertama, PC, Platform, PS4, PS5, Review, Xbox One, Xbox Series X|S
0 0
0
Preview OlliOlli World – Skateboard di dunia kartun dengan penuh gaya!
Share on FacebookShare on Twitter

Siri OlliOlli adalah permainan “side-scrolling skateboarding” yang membolehkan pemain meluncur melalui beberapa persekitaran unik, bermula dari skatepark yang sederhana di awal permainan sehinggalah ke skatepark yang paling gila di muka bumi. Selepas menemui kejayaan untuk sekuel OlliOlli2: Welcome to Olliwood, pemaju Roll7 kini kembali enam tahun kemudian dengan pelancaran OlliOlli World! Di sini, kami berpeluang untuk mencuba permainan dan inilah preview kami untuk OlliOlli World.

Tahap & peringkat

Permainan ini adalah entri ketiga dalam siri OlliOlli setelah enam tahun sejak pelancaran Welcome to Olliwood. Walaupun tidak begitu tegar bermain prekuel-nya, saya dapat melihat beberapa perubahan drastik terutamanya dengan estetika visual.

Nampaknya ada lima kawasan yang dapat kita akses dalam permainan penuh, tetapi hanya dua kawasan sahaja yang tersedia untuk versi demo iaitu Sunshine Valley dan Cloverbrook. Mereka juga membataskan jumlah level yang tersedia untuk setiap kawasan supaya pemain boleh lebih fokus pada tutorial, tetapi masih sediakan satu atau dua level lain yang lebih mencabar.

Anda juga boleh mendapatkan akses ke satu level bonus bagi setiap kawasan yang diberikan oleh NPC rawak di sepanjang jalan. Level bonus ini sebenarnya berfungsi sebagai litar skating yang berulang di mana pemain perlu menyelesaikan semua cabaran sebelum tempoh masa habis. Ini pada dasarnya adalah Time Trial.

Nasib baiklah kita tidak bersendirian kerana terdapat empat watak sampingan yang akan membimbing kita iaitu Dad, Gnarly Mike, Suze, dan Chiffon. Mesti ramai pemain yang menganggap mereka tidak perlukan bimbingan lantas merasakan bahawa NPC ini akan menjadi gangguan dan menghilangkan keseronokan dengan melontarkan dialog yang menjengkelkan.

Namun perkara yang sebaliknya berlaku. Setiap NPC ini sebenarnya agak menarik kerana mereka berjaya menerangkan sesuatu dengan mudah dan lancar. Selain itu, melihat berinteraksi mereka antara satu sama lain juga memberi sedikit komedi sekali sekala. Bagi saya, ini jauh lebih baik daripada tutorial jenis teks yang sering digunakan dalam permainan lain.

Aspek visual

Saya sudah jelaskan di atas tetapi saya sebenarnya tidak begitu kenal siri ini, tetapi perbezaan OlliOlli World berbanding dengan entri sebelum sebenarnya sangat jelas. Kali ini mereka menggunakan reka bentuk yang lebih kartun (ala-ala Adventure Time) dan sejujurnya, saya sebenarnya suka gaya ini.

Menonton trailer sahaja sebenarnya tidak cukup kerana visual dalam permainan memang lawa dan kelihatan cukup menarik semasa bermain. Radlandia adalah dunia penuh keunikan untuk pemain teroka, di dan walaupun setiap peringkat mempunyai reka bentuk litar yang hampir serupa, kita masih dapat melihat persekitaran yang berbeza di latar belakang.

Setiap kawasan utama dalam permainan juga memiliki keunikan mereka sendiri, terutamanya pada reka bentuk litar agar ia lebih sesuai dengan persekitaran sekeliling. Contohnya Cloverbrook adalah kawasan hutan yang merupakan habitat kepada banyak spesies flora dan fauna seperti lebah gergasi, katak biru dan juga pokok raksasa.

Kita dapat melihat makhluk-makhluk ini berkeliaran di latar belakang, tetapi mereka sebenarnya lebih terlibat dengan litar secara langsung. Sarang lebah gergasi boleh digunakan untuk “wallriding” (akan dijelaskan di bawah), manakala katak biru akan menghalang kita daripada menyelesaikan cabaran.

Tidak terlupa bahagian muzik, saya tidak pasti genre jenis apa yang mereka gunakan tetapi semuanya memang sedap untuk dengar. Ini pun adalah salah satu aspek yang benar-benar mengukuhkan identiti permainan bagi pendapat saya.

Gameplay asas & mekanik

Seperti yang anda dapat lihat dari gambar, OlliOlli World adalah permainan “platformer” dengan reka bentuk level yang linear. Apa yang menjadikan permainan ini unik dengan jelas adalah mekanik skating yang meminta kita untuk melakukan pelbagai trik demi mengalahkan level tersebut dan mendapat skor tinggi. Berikut adalah beberapa pergerakan yang boleh anda lakukan:

Push – Kekalkan kelajuan anda dengan menekan butang tertentu untuk menggerakan watak ke hadapan.

Tricks– Pegang analog stick kiri ke mana-mana arah dan lepaskan untuk melakukan trik yang berbeza.

Grinding– Lakukan trik kemudian pegang analog stick kiri ke apa-apa arah semasa berada di atas objek yang boleh diluncur, dan kemudian lepaskan butang untuk berhenti meluncur.

Changing Lane– Meluncur ke laluan berbeza dengan menekan butang tertentu di kawasan yang betul.

Wallrides – Pastikan diri berada udara di hadapan dinding dan tekan analog stick kiri ke arah yang berbeza untuk meluncurnya.

Kita seharusnya membiasakan diri dengan semua pergerakan di atas, kerana ia diperlukan untuk menyelesaikan setiap level dengan cara yang lebih mudah dan bergaya. Sebagai contoh, melakukan trik juga berfungsi sebagai butang lompat, manakala grinding dapat memberi kita kelajuan ketika melepasi halangan, dan sebagainya.

Dari segi kesukaran, permainan ini akan kekal mudah selagi pemain tahu langkah-langkah ini dan bagaimana untuk melakukannya. Ini adalah pengalaman sendiri di mana saya sentiasa membuat kesilapan yang sama ketika cuba untuk mengatasi halangan tertentu. Pada mulanya, ia nampak mustahil, tetapi lambat laun saya sedar bahawa kita hanya perlu grinding untuk mendapatkan kelajuan terbaik dan bukannya melompat secara manual.

Menjaga momentum dan kepantasan adalah fokus utama, jika tidak dimanfaatkan sepenuhnya, anda boleh tersekat di kawasan yang sama berulang kali. Nasib baiklah, permainan ini sangat murah hati dengan memberi kita banyak lokasi checkpoint.

Meter nyawa pun tidak wujud, jadi kita boleh buat kesalahan berulang kali tanpa risau. Walaupun begitu, permainan masih dalam versi awal, jadi saya menganggap versi penuh adalah amat berbeza dan lebih mencabar. Preview OlliOlli World ini sebenarnya lebih menyerupai tutorial dengan beberapa level mudah untuk menjelaskan bagaimana permainan ini akan berfungsi.

Pendapat

Siapa sangka yang genre platform dan skating boleh menjadi kombinasi yang menyeronokkan, dan yang pasti, OlliOlli World menepati konsep tersebut dengan cukup bagus. Ia tidak memaksa kita untuk menyelesaikan level seperti permainan platformer lain, tetapi mengharuskan pemain melakukan pelbagai trik luncur untuk mendapatkan skor terbaik.

Walaupun ia mungkin agak mencabar bagi sebuah permainan platformer, OlliOlli World sebenarnya sendiri cukup mudah asalkan kita tahu pergerakan asas dan bagaimana ia berfungsi. Itu sahaja untuk preview OlliOlli World, nantikan permainan penuh apabila ia dilancarkan pada hujung tahun ini di Nintendo Switch, PlayStation 4, Xbox One, Microsoft Windows, PlayStation 5, Xbox Series X dan Series S. Untuk maklumat lanjut tentang permainan, sila lawat laman web rasmi mereka di sini.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: Hands OnOlliOlli WorldPlatformerPreviewRoll7ulasan
Previous Post

Pokemon Unite akan tiba di Switch Julai ini, dan versi mobile pada September!

Next Post

Temu ramah eksklusif OlliOlli World: Membincangkan dunia skateboard gila bersama John Ribbins & Tom Hegarty!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

RGG Studio Memperkenalkan Semula Stranger Than Heaven, Dahulu Dikenali Sebagai Project Century
Berita

RGG Studio Memperkenalkan Semula Stranger Than Heaven, Dahulu Dikenali Sebagai Project Century

June 7, 2025
Onimusha: Way of the Sword Tampilkan Musuh Dalam Game & Aksi Combat Epik
Berita

Onimusha: Way of the Sword Tampilkan Musuh Dalam Game & Aksi Combat Epik

June 7, 2025
Mundfish Umum Atomic Heart II – Bakal Lancar Pada 2026 Untuk Konsol & PC
Berita

Mundfish Umum Atomic Heart II – Bakal Lancar Pada 2026 Untuk Konsol & PC

June 7, 2025
Next Post
Temu ramah eksklusif OlliOlli World: Membincangkan dunia skateboard gila bersama John Ribbins & Tom Hegarty!

Temu ramah eksklusif OlliOlli World: Membincangkan dunia skateboard gila bersama John Ribbins & Tom Hegarty!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd