Pasaran MMORPG nampaknya mempunyai pendatang baru yang mungkin korang perlu ambil perhatian iaitu Oath of Peak. Dibangunkan oleh Yeeha Games, game ini telah memasuki fasa Closed Beta Test yang berjalan lancar dan banyak maklum balas telah diberi untuk meningkatkan lagi kualiti game ini pada masa akan datang.
Sempena itu, kami menerima jemputan untuk mengambil bahagian dalam sesi ujian, tetapi adakah kualiti dan gameplay yang ditawarkan sama bagus seperti yang diharapkan? Berikut adalah preview saya untuk Oath of Peak!
Visual gaya “cel-shading” tapi UI serabut

Daripada segi grafik, sejujurnya game ini tidak nampak begitu teruk malah mempunyai gaya “cel-shading ala anime” yang agak serupa dengan Genshin Impact. Memandangkan ini adalah trend semasa, studio pasti sengaja memilih reka bentuk ini untuk menarik lebih ramai pemain. Walaupun tidak 100% mengagumkan, sekurang-kurangnya mereka berjaya hasilkan persekitaran yang selesa mata memandang.
Namun, kualiti yang sama tidak diaplikasikan untuk watak-watak, kerana model 3D dan gaya animasi nampak kurang kemas.

Dari segi character customization, kita ada pilihan untuk mencipta watak unik sendiri. Seperti mana-mana game MMORPG, itu ciri wajib ada tetapi selain itu, tiada apa yang betul-betul istimewa. Seperti saya kata tadi, banyak bahagian kurang kemas, terutamanya User Interface (UI). Saya faham kebanyakan game MMORPG mempunyai UI yang serabut di mana studio ingin mengisi skrin dengan macam-macam butang dan ciri-ciri, tetapi sejujurnya Oath of Peak nampak lebih bersepah dan pada masa yang sama tidak lengkap.
Sebagai contoh, dalam menu upgrade skill, saya tidak diberitahu berapa banyak jumlah Skill Point yang ada.
Gameplay mengikut kelas, banyak aktiviti untuk lakukan

Sebelum memulakan pengembaraan, anda boleh memilih salah satu daripada lima kelas/job utama yang unik.
- Alkaid (Melee Tank yang menggunakan greatsowrd)
- Megrez (Ranged DPS yang memakai senjata berus)
- Dubhe (Melee burst yang dual-wield)
- Phecd (Ranged Healer yang menggunakan sejenis tong labu)
- Alioth (Ranged DPS yang boleh mengawal boneka)
Jadi, walaupun setiap tugas dipisahkan kepada peranan standard seperti Tank, DPS dan Support; abiliti dan gaya berlawan masing-masing sememangnya unik. Malah, Phecd yang digelar sebagai “healer” pun boleh diharap sebagai pahlawan yang handal, jadi korang tidak perlu berfikir panjang untuk membuat pilihan.

Sama seperti kebanyakan MMORPG China lain, apabila mencapai tahap tertentu, kita hanya perlu menghidupkan mode auto-play / auto-battle untuk meneruskan progress. Walaupun begitu, game ini sebenarnya menyediakan banyak aktiviti yang boleh kita lakukan selain daripada auto farming, yang bagi saya adalag satu kelebihan memandangkan ramai pemain sebenarnya lebih ingin melibatkan diri dalam game kegemaran.

Pelbagai event berbeza memberi insentif atau ganjaran berharga seperti EXP hingga ke peralatan khusus. Bermula daripada Xuanzhong Mandate yang boleh diterina di “bulletin board quest”, ia terdiri daripada misi yang mengharuskan kita mengumpul objek atau mengalahkan musuh tertentu untuk menyelesaikan misi. Pada masa yang sama, juga ada event dengan pemain lain seperti Land Adventure di mana kita hanya perlu menyelesaikan dungeon atau raid untuk mendapatkan ganjaran melimpah.

Sesetengah event juga hanya dikhaskan untuk multiplayer, jadi kita perlu membentuk parti sekurang-kurangnya tiga orang sebelum boleh masuk (atas sebab tertentu saya tidak pernah dapat mencari parti jadi terpaksa bermain dengan dua telefon pintar lain untuk melengkapkan kekosongan skuad).
Selain itu, game ini mempunyai sistem gear, skill upgrade, sistem guild, acara PvP dan ciri standard lain seperti kebanyakan MMORPG mobile secara umum. Disebabkan itu, memang sukar untuk saya mencari sesuatu yang membuatkan game ini terasa istimewa, tetapi sekurang-kurangnya pemain boleh menikmati progress wataj tanpa perlu sentiasa bergantung pada auto-play.

Satu lagi perkara menarik ialah game ini turut mempunyai haiwan peliharaan kecil yang dipanggil Spirits. Makhluk ini seperti Pokemon, dan fungsi mereka pun lebih kurang sama di mana kita perlu mencari satu, bertarung dengannya dan kemudian menangkapnya. Selepas itu kita boleh menyeru makhluk yang ditangkap untuk berjuang bersama-sama.
Pendapat

Sorotan paling penting dalam Oath of Peaks ialah jumlah aktiviti yang boleh dialami oleh pemain. Sesuatu yang sering tiada ada dalam majoriti MMORPG jenis kasual yang cenderung untuk dimainkan secara automatik. Walaupun nampak seperti hal kecil, game ini membuatkan kita lebih terlibat secara aktif dalam mendorong progress dan adalah nafas baru yang mungkin lebih ramai pemain boleh menghargai.
Itu sahaja untuk preview ini. Bagi mereka yang berminat, Oath of Peak akan dikeluarkan secara global di Android dan iOS dalam masa terdekat. Korang boleh pre-register sekarang melalui halaman rasmi mereka di SINI.
@gamersantaimy
Discussion about this post