Dengan pelancaran kad baharu Magic: The Gathering (MTG), kami kembali dengan preview kad baharu yang akan hadir bersama-sama pengembangan baharu “Murders at Karlov Manor Expansion“. Kad baharu tersebut adalah Persuasive Interrogators. Tanpa membuang masa, jom kita lihat apa yang kad ini boleh lakukan.
Untuk pengetahuan anda, Persuasive Interrogators memerlukan 6 Mana untuk digunakan. Ia merupakan kad Black yang mempunyai kebolehan untuk memberi dan meningkatkan poison counter kepada lawan. Kalau anda seorang peminat kad poison, mungkin anda akan menyukai kad ini. Walaupun agak mahal untuk menggunakannya, Persuasive Interrogators sememangnya mempunyai kesan yang hebat untuk dek poison.

Buat mereka yang tidak biasa dengan poison counter, ia bukan seperti counter lain. Apabila ia diletakkan pada pihak lawan dan mereka mempunyai 10 atau lebih, pemain tersebut akan kalah tidak kiralah berapa banyak Life count yang mereka ada.
Berikut adalah kesan kad tersebut apabila diaktifkan:
Apabila Persuasive Interrogators memasuki medan perang, Investigate. (Token Clue dihasilkan. Ia adalah artifak dengan “2, Korbankan artifak ini: Ambil kad.”)
Setiap kali anda mengorbankan Clue, lawan sasaran mendapat dua poison counter. (Pemain dengan sepuluh atau lebih poison counter kalah dalam game.)
Disebabkan kos yang tinggi, kad ini sesuai untuk dimainkan pada peringkat akhir di mana anda mempunyai banyak Mana terkumpul untuk digunakan, lebih-lebih lagi anda perlu menggunakan 2 Mana untuk mengorbankan token Clue untuk mengaktifkan kesan kedua, Persuasive Interrogators. Ini sudah tentu boleh mengejutkan pihak lawan nanti.
Terdapat juga banyak kad lain yang mempunyai kesan yang mencetuskan apabila mengorbankan token Clue, membuka ruang untuk merancang lebih baik dengan kad ini.

Itu sahaja yang kami boleh kongsikan dalam preview kali ini. Persuasive Interrogators akan tersedia dalam pengembangan Murders at Karlov Manor yang akan tersedia pada 2 Februari 2024. Terima kasih Wizards of the Coast kerana memberi peluang untuk kami cuba kad ini! Untuk mendapatkan segala liputan mengenai Magic The Gathering daripada kami, boleh klik pautan ini.
@gamersantaimy
Discussion about this post