Exoprimal merupakan game aksi online multiplayer di mana pemain menggunakan teknologi exosuit canggih buatan manusia berdasarkan haiwan paling ganas dalam sejarah iaitu – dinosaur. Exosuit dibahagikan mengikut peranan yang berbeza dan pemain akan memakai exosuit ini untuk bertahan menentang kumpulan pahlawan dinosaur lain secara pertarungan aksi co-op third shooter.
Jadi bagaimana jika game ini dimainkan secara single-player? Adakah ia seronok seperti yang kita inginkan? Untuk preview kali ini, saya ingin berkongsi dengan anda semua tentang pengalaman saya bermain Exoprimal secara single-player! Tanpa melengahkan masa lagi, jom kita teruskan!
Sinopsis & pendapat awal

Tahun 2040…
Wabak dinosaur secara tiba-tiba telah melanda dunia dalam krisis yang mengancam kewujudan manusia. Namun semua harapan tidak hilang. Syarikat Aibius telah membangunkan AI canggih yang dipanggil Leviathan yang boleh meramalkan lokasi wabak masa depan.Teknologi ini, bersama-sama dengan sut berkuasa revolusioner Aibius, atau exosuit, memberi manusia peluang bertempur untuk membendung saurian yang berpusu-pusu. Exofighter kini mendapat permintaan tinggi. Ambil ujian bakat exofighter dan sertai barisan juruterbang heroik Aibius dalam perjuangan mereka untuk mengelakkan kepupusan manusia.

Pertama sekali, saya lega dapat tahu bahawa game itu sebenarnya boleh dimainkan tanpa orang lain secara online. Jika tiada sesiapa dalam talian untuk bermain, maka perlawanan itu akan dimuatkan dengan Bot. Walaupun begitu, pengalamannya tidak begitu menyeronokkan. Rakan AI anda tidak begitu “pandai”, sama juga dengan bot musuh yang tidak melakukan apa-apa yang bijak. Sebaik sahaja anda terbiasa bermain dengan orang sebenar, ia tidak begitu menyeronokkan hanya bermain dengan bot sepanjang masa.
Rentak jalan cerita

Saya berpeluang melihat bagaimana Exoprimal menguruskan jalan cerita, dan sejujurnya saya perlu memberi pujian kerana ia sebenarnya agak bagus. Daripada mempunyai Story Mode dan Multiplayer, game ini menguruskan cirinya sebegini:
Selepas setiap misi, anda akan membuka fail data. Terdapat satu roda besar penuh data dengan kosong, di mana anda perlu mendapatkan fail tersebut untuk melihat isinya. Setiap fail data pula adalah cutscene pendek, dan apabila kita mendapatkan secukupnya cutscene pendek, satu lagi cutscene yang lebih panjang akan dibuka, untuk menceritakan kisah lanjut di dalam game. Taktik ini benar-benar bijak untuk memastikan orang ramai terus bermain Multiplayer.

Jadi apakah isi fail itu? Kandungannya diberikan secara rawak dan terdiri daripada pelbagai peristiwa seperti rakaman kotak hitam sebelum juruterbangnya dibunuh, runtuhan bandar lama yang pernah wujud, dam sebagainya.
Saya juga ingin memuji skripnya. Krew Exoprimal mudah disukai. Walaupun plotnya agak gila, mereka tidak terlalu “try hard” seperti kebanyakan game lain dalam pasaran. Seperti yang dijelaskan dalam sinopsis di atas, AI bernama Leviathan (juga membuat Exosuit) telah menarik kita ke alam semesta alternatif pada 3 tahun yang lepas semasa terjadinya bencana dunia yang mengembalikan dinosaur ke atas bumi.
Sebagai protagonis, kita perlu menjadi askarnya dan mengumpulkan data pertempuran untuk membendung bencana itu daripada terjadi. Ya benar plotnya sangat aneh tetapi ia dipersembahkan dalam cara mudah diterima oleh Capcom tanpa menjadi terlalu lucu.

Sistem Progression & Kosmetik yang kurang seronok

Di bahagian inilah saya kurang suka tentang Exoprimal. Rupanya, game ini ada battle pass, dan juga menjual barangan kosmetik lain termasuk peti peralatan dan skin khas. Bukan itu sahaja, majoriti peralatan dan beberapa exosuit daripada ujian beta juga dikunci di sebalik sistem progression. Al kisahnya, anda perlu “grinding” untuk mencuba item/senjata/skin tersebut. Nasib baik, anda masih boleh mencuba barang-barang ini di bilik training, tetapi ada satu ketika kami ingin mencuba Murasame dan malangnya ia terkunci di level 37.

Ganjarannya hanyalah skin dan pelekat dan semuanya terasa sia-sia. Agak mengecewakan kerana gameplay Exoprimal sangat bagus, tetapi terpaksa menggunakan Battle Pass membuatkannya terasa “kosong”. Menaikkan level suit kita juga akan membuka mod yang boleh anda beli. Mod ini boleh dianggap sebagai kemahiran khas dalam perisai dan dapat memberi pelbagai bonus termasuk meningkatkan damage/pertahanan, dan sebagainya. Yang awal agak membosankan dan semasa preview, saya tidak pernah merasakan ia “perlu” untuk menaik taraf.
Terdapat juga RIGS, yang merupakan attachment yang memberikan setiap Exosuit sejenis abiliti istimewa. Sekali lagi, abiliti yang menyeronokkan daripada beta seperti Drill terkunci di sebalik sistem progression. Saya berharap preview ini mempunyai lebih banyak mod untuk mencuba memandangkan gameplay Exoprimal benar-benar menarik.

Pendapat

Selain daripada beberapa aduan saya di atas, terutamanya tentang aspek sisten progression dan barang kosmetik, Exoprimal berjaya mempersembahkan gameplay yang seronok dan menarik. Yang pasti ia akan lebih seronok apabila kita dapat menjemput rakan sekali untuk bermain.
Latar belakang dunia dan konsep cerita pun menarik, dan yang paling penting, ia menawarkan jenis adrenalin yang benar-benar unik apabila kita berlawan gerombolan Dinosaur yang agresif dan mencabar.
Capcom akan melancarkan game ini di platform PS5, PS4, Xbox Series X|S, Xbox One dan PC melalui Steam pada 14 Julai 2023. Untuk membaca segala berita kami tentang Exoprimal, sila klik pautan ini.
@gamersantaimy
Discussion about this post