Selepas beberapa tahun di mana game WRC rasmi dibangunkan oleh Kylotonn Games, EA dan Codemasters akan mengambil alih. Kini dikenali sebagai EA Sports WRC, game ini akhirnya sudah hampir siap sedia untuk keluaran 3 November 2023.

EA Sports WRC 23 sepatutnya menjadi pengalaman yang menggembirakan untuk peminat rally. Ini disebabkan kerana EA telah meminta bantuan Codemasters, yang telah memgukuhkan dirinya sebagai pembangun game lumba terbaik di dunia; dan juga memperoleh lesen rasmi World Rally Championship.
Saya diberi peluang awal untuk preview game ini, jadi harap maklum versi yang saya main tidak sepenuhnya lengkap. Pada masa yang sama, saya tidak akan menyentuh tentang ciri standard; sebaliknya, saya akan menjelaskan tentang ciri yang membuatkan EA Sports WRC sangat unik.
Ayuh ke bahagian seterusnya!
Aspek Handling

Sistem Dynamic Handling yang telah direka bentuk semula sepenuhnya adalah salah satu ciri yang paling menarik perhatian saya.
Penambahbaikan telah dibuat pada pengendalian tarmac, maklum balas daya, simulasi aerodinamik, inersia, brek progresif, dan banyak bahagian lain menggunakan sistem handling daripada DiRT Rally 2.0 sebagai asas.

Studio juga telah menambah beberapa lagi mekanik lain untuk membantu khalayak yang luas. Ciri-ciri yang dikemas kini termasuk kawalan cengkaman untuk mengurangkan putaran roda, pengehad pendikit untuk menghalang pemandu daripada memecut terlalu cepat, kawalan kestabilan untuk menghalang pergerakan sisi yang tidak tentu arah dan pelbagai pilihan kebolehaksesan, termasuk pilihan untuk pengguna yang buta warna.
Pemain akan melihat perbezaan dalam cara kereta memandu pada pelbagai permukaan, seperti salji, lumpur atau asfalt, bergantung pada litar. Apabila kereta berlumba di atas litar tersebut, ia akan merosot seperti dalam dunia sebenar. lumpur, contohnya, akan berkumpul dan mengacau permukaan. Akibatnya, jika anda berlumba kemudian, anda akan menghadapi litar yang lebih mencabar berbanding mereka di posisi awal.

Untuk menjelaskan keadaan litar dengan tepat di dalam dunia sebenar, pemandu menggunakan bahasa nota jenis berkod yang kompleks. Ini dipanggil pacenote.
Dua sistem pacenote, yang dijelaskan oleh teman pemandu, akan tersedia dalam game. Walaupun ini dicipta semula dengan autentik dalam gane, sistem pacenote yang dipermudahkan boleh menerangkan bahasa kompleks tersebut kepada arahan mudah yang boleh difahami oleh semua pemain. Sebagai contoh, teman pemandu akan menjelaskan keadaan selekoh dari segi ketajaman daripada menggunakan sistem nombor yang rumit.
Grafik

Game rally sebelum Codemasters menampilkan grafik daripada enjin Ego. Namun, entri terbaru ini menggunakan Unreal Engine yang jauh lebih moden. Preview ini kelihatan sama hebat seperti yang dijangkakan oleh peminat di mana grafik menghampiri tahap fotorealistik sama ada kereta dan persekitaran di sekeliling litar.
Tambahan pula, warna kelihatan lebih lembut dan lebih realistik daripada entri lama yang terlalu saturated. Setiap lokasi kelihatan berbeza, dan pemandangan sisi amat terperinci. Singgah di garaj, saya mendapati setiap kereta daripada 68 model yang ada dalam EA WRC amat autentik dah hampir menyerupai versi dunia sebenar.

Untuk menambah realisme, kerosakan berbentuk kosmetik dan mekanikal. Terdapat juga pelbagai pilihan kerosakan, termasuk tetapan “hardcore” yang bertujuan untuk meniru situasi dunia nyata; pemain akan dapat menukar antara tetapan ini mengikut tahap keupayaan anda.
Hardcore Setting: Jika anda mempunyai kerosakan besar pada bahagian hadapan kereta, ini mungkin akan menjejaskan radiator anda, dan seterusnya mungkin mengakibatkan masalah pada enjin. Jadi, sebaik sahaja kereta rosak, kita perlu membaiki kerosakan itu sehingga tamat peringkat.
Builder Mode

Antara mode yang menjadi sorotan utama ialah Builder mode. Di sini, pemain akan menjadi ketua pasukan kepada syarikat produksi kereta.
Pilihan pertama ialah kelas mana untuk bertanding; WRC, WRC2 (termasuk acara Rally2) atau Junior WRC. Pemain kemudian akan ditugaskan untuk membina kereta mengikut peraturan setiap kelas, supaya ia boleh seimbang secara adil dan kompetitif dengan kereta dunia sebenar.

Apabila kelas diputuskan, pilihan beralih kepada susun atur enjin kereta, yang mempengaruhi keseimbangan berat dan ciri pemanduan. Sebagai contoh, enjis kereta kelas pertengahan mungkin mempunyai lebih banyak potensi, tetapi kos pembinaannya lebih mahal dan boleh menjadi terlalu mencabar untuk dipandu.
Kemudian, beralih ke pelbagai komponen mekanikal. Setiap bahagian mempunyai ciri tersendiri; sesetengahnya akan berkualiti tinggi, ada yang membenarkan penalaan custom, tetapi bajet juga perlu dipertimbangkan untuk mengurangkan kos keseluruhan kereta.

Bagi pemain yang suka membuat kereta yang unik, terdapat Livery Editor, jadi anda boleh membuatkan mereka menonjol dan mencipta mesin unik yang bersedia untuk menghadapi mode Career, Time Trial, Clubs dan banyak lagi.
Regularity Rally

Biasanya, sukan rally adalah siapa paling cepat, di mana kereta perlu menyelesaikan setiap peringkat, dan pemenangnya ialah pemandu yang melengkapkan litar dalam masa yang paling singkat. Tetapi mode Regularity mengubah konsep tersebut.
Di sini, anda mesti tiba di titik tertentu dalam litar pada masa yang ditetapkan. Jika anda tiba terlalu awal, anda akan menerima penalti. Tiba secara lewat, dan anda juga menerima penalti. Daripada berlumba untuk masa terpantas, anda perlu berlumba untuk mendapatkan purata masa tertentu. Format sedemikian sering digunakan untuk acara menggunakan kereta rali klasik di dunia sebenar.

Saya tidak begitu arif tetapi oni adalah cara yang bagus untuk meneroka litar baharu sambil juga mengasah kemahiran keseluruhan.
Career Mode

Dalam game-game lama, EA Sports dan Codemasters telah menjadi peneraju dalam mode single-player.
Career merupakan pengalaman teras WRC di mana pemain menyasarkan untuk memimpin pasukan mereka ke arah kemenangan menentang pemandu rali, kereta dan pasukan terbaik dunia. Pilihan pertama adalah menentukan di kategori WRC mana untuk memulakan musim pertama.

Dari segi kandungan, Codemasters mendedahkan bahawa Career mode WRC 23 menggunakan sepenuhnya lesen WRC: anda akan dapat bermain ketiga-tiga kelas kereta yang bersaing di dunia sebenar, iaitu Rally1, 2, dan 3.
Ingin membina legasi merentas berbilang kelas? Mulakan perjalanan dengan Junior WRC, kerana kereta Rally3 adalah permulaan yang bagus untuk pemain baharu. Sebagai alternatif, pemain boleh bermula di WRC 2, atau melompat terus ke kereta Rally1 dalam kelas persaingan teratas.

Selepas pemilihan kelas awal, pemain akan memulakan proses mencipta pasukan rally sendiri. Bermula dengan jenama pasukan, termasuk nama dan warna, sebelum bertemu dengan Chief Engineer dan Benefactor.
Sepanjang perjalanan, pasukan akan bekerja bersama Benefactor yang menyediakan pembiayaan, matlamat dan objektif yang perlu dicapai pada setiap musim. Memandu dengan baik akan menghasilkan modal yang lebih besar untuk masa depan serta keupayaan untuk mengupah rakan sepasukan, merekrut lebih ramai jurutera, memperoleh kereta baharu dan banyak lagi.

Semua pasukan dan pemandu dari WRC tahun ini akan menyertai game, begitu juga dengan keseluruhan kalendar WRC. Secara keseluruhan, akan ada 18 lokasi – 17 termasuk dalam game apabila ia dikeluarkan pada 3 November, manakala lokasi Eropah Tengah akan tersedia kemudian sebagai DLC percuma.
Moments

Selain itu, WRC 23 akan menampilkan mode yang dipanggil Moments. Pemain dijemput untuk mengalami semula acara yang tidak dapat dilupakan daripada perlumbaan rally bersejarah. Mode ini pertama kali diperkenalkan dalam game DiRT Rally 2.0 pada 2019.
Setiap Moment dibina dengan video intro dan rakaman WRC sebenar dan meletakkan pemain ke dalam kereta tertentu pada titik yang tidak dapat dilupakan dalam sejarah rally, dan meminta kita untuk melengkapkan objektif dan mencapai sasaran. Pingat diperoleh berdasarkan prestasi, dengan keputusan yang dikongsi di papan pendahulu global, untuk membolehkan pemain membandingkan dengan rakan atau menentang pemain terbaik dunia.

Moment boleh dimainkan semula pada bila-bila masa, jadi pemain dapat kembali dan mencuba mana-mana yang mungkin terlepas.
Walaupun ini sepatutnya memberi pemahaman yang lebih baik tentang sejarah sukan, zaman moden tidak kurang penting. Begitu juga dengan mode Scenario dalam F1 23, Moment baharu akan ditambah sepanjang tahun. Ini bermakna pemain boleh menantikan cabaran baru dengan kerap.
Rally School

Sesiapa sahaja yang pernah mencuba untuk bermain game lumba pada masa lalu dan mendapati ia terlalu sukar tidak perlu risau kali ini. Dengan tambahan Rally School, mode ini akan mengajar segala mekanik dan teknik rumit tentang sukan, lantas mengasahkan kemahiran pemain.
Setakat ini, ada 10 kelas untuk setiap jenis permukaan serta cabaran bermasa pada penghujung setiap segmen. Jika anda perlu mempelajari asas-asas di sebalik kereta rally dan memahami arahan teman pemandu dengan betul, Rally School adalah pilihan yang tepat sebagai pengenalan kepada dunia simulasi tersebut.
EA SPORTS WRC akan dilancarkan pada 3 November 2023 di PlayStation 5, Xbox Series dan PC (Steam, Epic Games Store, EA App).
Sesiapa yang pre-order EA SPORTS WRC akan menerima setiap satu daripada lima VIP Rally Pass yang mengandungi kandungan tambahan selepas pelancaran, serta tiga vanity pack yang terdiri daripada livery apparel, dan tiga hari akses awal kepada game bermula 31 Oktober 2023.
Baca segala liputan kami tentang game ini di SINI!
@gamersantaimy
Discussion about this post