Gundam adalah francais mecha terbesar yang telah diadaptasi kepada pelbagai jenis medium. Kini, anda boleh dapatkan Gundam dalam bentuk manga, anime, filem, novel, game dan tidak lupa juga kepada gunpla. Namun, terdapat satu game baru yang akan dikeluarkan oleh Bandai Namco pada PlayStation, Xbox, Nintendo Switch dan PC iaitu SD Gundam Battle Alliance.

Dengan melancarkan versi demo percuma pada PlayStation 4, PlayStation 5, Xbox One, Xbox Series X|S dan Nintendo Switch, kami telah mencuba bermain versi ini terlebih dahulu dan ini adalah preview awal mengenai SD Gundam Battle Alliance.
Jalan cerita

Dalam demo, anda hanya dibenarkan bermain “Directory 1 Mission: Tekkadan” sehingga habis. Walaupun begitu, data anda bermain demo akan dibawa ke game penuh semasa dilancarkan nanti. “Directory 1 Mission: Tekkadan” akan bermula dengan Commander yang dimainkan oleh anda, Juno (programmer) dan Haro yang dipindahkan ke G Universe untuk bertemu AI yang bernama Sakura.
AI ini akan menerangkan tentang G Universe di mana ia adalah ruang data komputer untuk memori sejarah dimuat naik. Pertempuran yang berlaku di dalam G Universe adalah simulasi. Walaupun ia hanya simulasi, ia tetap menjejaskan kepada dunia sebenar dan secara tidak langsung mengubah sejarah.

Namun, terdapat satu situasi di mana sejarah yang berlaku dalam dunia sebenar berubah dan ia akan dipanggil “Break” atau “Break Mission.” Jadi, anda perlu membaik pulih sejarah dengan mencari “Fragment Key.”
Menghalang dan mengetahui punca “Break” adalah matlamat asas keseluruhan jalan cerita game ini. Tidak banyak yang saya boleh mengulas tentang jalan cerita kerana ia hanya sekadar satu bab sahaja. Tetapi saya pasti yang anda sebagai peminat besar Gundam akan mengecam hampir kesemua rujukan daripada Gundam Universe lain yang dimasukkan dalam SD Gundam Battle Alliance.

Dalam game ini, ia akan terdapat dua misi yang berasingan iaitu “Break” dan “True.” Dalam misi “Break”, anda akan membuat misi untuk memperbetulkan sejarah yang telah berubah. Semasa anda membuat misi ini, anda akan nampak pelbagai Gundam yang sesat masuk ke dalam universe lain.
Manakala misi “True”, anda akan bermain dalam sejarah yang sebenar dan tidak akan mengubah apa-apa peristiwa yang berlaku semasa ia berlangsung.
Gameplay

Semasa saya bermain versi demo, gameplay yang ditampilkan adalah biasa-biasa sahaja tetapi dalam versi penuh mungkin gameplay-nya agak berbeza. Dalam game ini, setiap Gundam akan mempunyai “normal melee attack, special melee attack, range weapon” dan dua “subweapon skill.”
Namun, setiap daripada serangan tersebut akan berbeza dan sangat unik. Contohnya, serangan jarak dekat DOM memang sangat berbeza jika nak dibandingkan dengan Gundam Barbatos. Hal ini kerana, DOM adalah sebuah Mobile Suit yang memfokuskan kepada serangan jarak jauh manakala Barbatos memfokuskan kepada serangan jarak dekat.

Selain daripada serangan-serangan yang disediakan di atas, sudah pasti ia akan menyediakan sistem kombo untuk pemain boleh gunakan. Untuk membuat serangan kombo, anda perlu “hold button melee attack.” Yang lebih gempaknya adalah serangan kombo itu akan mencampak musuh ke udara bagi membolehkan anda membuat serangan udara yang memberikan lebih banyak damage.
Setiap Gundam mempunyai stamina di mana semua serangan, “dashing” dan “double jump” akan bergantung kepadanya. Dengan adanya stamina, anda tidak boleh menggunakan serangan secara berterusan dan perlu mengawal stamina dengan baik dan menjadikan game ini lebih realistik.

Satu perkara yang amat mengganggu saya adalah pergerakan kamera terutama sekali semasa bertarung dalam map “cityscape.” Dengan bangunan yang hadir dalam map ini semua tinggi-tinggi, ia akan menghalang pandangan dan susah untuk saya mengekori pergerakan musuh. Ia juga tidak mempunyai kamera yang automatik bergerak untuk memberikan pandangan yang lebih jelas semasa bertarung.

Seterusnya adalah “progress” di mana ia digunakan untuk upgrade dan sekali gus memperkuatkan Gundam anda. Level pada setiap Gundam adalah terhad iaitu hanya 5 sahaja. Ia juga mempunyai pelbagai skill untuk menambah statistik Gundam pada serangan jarak jauh mahupun jarak dekat.
Persekitaran & Grafik yang cantik
Pada saya, model Gundam yang ditampilkan nampak sangat terperinci dengan kesan-kesan yang ada pada mobile suit, sudah pasti ianya nampak lebih cantik. Walaupun mobile suit ditampilkan sangat cantik, reka bentuk persekitarannya nampak sangat berbeza terutama sekali tekstur pada map padang pasir yang seperti biasa-biasa sahaja.

Saya hanya jumpa 3 map sahaja sepanjang bermain demo SD Gundam Battle Alliance iaitu “desert, cityscape” dan “port town.” Antara ketiga-tiga map tersebut, saya lebih tertarik dengan “cityscape” kerana terdapat beberapa bangunan yang boleh dimusnahkan manakala “desert” dan “port town”, ia seperti kawasan yang kosong dan perlu ditambah beberapa asset untuk menjadikan map tersebut lebih menarik untuk dimainkan.

Walaupun ia hanya terdapat 3 map dan reka bentuknya yang kosong, ia masih sukar untuk dihafal. Tidak banyak yang anda boleh buat pada persekitaran map dan saya hanya menggunakan bangunan-bangunan yang ada untuk bersembunyi semasa berlawan.
Disebabkan reka bentuk map begitu, anda boleh bergerak dengan bebas. Anda boleh pergi ke atas, ke bawah dan kombo yang sangat menarik.
Kesimpulan

Walaupun ia sekadar versi demo, SD Gundam Battle Alliance mempunyai banyak perkara yang positif dan secara tidak langsung akan memberikan impak besar semasa pelancaran game penuh nanti. Dengan gameplay yang telah ada pada versi demo, mereka telah menitik beratkan pada setiap Gundam bahawa mereka akan mempunyai pelbagai serangan dan skill yang berbeza dan unik.

Manakala pada grafiknya pula, ia nampak sangat cantik pada Gundam dengan kesan-kesan pertarungan yang membuatkan ia nampak lebih realistik. Jalan ceritanya pula sangat luas dan mengandungi pelbagai universe Gundam.
Namun, ia masih terdapat kekurangan pada grafik persekitaran yang nampak sangat biasa dan tidak memberi kesan kepada gameplay. Walaupun begitu, ia masih boleh dimainkan dengan sangat lancar dan mungkin ada sebab-sebab tertentu mereka buat sebegitu. Kami harap dalam versi penuh ia nampak sedikit baik dengan memberikan perincian yang lebih terperinci.

SD Gundam Battle Alliance akan dikeluarkan secara rasmi pada 25 Ogos 2022 di PlayStation 4, PlayStation 5, Xbox One, Xbox Series X|S, Nintendo Switch dan PC melalui Steam. Manakala untuk demo, anda boleh dapatkannya di PlayStation, Xbox dan Switch sahaja.
Ikuti Gamer Santai untuk mendapatkan lebih banyak review tentang game daripada kami.

@gamersantaimy
Discussion about this post