Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

[Preview] Call of Duty: Vanguard bakal menjadi lebih kejam dari game COD lain!

Amir Haziq by Amir Haziq
August 20, 2021
in Artikel, Battle Royale, Berita, Genre, PC, Platform, PS4, PS5, Real time strategy, Shooter, Xbox One, Xbox Series X|S
0 0
0
[Preview] Call of Duty: Vanguard bakal menjadi lebih kejam dari game COD lain!
Share on FacebookShare on Twitter

Call of Duty: Vanguard adalah tajuk baru yang bakal tiba ke siri Call of Duty, dan kami dari Gamer Santai telah berpeluang untuk melihat preview mengenai apa yang akan datang. Game ini telah dibangunkan oleh Sledgehammer Games, iaitu studio yang sama menghasilkan Call of Duty: World at War II, dan Vanguard juga membawa pengalaman Perang Dunia ke-2 seperti sebelumnya. Ia akan tersedia untuk platform seperti PlayStation 5, PlayStation 4, Xbox One, Xbox Series X|S dan PC bermula 5 November 2021. Terima kasih kepada Activision Blizzard kerana menjemput kami untuk melihat preview game ini!

Gabungan masa lalu dan futuristik dalam sebuah game

Pengarah Call of Duty: Vanguard, Josh Bridge menjelaskan bahawa game ini akan memberikan pemain merasai perang dari pelbagai Front, dan tidak akan sama seperti World at War II yang hanya memfokuskan Western Front. Vanguard juga tidak mempunyai perkaitan dengan game sebelum walaupun berkongsi jangka masa yang sama.

Apa yang membezakan Vanguard daripada tajuk francais terkini adalah dari segi persembahannya. Game ini akan lebih kejam daripada tajuk Call of Duty moden, dan banyak menumpukan pada tentera profesional dengan peralatan berteknologi tinggi. Vanguard juga akan menjadi lebih seronok dimainkan kerana ia mempunyai kisah orang biasa yang perlu berjuang di medan perang dengan apa sahaja mereka ada.

Bridge juga menyatakan dalam preview Call of Duty: Vanguard ini mereka berusaha untuk memberikan pengalaman seperti filem blockbuster. Kami telah melihat beberapa rakaman game dan ia seperti yang dirancang oleh Bridge. Terdapat beberapa bahagian campaign akan mempunyai kawasan yang lebih terbuka untuk dimainkan dan pemain perlu berusaha untuk berjuang di sana.

Tambahan pula, game ini masih mengekalkan identiti metaverse Call of Duty, dan menjadi sebahagian daripada Warzone. Walaupun kita perlu menunggu untuk melihat bagaimana elemen masa lalu dan futuristik Warzone digabungkan dalam sebuah game. Pasti ramai pemain tidak sabar untuk melihat bagaimana studio Infinity Ward dan Raven Software berjaya menghasilkan gabungan ini.

Mod Campaign: Birth of Special Forces

Mod Campaign game nampak lebih memfokuskan bagaimana orang biasa dibentuk menjadi seorang tentera. Pemain akan dapat merasai pengalaman campaign dari pelbagai perspektif dan bermain sebagai watak yang diilhamkan dari askar sebenar yang mengambil bahagian dalam perang. Terdapat empat watak yang boleh dimainkan, dan ia juga dipaparkan pada visual utama game:

  • Sgt. Arthur Kingsley, British 9th Parachute Division yang bertarung di bahagian Western Front 
  • Lt. Polina Petrova, 138th Rifle Division, seorang sniper Rusia yang bertarung di Eastern Front
  • Cpt. Wade Jackson, Scouting Squadron Six, Juruterbang untuk USS Enterprise di Pacific
  • 2LT. Lucas Riggs, Australia 20th Battalion yang bertarung di North African Campaign.

Misi di campaign membawa pemain mengambil bahagian dalam pertempuran lain dari biasa, kerana terdapat peristiwa penting dalam sejarah manusia yang telah mengubah perjalanan perang. Melalui preview yang dikongsikan juga, mod kempen Call of Duty: Vanguard pasti akan berjaya mempersembahkan peristiwa ini dengan berkesan.

Mod Multiplayer – Peluang untuk menjadi ahli Special Force asal

Kalau di mod campaign Single Player mengisahkan tentang orang biasa menjadi tentera, di mod Multiplayer pula anda akan diberikan gameplay yang berbeza. Pemain akan menjadi tentera veteran yang bersedia untuk berperang dalam situasi paling ekstrem! Semasa preview, pelbagai mod Multiplayer didedahkan apa yang akan tiba di Call of Duty: Vanguard, contoh seperti 20 peta Multiplayer, dimana 16 daripadanya adalah peta 6v6, dan empat peta lagi menjadi peta 2v2. Semua peta ini berdasarkan pada empat teater operasi dalam mod Campaign, dari Pacific sehingga North Africa!

Dari segi gameplay, Multiplayer seperti dapat memberikan gaya baru untuk anda bermain COD. Anda ada pilihan yang berbeza untuk kecepatan pertempuran, dari blitz combat sehingga tactical combat. Jadi, persekitaran medan tempur boleh hancur atau selamat bergantung pada gaya permainan anda.

Pelbagai ciri baru juga bakal tiba di game seperti mod Champion Hill, tetapi akan ada banyak lagi maklumat untuk mod ini di masa akan datang. Namun, berdasarkan preview mod ini nampaknya seperti tournament-based, dimana pemain perlu bertarung dalam pasukan untuk beberapa pusingan dan peta, serta menyingkirkan mereka supaya menjadi pasukan terakhir berdiri.

Zombie di warzone

Zombie dan Call of Duty semestinya tidak dapat dipisahkan antara satu sama lain. Dalam preview ini, Vanguard masih akan mengekalkan tradisi COD yang mempunyai mod Zombies. Treyarch diberikan tugas untuk membangunkan mod ini, dan ia akan menjadi sebuah prolog kepada mod Zombies dalam Call of Duty: Black Ops Cold War.

Warzone juga akan menjadi sebahagian dari mod ini, memandangkan Vanguard berlaku di Warzone, dalam pertempuran Verdansk. Untuk bahagian ini, Raven Software akan mengetuai pembangunan peta baru di Warzone berdasarkan game.

Penutup

Call of Duty: Vanguard bakal menjanjikan sesuatu pengalaman lebih baru berbanding tajuk Call of Duty yang lain. Mereka sering menghasilkan mod Multiplayer berlainan dan akan sentiasa berubah, serta mod Campaign Single Player pula nampaknya bakal memberikan potensi momen bermain yang padat dengan perkara baru.

Secara peribadi, saya amat teruja untuk menantikan mod Zombie di Call of Duty Vanguard ini. Malah, ramai pemain mengharapkan untuk melihat peperangan dari pihak Axis, bermain campaign North African pastinya sangat menarik untuk dicuba!

Call of Duty: Vanguard akan dilancarkan untuk PS5, PS4,Xbox One, Xbox Series X|S dan PC bermula 5 November 2021. Untuk mengetahui lebih lanjut, anda boleh layari laman rasmi Call of Duty. Nantikan lebih banyak liputan dari kami mengenai game ini di masa akan datang!

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: Call Of DutyCall of Duty: VanguardPreviewSledgehammer
Previous Post

Raikan Merdeka bersama MSI! Promosi Jualan serendah RM2,399!

Next Post

Ujian gameplay Black Myth: Wukong didedahkan dengan gaya seperti Sekiro menggunakan Unreal Engine 5!

Amir Haziq

Amir Haziq

Pelajar RekaBentuk Permainan Digital. Peminat Nintendo dan gunpla dari dulu hingga sekarang. Separuh masa pelajar dan separuh masa pemain kompetitif permainan mobile.

Related Posts

Menangi ROG Ally X & Hadiah Eksklusif Lain, Dengan Bermain Monster Hunter Wilds Bersama ASUS ROG
Berita

Menangi ROG Ally X & Hadiah Eksklusif Lain, Dengan Bermain Monster Hunter Wilds Bersama ASUS ROG

June 6, 2025
Survival Kids Kini Dilancarkan, Eksklusif di Nintendo Switch 2
Berita

Survival Kids Kini Dilancarkan, Eksklusif di Nintendo Switch 2

June 6, 2025
Nantikan Acara Demon Slayer Experience Di Malaysia, Bermula 28 Jun Di Pavilion Bukit Jalil!
Anime

Nantikan Acara Demon Slayer Experience Di Malaysia, Bermula 28 Jun Di Pavilion Bukit Jalil!

June 6, 2025
Next Post
Ujian gameplay Black Myth: Wukong didedahkan dengan gaya seperti Sekiro menggunakan Unreal Engine 5!

Ujian gameplay Black Myth: Wukong didedahkan dengan gaya seperti Sekiro menggunakan Unreal Engine 5!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd