Baiklah, hujung minggu lalu saya dan pasukan Gamer Santai telah menghabiskan masa untuk mencuba sendiri preview beta untuk permainan terbaru akan datang Back 4 Blood . Apa yang saya boleh katakan sebenarnya Back 4 Blood adalah versi baru Left 4 Dead tetapi dalam grafik yang lebih baik. Back 4 Blood adalah penembak zombie co-op yang menarik, dengan kali ini beserta sistem kad berasaskan perk dan permainan menembak yang sangat memuaskan berdasarkan asas-asas hebat dari siri Left 4 Dead.

Dalam 2 hari pertama preview beta terbuka Back 4 Blood ini bermula, server sememangnya menyedihkan. Sekiranya kita hanya mempunyai 3 orang untuk matchmaking, ia sepatutnya memutuskan sambungan secara automatik pemain luar dari server, tetapi tidak boleh. Kami hanya dapat bermain dengan betul pada hari Ahad. Nasib baik saya dan rakan-rakan dapat bermain 3 orang + 1 bot / atau 1 orang rawak.
Ciri-ciri permainan:
- Card System baru mencipta pengalaman yang berbeza dengan setiap permainan. Anda boleh langsung berlari dengan memilih dek yang sudah dibuat sebelumnya atau menyelami penyesuaian Back 4 Blood dan membuat sendiri. Pilihan adalah milik anda.
- Permainan ini mempunyai Pengarah Permainan yang dinamik yang selalu menyesuaikan diri dengan tindakan pemain, memastikan pertarungan yang menarik, kepelbagaian permainan yang melampau, dan pasukan yang lebih sukar dari Ridden – termasuk jenis bos bermutasi yang tinggi hingga 20 kaki.
- Tidak ada permainan yang akan nampak sama, dari mengubah persekitaran dan bahaya hingga jenis dan penempatan musuh, yang memungkinkan anda bermain berulang kali dengan rakan anda atau secara solo.
Apa yang kami cuba dalam Preview beta Back 4 Blood ini…

Jadi dalam preview untuk beta Back 4 Blood ini ada Quickplay, Campaign, dan juga Versus Mode terbuka untuk semua pemain mencuba.
- Quickplay / Campaign – Berjuanglah melalui dunia yang dinamis dan berbahaya dalam kempen cerita bersama 4 pemain. Untuk beta ini Quickplay adalah permainan cerita langsung dari peta yang tersedia. Berbezanya untuk Campaign, kita dapat memilih dan membuat Act awal permainan.
- Versus Mode –
- Main dengan rakan dalam mod PvP 4v4 yang serba baru.
- Beralih antara bermain sebagai Cleaner atau Ridden (zombi). Sebagai Cleaner, anda membawa pertarungan ke musuh Ridden dan bertujuan untuk bertahan selama yang anda boleh. Sebagai Ridden, gunakan kemampuan unik untuk menghancurkan lawan secepat mungkin.
Menariknya dalam kesemua mod ini, pemain dilengkapi dengan senjata, kebolehan dan kepakaran yang unik untuk memastikan permainan sentiasa segar, menarik, dan menyeronokkan.
Gameplay
Back 4 Blood mengambil arah yang sama dengan Left 4 Dead, menugaskan anda untuk berjuang melalui kempen cerita dalam pasukan yang terdiri daripada empat orang. Sudah tentu akan lebih menyenangkan bermain dengan rakan anda daripada secara rawak. Meletupkan gerombolan Ridden sambil berusaha keras untuk memastikan diri dari kematian ke satu Safe house hingga ke Safe house yang lain. Untuk preview Beta terbuka Back 4 Blood ini sememangnya mengejutkan saya kerana ia terasa cukup lama, dengan lebih dari 8 tahap, membawa anda sekitar 10-15 minit setiap tahap. Terdapat tiga kesukaran tersedia untuk dipilih antara Survival, Veteran , dan Nightmare. Psst~ Kami pilih Survival je, tu pun kemain siksa ooo!
Permainan estetik dan gameplay awal cukup hampir sama dengan Left 4 Dead. Tetapi perkara menjadi lebih menarik yang menampakkan perbezaan adalah kita boleh memilih “Cleaners” kita yang ingin kita mainkan, kemudian kita perlu memilih System Card kita. Ini adalah perbezaan utama antara B4B dan L4D. Dan jika sebelum anda memasuki mod Campaign, ada “Deck Manager” untuk penyesuaian pilihan kad perk anda sendiri. Sama ada pilih yang tersedia atau mengikut kehendak anda, semuanya terserah pada anda untuk menjadikan Cleaners anda mendapat perks yang berguna.

Jadi pada permainan awal jika anda memilih watak yang anda mahukan, System Card– nya sudah ada. Tetapi jangan risau, permainan ini masih mempunyai kad rawak yang diberikan kepada pemain. Kad yang dihasilkan secara rawak ini boleh dipilih pada awal setiap permainan, mengubah mekanik permainan atau menawarkan perk yang rawak. Sebagai contoh, saya boleh memilih untuk mendapatkan lebih banyak kesihatan dari medipack, atau meningkatkan stamina saya atau menjadi lebih baik ketika melakukan kesalahan. Tindakan seterusnya, saya mendapat pilihan kad yang membolehkan saya mendapat lebih banyak peluru, atau menambah statistik dan banyak lagi pilihan.

Dalam preview beta terbuka Back 4 Blood, kita dapat bermain sebagai Cleaners di antara Evangelo, Holly, Walker, Hoffman, dan Mom. Sebilangan besar saya menggunakan Evangelo sebagai watak saya, dan kedua-dua pasukan saya sangat menyukai Holly, atau mereka memilih Mom.

Mulakan permainan di safe house. Di sana kita dapat memilih senjata rawak dalam permainan untuk digunakan. Seperti saya, saya sangat gemar menggunakan Shotgun. Sejujurnya Shotgun memberi kesan pertempuran jarak dekat yang lebih padu dan dapat membunuh Ridden dengan mudah. Sekiranya memilih AR, seperti M4 Carbine, atau AK 47, juga SMG, rasanya seperti membuang banyak peluru kecuali ditembak secara langsung di kepala zombi. Di safe house juga akan ada peti untuk pembelian. Selain itu anda jangan risau, kerana mudah untuk mendapatkan peluru sebenarnya di B4B ketika dalam permainan.
Jadi peti ini disebut “Vendor” di mana kita dapat membeli Refills “untuk peluru”, Team Upgrade “seperti kad yang akan menyokong semua rakan sepasukan anda”, Weapons “Beberapa senjata istimewa / atau pistol dan juga alat lampiran. Terakhir, ” Accessories” Pilih dengan bijak untuk Aksesori, anda mempunyai slot had untuk meletakkan barang anda. Oleh itu, saya selalu membeli ubat-ubatan, molotov dan Tool Kit. Saya merasakan Tool Kit bagus kerana dalam permainan ada pintu atau peti yang terkunci dan memerlukan Tool Kit untuk membukanya.

Oleh itu, struktur setiap peringkat telah ditentukan, bermain melalui mereka berulang-ulang akhirnya menjadi agak letih. Anda dapat merasakan tidak ada banyak perbezaan dalam permainannya dengan L4D, cukup kalahkan Ridden dan sampai ke Safehouse. Nasiblah, tembakan dan gerakan Back 4 Blood cukup hebat. Maklum balas senjata terasa sangat baik, dengan setiap tembakan sangat memuaskan.
Mode PvP- Versus

Beta terbuka Back 4 Blood juga membolehkan pemain mencuba mod permainan PvP multiplayer, Versus. Mod ini meletakkan dua pasukan empat lawan satu sama lain dalam tiga pusingan, bergantian antara bermain sebagai Cleaners (manusia) atau Ridden (zombi). Mod ini memang seronok. Terdapat banyak idea menarik yang boleh dimainkan di sini. Tetapi kadang-kadang saya rasa tidak ada cukup masa untuk memilih watak anda dan memilih kad anda. Terutama, jika anda memilih lewat ketika memikirkan pilihan watak anda atau beberapa kad yang berbeza. Ketika menjadi Ridden pula, kita juga boleh menambah abiliti kita. Tetapi jika mati, anda boleh kerap respawn, cuma perlu respawn di tempat yang tersembunyi dari pandangan Cleaners. Namun mod yang ditukar-tukar setiap pusingan ini memang seronok.

Ridden dan Cleaners di dalam preview beta terbuka ini
Ini adalah beta tentunya pihak pemaju tidak akan memberi kita permainan penuh untuk dicuba. Begitu juga dengan Cleaners seperti yang saya katakan di atas, hanya sebilangan kecil sahaja yang dilepaskan untuk kita mencuba. Maka inilah antara Ridden dan Cleaners yang tersedia dalam beta:
Ridden
Ridden adalah penghuni parasit Devil Worm yang sebelumnya adalah manusia, menjadikannya makhluk menakutkan yang cenderung memakan sisa-sisa tertinggal. Mereka adalah musuh umat manusia dan Cleaners di Back 4 Blood.
Common Ridden

- Zombi yang anda boleh lihat penuh di seluruh peta
Special Ridden:
TALLBOY

Ridden yang besar ini ke arah mangsa mereka sambil secara berkala menyerang ke depan dan hentak tanah. Ketika dekat, Tallboys mengayunkan lengan sado mereka dan menghancurkan kita sebagai Cleaners. Pastikan anda menumpukan pada titik lemahnya iaitu di bahunya.
REEKER

Pergerakan perlahan besar yang ditunggang. Mereka meletup bila nak mati, serang Cleaners ke belakang dan menutupnya dengan nanah yang melekit. Senang cerita ia menyerupai Boomer di L4D.
STINGER

Ridden ini dapat melintasi banyak permukaan, bersembunyi di dalam bayang-bayang melekat di tepi-tepi dinding. Lebih baik perhatikan sekeliling anda. Mereka tergolong dalam keluarga Stinger of the Ridden yang juga merangkumi varian Stalker dan Hocker. Sekiranya mereka menghembuskan anda kahak, anda akan terikat dan memerlukan rakan sepasukan untuk membantu atau gunakan kad “breakout”.
SNITCHER

Ridden ini menimbulkan jeritan yang memekakkan telinga dan akan mencetuskan gerombolan Ridden dengan jeritan mereka. Macam screamer laa kat L4D.
Boss di dalam beta- OGRE

Ogres adalah penggabungan daging dan tulang yang mengerikan keluar dari tanah. Terdiri daripada sekumpulan mayat, mereka mempunyai sejumlah besar kesihatan yang dapat mereka pulihkan semasa pertarungan. Ogre bergerak lambat tetapi dapat melemparkan barang dan memecahkan beberapa halangan dalam perjalanan mereka, walaupun masih ada beberapa kawasan kecil yang tidak dapat mereka lalui.

Cleaners
MOM | Instant Revive | Support Inventory | Team Extra Life

Membuatkan orang terkejut bahawa Mom menjadi suara mangsa yang selamat di Finleyville adalah dirinya sendiri. Dia tidak pernah terlepas dari cabaran dan selalu meletakkan keperluan orang lain daripada dirinya sendiri. Namun, bagi seseorang yang biasa menggunakan kuasa, tanggungjawab barunya kadang-kadang membebankannya dengan tidak selesa. Walaupun dia mempercayai Cleaners, Mom telah mempertanyakan strategi pemimpin lain pada lebih dari satu kesempatan, terutama sejak kematian anaknya. Matlamat Mom adalah mudah, balas dendam terhadap Ridden.
HOLLY | Recover Stamina w/ kills | Damage Resistance | Team Stamina

Setelah kehilangan keluarganya dari Devil Worm, Holly Forrester belajar menyalurkan seluruh tenaganya untuk menjadi Cleaner dan dikenali sebagai gam yang menjadikan pasukan tetap bersama. Bersenjatakan baseball bat yang dipaku, dengan mesra memanggil “Dottie,” ketahanan Holly dan sikap tidak pernah berkata-kata membantu meningkatkan semangat pasukan dan sering dilihat sebagai sinar cahaya dalam kegelapan kiamat.
EVANGELO | Breakout of Grabs | Stamina Regen | Team Movement Speed

Dia mungkin Cleaners termuda dan paling tidak berpengalaman dalam pasukan tetapi terbukti cepat belajar. Selain hebat dalam pertarungan, Evangelo telah menjadikan dirinya sebagai ahli pasukan yang setia dan boleh dipercayai. Dia banyak bercakap, terutama ketika dia gugup, tetapi ingin menunjukkan bahawa dia mempunyai apa yang diperlukan untuk menjadi Cleaners.
HOFFMAN | Spawn ammo w/ kills | Offensive Item Slot | Team Ammo Capacity

Seorang individu yang teliti, penyedia semangat dan ahli teori konspirasi. Ketika jangkitan melanda, dia dan ibunya memburu dan melepaskan ribut ketika seluruh dunia jatuh ke dalam kekacauan. Setelah ibunya meninggal dalam tidurnya dan bekalannya habis, dia meninggalkan rumah tumpangannya untuk menghadapi dunia Devil Worm. Howard Robert Hoffman benar-benar mahir dan berhati baik, dengan keinginan yang bersungguh-sungguh untuk menjadi anggota pasukan yang berguna. Sebagai sebahagian daripada Cleaners, dia akhirnya menemui keluarga yang selalu dia mahukan.
WALKER | Precision Kills increase accuracy | Damage | Team Health

Tertua dari lima beradik, Elijah Walker dilahirkan di Evansburgh dari keluarga kolar biru yang rajin bekerja. Bekas veteran Army Ranger dan veteran yang dilanda perang ini sangat mahir dengan banyak pengalaman bertempur di barisan depan. Walker adalah orang yang tidak banyak bercakap, tetapi ketika dia berbicara, dia memerintahkan perhatian rakan-rakan Cleaners, yang semuanya menghormati komitmennya untuk bertarung.
Grafik 3D yang nampak lebih menarik

Tidak ada yang perlu dikeluhkan dengan grafik permainan. Anda juga boleh menemui kebanyakan tetapan grafik moden dalam permainan termasuk HDR dan DLSS, tetapi ray tracing tidak ada. Mesti agak mengagumkan sekiranya Ray Tracing dihidupkan, dengan syarat pencahayaan cukup penting dalam permainan gelap seperti ini. Namun, reka bentuk watak semi-realistik dengan jenis watak berwarna-warni dan kartun menonjol dalam permainan nampak menarik walaupun model watak akan berlumuran darah hampir sebelum anda sampai ke safe house.
Kesimpulannya

Walaupun mempunyai banyak masalah server pada awal pembukaan preview beta ini, namun kami gembira dengan permainan ini. Muzik permainan di persekitaran juga terbaik, yang sesuai dengan permainan seperti ini. Reka bentuk suara sangat sesuai dan mudah untuk mengetahui dari mana zombie berasal atau dari mana gerombolan akan datang hanya dari audio. Kesan bunyi senjata juga hebat, dengan setiap tembakan senapang dan muat semula senjata terasa sangat tepat. Selain itu, terdapat juga sedikit bug yang nampakkan watak jadi lawak atau ridden tersangkut.

Bermain di PS4 seperti salah satu pasukan kami Razin nyatakan ia sebenarnya cukup menyeronokkan. Banyak pilihan kebolehcapaian untuk pemain konsol, jadi mereka tidak ketinggalan oleh rakan PC mereka. Dan bagi Amir pula, dia agak kurang sukakan mod Versus kerana kerap dibuli pasukan musuh. Bagi saya pula, memang banyak masalah, lagi-lagi di PC, tiba-tiba permainan crash dan perlu masuk semula ke server. Namun, Back 4 Blood adalah permainan hebat sepanjang masa. Sejauh mana saya suka L4D, sama juga dengan B4B. Walaupun beta, saya senang dibunuh oleh Ridden dan pusingan seterusnya, saya kentalkan hati dan mahu membalas dendam! Oleh itu, saya tidak sabar untuk bermain dengan rakan-rakan sekali lagi, mengetahui lebih lanjut mengenai peta apa yang akan dibuka atau mod lain yang akan dibuka semasa pelancaran penuh.

Maka sampai di sini Preview Back 4 Blood kami. Permainan ini akan dilancarkan secara rasmi pada 12 Oktober untuk PC, Xbox One, Xbox Series X | S, PS4, dan PS5. Pelanggan Xbox Game Pass akan dapat mengakses permainan pada hari pelancaran sebagai sebahagian daripada perkhidmatan di konsol, PC, dan cloud. Untuk maklumat lebih lanjut mengenai permainan, pelbagai edisi yang tersedia untuk pesanan, dan bonus penggunaan awal, anda boleh melihat terus laman web rasmi preorder Black 4 Blood.

@gamersantaimy
Discussion about this post