Respawn Entertainment membuat pengumuman besar baru-baru ini mengenai pelancaran Apex Legends Mobile. Versi mudah alih permainan ini direka khas untuk skrin sentuh, dengan kawalan yang diperkemas dan pengoptimuman yang bijak. Apex Legends Mobile ini disiarkan secara langsung Preview betanya di akaun Play Store saya pada awal Ogos lalu dan saya telah memainkan beberapa permainan temasuk mode yang tersedia.

Apex Legends Mobile adalah versi permainan utama yang dimudahkan untuk pemain mobile yang bermaksud bahawa anda masih mendapat inti pengalaman asal. Sama seperti di PC atu konsol, ada daftar pahlawan atau digelar Legends untuk dipilih, masing-masing dengan kekuatan unik dan kekuatan tersebut telah membuat serangan dengan baik.
Anda akan melihat peta, kemudian terjun di kawasan pasukan beruga anda pilih dan menjumpai barang looting yang ada untuk melengkapkan diri sebelum perang denga musuh, sebelum lingkaran yang digelar “The Ring” untuk permainan ini, perlahan-lahan mengecil untuk memaksa pemain memasuki kawasan yang sama. Mana-mana pemain atau skuad yang masih berdiri akan dinobatkan sebagai Champions.

Senjata dan watak dalam Apex Legends Mobile semuanya berasal dari permainan utama, jadi jika anda pernah memainkan versi itu, anda akan berada di landasan yang mudah, tetapi ada satu perubahan besar kerana di mobile terdapat pilihan TPP (Third person). Anda akan mengawal watak anda dengan lebih mudah dengan menggunakan kawalan sentuh di skrin mobile anda, atau pilih sahaja FPP (First Person) ketika anda lebh fokus pada pandangan senjata anda. Mungkin agak kekok bagi pemain PC/konsol menerima gameplay ini tetapi ianya sudah menjadi kebiasaan pada gamer permainan battle royale di mobile seperti PUBG Mobile.
Pelbagai pilihan Mod untuk dimainkan
Jadi pada mode utama yang dibuka sudah semestinya mod battle royale 60 orang “World’s Edge“. “World’s Edge” didasarkan pada permainan Battle royale tradisional, kumpulkan bekalan selepas mendarat, berlumba melawan Ring, dan mulakan pertempuran anda dari pinggiran dunia. Kemudian terdapat beberapa pilihan mode lain seperti “Armed and Dangerous“, panggilan sederhana dalam membawa senjata! Senjata hanya terhad kepada Sniper Rifes dan Shotguns dalam mod ini. Oleh itu, selesaikan musuh dari jauh terlebih dahulu, kemudian bersihkan yang lain dalam pertempuran jarak dekat.
Kemudian terdapat juga mod “Always be Closing” dimana Ring tidak akan menunggu Legends! Ini adalah perlumbaan melawan Ring yang makin mengecil yang ditampilkan dari awal permainan. Oleh itu, jangan ketinggalan gelombang pertama Supply Drops yang banyak. Terus bergerak dan terus berjuang! Sedikit tips untuk mod ini, turun sedikit jauh dari Ring yang kecil dan tersedia tersebut. Jika anda terus ke kawasan dalam Ring, pastikan anda seorang pro player yang dah bersedia nak menghadap ramai musuh di sana.
Dan “Airdrop Takeover” di man Premium Loot kini menghujani dunia anda! Jumlah Supply Drops meningkat dengan ketara setiap pusingan dan kualiti barang looting juga meningkat. Tapi, sayangnya ketika saya mengongsikan review ini, saya tidak dapat mencuba mod ini, kerana waktu keuarnya adalah terhad, hingga sekarang saya harus menunggu 10 hari lagi untuk mencuba.
Dan pada anda yang ingin mengasah skil anda dalam preview Apex Legends Mobile ini, jangan lupa singgah ke “Free Practice” dimana anda dapat berlatih menggunakan senjata dan abiliti Legends anda di “The Firing Range“. Untuk sekarang tiada sebarang mod arena yang dibuka.
Bergelut mengejar Champion!

Seperti yang dinyatakan, Gameplay Apex Legends Mobie tidak banyak bezanya dengan versi PC dan konsol. Dalam permaian hampir sama semua, cuma yang penting terdapat skrin mobile phone anda untuk anda terus mengawa di situ. Terdapat tetapan di mana anda boleh menggunakan contoh recoil auto, atau buat sahaja sendiri, terdapat Gyro untuk anda buka, pilihan tetapan grafik terbaik, dan anda bleh tetapkan butang-butang di skrin anda mengikut keselesaan. (Tidak banyak bezanya jika anda pemain PUBG Mobile.) Anda juga boleh melihat profile anda di atas kiri skrin, disitu anda boleh lihat statistik permainan anda, level anda dan log permainan anda.

Versi Apex Legends Mobile yang terdapat di Malaysia ini adalah versi beta permainan dan hanya sesetengah pemain yang pra-daftar permainan ini dapat mencubanya. Sejujurnya walaupun ia masih beta, saya harus memuji Respawn kerana mereka berjaya memberi permainan yang baik, menjadikannya mudah dalam bertarung atau looting, masa ring ditutup tidaklah bergerak terlalu cepat. Cuma ada sedikit glitch dan lagging yang terjadi. Sering berlaku ketika saya menggunakan abiliti Ultimatenya “Life of the Party” dimana Mirage mengeluarkan ramai klonnya untuk mengaburi pandangan musuh. Ketika tekan Ultimate, Mirage akan menjadi lag dan mengambil sedikit masa untuk keluarkan klonnya sehingga menjadi bug yang tidak menentu. Satu lagi bug, exit tidak boleh, jadi saya harus tekan ke menu utama di telefon saya, dan slide keluar terus permainan.

Satu lagi dari segi pandangan grafik, walaupun Apex Legends tidak seperti PUBG Mobile yang lebih nampak realistik, saya puas hati kerana Apex Lgends lebih menyerupai lakaran komik untuk setiap Legends nya, dan persekitaran ibarat menggunakan warna air yang cerah dan lembut. Tidak sakit mata memandang seperti beberapa permainan battle royale lain yang lebih nampak kebudak-budakan. Satu lagi, anda boleh mengguakan rope/zipline untuk kemana-mana, kerana seperti yang anda tahu, tiada kenderaan di Apex Legends. Jadi ianya memudahkan perjalanan anda, atau jika anda ingin ke tempat lebih tinggi, gunakan sahaja Octane, kerana terdapat Launch Pad nya yang memudahkan saya melompat kemana saya mahukan.

Legends menarik menjadi tulang rusuk anda
Sebilangan besar permainan Apex Legends berkisar pada abiliti Legends dan saya gembira kerana Respawn telah melaksanakannya dengan baik tanpa membuatnya terlalu rumit. Saya tidak dapat mencuba semua Legends yang ada tetapi yang saya rasa sangat seronok bermain. Semua kemampuan Passive, Tactical dan Ultimate berfungsi dengan baik untuk Bloodhound, Wraith, Gibraltar kecuali sedikit bug yang ditimpa Mirage ketika saya bermain walaupun dia adalah watak kegemaran saya.

Saya suka bagaimana Respawn memutuskan untuk memulakan dari kecil dan tidak berusaha melepaskan permainan penuh dengan semua Legends dan senjata sekali gus. Buat masa ini, terdapat 12 Legends dalam permainan – Bloodhound, Lifeline, Gibraltar, Mirage, Pathfinder, Crypto, Octane, Wraith, Bangalore, Revenant, Caustic, dan Watson. Sudah semestinya satu hari nanti pemaju akan menambah Legends lain yang sudah ada di versi PC dan konsol untuk ditambah kemudian.
Ini adalah pecahan nama Legends yang tersedia serta kemahiran abiliti mereka;
Legends | Passive | Tactical | Ultimate |
Bloodhound | Tracker | Eye of the Allfather | Beast of the Hunt |
Lifeline | Combat Revive | D.O.C Heal Drone | Care Package |
Gibraltar | Gun Shield | Demo of Protection | Defensive Bombardment |
Mirage | Now You See Me | Psyche Out | Life of the Party |
Pathfinder | Insider Knowledge | Grapple | Zipline Gun |
Crypto | Neurolink | Surveillence Drone | Drone EMP |
Octane | Swift Mend | Stim | Launch Pad |
Wraith | Voices from the Void | Into the Void | Dimensional Rift |
Bangalore | Double Time | Smoke Launcher | Rolling Thunder |
Revenant | Stalker | Silence | Death Totem |
Caustic | Nox Vision | Nox Gas Trap | Nox Gas Grenade |
Watson | Spark of Genius | Perimeter Security | Interception Pylon |

Anda juga boleh membeli skin, banner dan emote di banner yang kini tersedia kepada Legends anda untuk dibeli melalui Apex Coins yang boleh didapati dari menyelesaikan misi. Ada juga yang boleh didapati percuma melalui misi yang diselesaikan. Kemudian setiap Legends mempunyai gerakan “Finisher” mereka yang tersendiri. Ianya boleh digunakan ketika musuh telah jatuh dan tekan “Finisher” untuk melihat aksi terakhir menewaskan musuh tersebut. Antara Finisher pada Legends adalah Mirage menggunakan Smooth Moves, Boodhound menggunakan “Bullseye” dan Revenant menggunakan “Snap Decision“.


Selebihnya yang tidak membosankan anda!
Anda juga mempunyai akses ke gudang senjata yang terhad dalam preview Apex Legends Mobile ini . Respawn pada dasarnya menambah hanya beberapa senjata dari setiap kategori senjata. Hampir kesemua senjata seperti versi PC dan konsol yang tersedia antaranya Havoc Rifle, Hemlock Burst, Prowler Burst PDW, Eva-8 auto, Sentinel dan banyak lagi. Anda juga mempunyai semua lampiran tersedia sebagai barang looting untuk senjata anda. Versi mobile permainan ini juga mempunyai tujuan untuk membantu anda mencapai sasaran anda. Sejujurnya, mudah anda dapatkan tembakan dengan Aim-Assits supaya tidak terlepas pandang. Senjata-senjata ini turut terdapat skin untuk digunakan dan boleh didapati melalui misi atau pembelian di Store.

Terdapat Battle Pass di dalam Apex Legends Mobile, tetapi ini masih lagi beta, pembelian pas tersebut menggunakan “Syndicate Gold” masih belum dibuka. Battle pass ini adalah pemain harus menyelesaikan misi yang dapat menambahkan level pas mereka lalu mendapat bertan-tan ganjaran “Level Bonus”. Terdapat dua jenis pembelian satu adalah “Advance Pass” dan satu lagi adalah “Premium Pass“. Pemain juga akan menerima “Stars” untuk setiap Pass dan Starts ini digunakan untuk menambah Pass Level anda.

Misi yang tidak pernah akan membosankan dan pelbagai ganjaran menanti anda semua, terdapat misi “Daily” dan “Weekly” yang sangat mudah untuk pemain selesaikan ketika di dalam permainan. Kadang-kadang tidak terasa pun, tiba-tiba sahaja misi tersebut telah pun selesai. Selain itu, terdapat misi yang perlu diselesaikan dalam waktu terhad, ini terglong pada acara-acara tertentu, seperti ketika beta ini berlangsung, and perlu menyelesaikan misi mudah seperti bermain 20 kali ketika berlangsungnya beta ini anda akan mendapat ganjarannya. Kemudian terdapat ganjaran Daily Login Rewards juga yang menanti anda setiap kali memasuki permainan.

Diikutkan sebenarnya anda boleh membeli juga Apex Coins menggunakan pembelian dalam permainan tetapi , ciri tersebut masih belum terbuka. Yang terakhir adalah anda dapat melihat ranking di seluruh dunia melalui Leaderbords! Tidak kiralah untuk melihat melalui server yang anda guna, atau rakan-rakan anda sendiri. Tetapi sudah semestinya ia akan berubah dari musim ke musim.

Kesimpulannya

Walaupun ini hanya beta, jujur saya kagum dengan hasil permainanya, lagi-lagi saya memang seorang FPS dan Battle Royale player. Mungkin ianya dapat melawan PUBG Mobile satu hari nanti, kerana pemain di dalam beta pun tidak kurang hebatnya dan “Club” juga akan dibuka untuk anda mencari atau membuat clan tersendiri. Jadi pemain esports, anda dah bersedia nak beraksi?

Sebelum ianya dilancarkan sepenuh, harap Respawn dapat menggilap sepenuhnya bug yang tidak begitu ketara di dalam permainan. Bagaimana pula dengan anda? Ada yang mencuba? Sampai disini Preview Apex Legends Mobile saya. Jadi nantikan Apex Legends Mobile untuk keluaran penuh dan nantikan pelbagai lagi Tips dan Tricks permainan yang akan saya kongsikan kelak. Sekarang… Jom kita teruskan Loot dan Berperang!

@gamersantaimy
Discussion about this post