Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

PREDATOR LEAGUE 2020 menyediakan kolam hadiah RM100,000 untuk pusingan kelayakan DOTA2 dan PUBG yang berlansung November ini!

Manakala kolam hadiah keseluruhan PREDATOR LEAGUE 2020 adalah USD $400,000!!

Nyny.A by Nyny.A
October 4, 2019
in Acara, Artikel, Berita, Esports, PC
0 0
0
PREDATOR LEAGUE 2020 menyediakan kolam hadiah RM100,000 untuk pusingan kelayakan DOTA2 dan PUBG yang berlansung November ini!
Share on FacebookShare on Twitter

Nampaknya Predator League akan kembali lagi! Pertandingan e-Sports yang ditunggu-tunggu iaitu PREDATOR LEAGUE 2020 bakal berlansung pada 22 hingga 23 Februari 2020 di Asia Arena, Pasay City Manila! Kembalinya acara besar ini di Asia Pasifik akan melibatkan pasukan-pasukan DOTA2 dan PUBG menentang dalam pertarungan yang epik serta merebut peluang untuk kolam hadiah yang disediakan sebanyak USD $400,000 (anggaran RM1,673,800.00) yang termasuk hadiah diperingkat tempatan bagi semua negara yang mengambil bahagian.

PREDATOR LEAGUE merupakan pertandingan paling besar yang dianjurkan oleh satu jenama dirantau Asia Pasifik dengan 3,530 pasukan dari 16 buah negara menyertai edisi 2019, di mana pusingan akhirnya diadakan di Thailand. Kali ini, juara dari 17 buah negara akan pergi ke Filipina untuk bertarung. 

Jadi sebelum acara kemuncak yang akan berlansung di Manila ini, pusingan kelayakan tempatan telah pun dibuka untuk pendaftaran di 17 negara yang termasuk tanah air kita sendiri, Malaysia! Jadi, mana-mana pasukan yang sudah bersiap sedia untuk mengibarkan Jalur Gemilang di Manila nanti bolehlah sertai acara kelayakan ini dan merebut kolam hadiah berjumlah RM100,000!

Dua permainan yang akan dipertandingkan juga untuk pusingan kelayakan ini, iaitu PUBG dan DOTA2. Seperti yang semua tahu, PUBG merupakan sebuah permainan battle royale yang melibatkan 100 orang pemain berentap untuk menjadi yang terakhir mencapai kemenangan. Manakala DOTA2 telah menjadi fenomena yang besar dalam dunia e-Sports yang turut melahirkan kehebatan dari anak-anak tempatan seperti xNova, Mushi, MidOne dan ramai lagi!

DOTA2

Kepada pasukan yang mendaftar untuk DOTA2, empat perlawanan pusingan kelayakan akan diadakan di Mineski Infinity Kuala Lumpur, Mineski EsportArena Selangor, Eternity Esport Pulau Pinang dan Gizmo Arena Sarawak serta dua pusingan kelayakan adalah dalam talian. Kemudian, pasukan yang layak dari pemilihan ini akan masuk ke pusingan akhir Malaysia yang akan diadakan di Level UP KL, KLCC pada 9 hingga 10 November 2019 ini!

PUBG 

Untuk pengetahuan ini adalah PUBG rasmi untuk PC dan bukanya Mobile. Bagi pusingan kelayakan akan diadakan dalam talian dalam 4 peringkat. Empat pasukan yang teratas akan bertarung antara satu sama lain dalam pusingan akhir Malaysia yang akan diadakan di Battle Arena, Jaya Shopping Centre pada 7 dan 8 Disember 2019. Pertarungan akan menggunakan mod FPP yang melibatkan peta Erangle dan Miramar.

Pecahan kolam hadiah RM100,000 tersebut adalah RM50,000 untuk DOTA2 dan RM24,000 bagi PUBG juga hadiah-hadiah lain yang bernilai RM26,000. Jadi dari pusingan akhir, pemenang bagi kedua acara ini akan ke Manila Februari 2020 untuk bertarung dalam kejohanan PREDATOR LEAGUE 2020!

Jadi pada pasukan yang berminat untuk mendaftar anda boleh terus mendaftar di laman web pendaftaran PREDATOR LEAGUE atau boleh terus ke laman web rasmi PREDATOR LEAGUE 2020!

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: DOTA2EsportsPlayerUnknown's BattlegroundspredatorPREDATOR LEAGUE 2020PREDATOR LEAGUE 2020 Malaysiapubg
Previous Post

Tingkatkan Prestasi Kamu dengan bantuan HyperDrift di Predator Helios 700!

Next Post

Surviving Mars PERCUMA di Epic Games Store pada Minggu Depan!

Nyny.A

Nyny.A

Bekas pelajar Multimedia Creative. Lebih Independent. Layan game FPS sampai lebam. Open world pun kalau kena jalan cerita kita on je. Manga Anime untuk luang masa. Geng streamer dan esports, Interview developer, pemain esports, Influencer, lagi2 support lokal! Memang hantu gaming dah lama dari zaman CC dulu. Jangan lupa ikuti laman sosial untuk hubungi saya.

Related Posts

Panduan Civilization: Eras & Allies – Tamadun Mana Yang Paling Sesuai Untuk Anda?
Panduan

Panduan Civilization: Eras & Allies – Tamadun Mana Yang Paling Sesuai Untuk Anda?

June 30, 2025
Panduan Civilization: Eras & Allies – Tier List Untuk Semua Pemimpin & Tokoh!
Panduan

Panduan Civilization: Eras & Allies – Tier List Untuk Semua Pemimpin & Tokoh!

June 30, 2025
Panduan Kod Civilization: Eras & Allies – Senarai Kod Aktif & Cara Menebus!
Panduan

Panduan Kod Civilization: Eras & Allies – Senarai Kod Aktif & Cara Menebus!

June 30, 2025
Next Post
Surviving Mars PERCUMA di Epic Games Store pada Minggu Depan!

Surviving Mars PERCUMA di Epic Games Store pada Minggu Depan!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Filem Animasi Death Stranding Akan Fokus Kisah Original, Tiada Dalam Game!
Animasi

Filem Animasi Death Stranding Akan Fokus Kisah Original, Tiada Dalam Game!

June 19, 2025
Gundam Base Pop-Up World Tour Bakal Gegar Kuala Lumpur Mulai 4 Julai!
Acara

Gundam Base Pop-Up World Tour Bakal Gegar Kuala Lumpur Mulai 4 Julai!

June 18, 2025
Delicious in Dungeon Exhibition Bakal Menyapa Peminat di Malaysia!
Anime

Delicious in Dungeon Exhibition Bakal Menyapa Peminat di Malaysia!

June 17, 2025
Pop-Up Store Eksklusif DAN DA DAN Serbu Malaysia dengan Sentuhan Supernatural!
Anime

Pop-Up Store Eksklusif DAN DA DAN Serbu Malaysia dengan Sentuhan Supernatural!

June 17, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd