Acer hari ini mengumumkan ketibaan komputer riba permainan video Predator Helios 300 SpatialLabs Edition yang membawakan pengalaman bermain tanpa cermin mata, stereoskopik 3D ke dalam dunia permainan video. Menerusi aplikasi SpatialLabs TrueGame, ia mampu menyokong lebih 50 permainan popular sewaktu pelancarannya dan permainan video lain akan terus ditambah pada masa depan.
Selain komputer riba permainan video 3D, Acer turut mengumumkan kehadiran komputer riba permainanvideo yang nipis iaitu Predator Triton 300 SE, serta monitor Predator XB273K LV dan Acer Nitro XV272U RV.

Predator Helios 300 SpatialLabs Edition
Predator Helios 300 SpatialLabs Edition (PH315-55s) merupakan komputer riba permainan video berkuasa tinggi yang menawarkan pengalaman bermain video tanpa cermin mata dan stereoskopik 3D. Menerusi aplikasi SpatialLabs TrueGame, pemain boleh bermain permainan video dalam mode 3D dengan mudah bersama perincian adegan yang terbaik. Ruang kelihatan lebih luas, lapisan objek nampak lebih tulen dan pengembaraan menjadi lebih mengujakan – segalanya lancar dalam masa sebenar tanpa memerlukan cermin mata khas.
SpatialLabs TrueGame ialah satu aplikasi baharu yang membawakan ciri stereoskopik 3D ke dalam dunia permainan video, membolehkan pemain menikmati permainan kegemaran mereka sepenuhnya. Ini dapatdicapai kerana permainan video biasanya direka dalam tiga dimensi; penciptanya memasukkan maklumat tentang perincian ke dalam setiap adegan dan objek yang mereka hasilkan.

SpatialLabs memanfaatkan maklumat sedia ada ini untuk menawarkan permainan video dalam bentuk stereoskopik 3D. Satu profail khas yang telah dikonfigurasi lebih awal akan disediakan untuk setiap 50+ permainan video moden dan klasik sewaktu pelancarannya. Ini bagi menawarkan pengalaman bermain video kegemaran mereka dengan lancar. Profail permainan lain akan ditambah secara berterusan pada masa depan.
Pengalaman SpatialLabs dicipta melalui gabungan penyelesaian pengesanan mata, paparan stereoskopik3D dan teknologi render pada masa sebenar. Paparan komputer riba permainan video Predator Helios 300SpatialLabs Edition terdiri daripada panel UHD 2D bersaiz 15.6 inci bersama lensa lenticular cecair kristalpada bahagian atasnya, sekali gus membentuk satu modul inovatif yang boleh diubah di antara pandangan 2D dan stereoskopik 3D.

Untuk memberikan pengalaman 3D dalam masa sebenar yang mengujakan, Predator Helios 300SpatialLabs Edition hadir dengan pemproses sehingga Intel® Core™ i9 Gen ke-12, GPU komputer riba NVIDIA® GeForce RTX™ 3080, memori 32GB DDR5-4800 dan penstoran PCIe Gen 4 NVMe SSDs RAID 0.Rekaan dua kipas dengan satu kipas AeroBlade 3D Gen ke-5 membantu memastikan sistem sentiasa sejuk. Ia juga disokong oleh minyak suhu bendalir besi dan teknologi CoolBoost™ Acer.
Menggunakan Windows 11, komputer riba ini didatangkan dengan ketersambungan Killer DoubleShot Prodan Wi-Fi 6E (E2600+1675i). Di samping rangkaian port seperti HDMI 2.1 untuk disambungkan dengan monitor luar, satu port Thunderbolt™ 4 dan dua port USB 3.2 Gen2.
Predator Helios 300 SpatialLabs (PH315-55s) akan ditawarkan di Amerika Utara pada awal Q4,bermula pada USD 3,399.99; dan di EMEA pada bulan September, bermula pada EUR 3,299.
Harga dan bila ia akan dilancarkan di Malaysia masih belum diumumkan.
Predator Triton 300 SE

Rangkaian komputer riba permainan video yang nipis, Predator Triton 300 SE telah diperbaharui (PT314-52s) dengan pemproses Intel Core Gen ke-12 terkini, GPU komputer riba siri NVIDIA GeForce RTX 30 danpilihan panel 16:10 OLED.
Model bersaiz 16 inci (PT316-51s)yang baru telah ditambah dengan panel sehingga 240 Hz WQXGA sertamenyokong NVIDIA G-SYNC® dan NVIDIA Advanced Optimus. Ini membolehkan pengguna menukar diantara grafik bersepadu dan terpisah secara dinamik tanpa perlu melakukan reboot.
Menampilkan kipas AeroBlade™ 3D Gen 5 yang dibina khas, teknologi aliran udara Vortex Flow dan minyak uhu cecair besi, Predator Triton 300 SE pasti sentiasa dalam keadaan sejuk walaupun ketika berada dalam puncak prestasi. Kedua-dua model bersaiz 14 dan 16 inci menyokong ketersambungan tanpa wayar yang pantas melalui Intel Killer Wi-Fi 6E AX1675i. Model 16 inci ditambah dengan satu kawalan Intel Killer E2600 Ethernet untuk sambungan berwayar. Port juga banyak dengan pilihan Thunderbolt™ 4, HDMI 2.1 danType-A USB 3.2 Gen ke-2.

Predator Triton 300 SE 14-inci (PT314-52s) akan ditawarkan di Amerika Utara pada bulan Julai, bermula pada USD 1,599.99; dan di EMEA pada bulan Jun, bermula pada EUR 1,499.
Predator Triton 300 SE 16-inci (PT316-51s) akan ditawarkan di Amerika Utara pada bulan Ogos, bermula pada USD 1,749.99; di EMEA pada bulan Julai, bermula pada EUR 1,599, dan di China pada Julai, bermula pada RMB 10,999.
Harga dan bila ia akan dilancarkan di Malaysia masih belum diumumkan.
Monitor Predator XB273K LV

Monitor permainan video Predator XB273K LV direka untuk pemain yang mahukan pengalaman terbaik.Monitor AMD FreeSync™ Premium itu hadir dengan ciri UHD (3840 x 2160) bersaiz 27 inci, panel Agile-Splendor IPS bersama kadar penyegaran 160 Hz dan tempoh maklum balas 0.5ms (G ke G) yang membolehkannya menawarkan visual yang lancar tanpa koyak, walaupun ketika memaparkan objek-objek yang bergerak pantas di skrin. Ia juga menyokong HDMI 2.1, selain memiliki tahap ketepatan warna yang tinggi dengan Delta E < 1 serta diiktiraf oleh VESA Display HDR600 dan TÜV Rheinland Eyesafe®.
Predator XB273K LV akan berada pada Q3 di Amerika Utara bermula pada USD 999; di EMEA bermula pada EUR 949, dan di China bermula pada RMB 5,999.
Harga dan bila ia akan dilancarkan di Malaysia masih belum diumumkan.
Monitor Acer Nitro XV272U RV

Monitor permainan video Acer Nitro XV272U RV bersaiz 27 inci menawarkan resolusi WQHD (2560 x 1440),kadar penyegaran 170 Hz (overclocked), tempoh maklum balas 1ms (G ke G) dan panel kurang silau yang memberikan tahap bacaan lebih tinggi. Ia diperakui oleh VESA DisplayHDR™ 400, manakala panel Agile-Splendor IPS menyokong 95% gamut warna DCI-P3 bersama Delta E < 1. Monitor permainan video AcerNitro XV272U RV menyokong teknologi AMD FreeSync Premium dan diperakui oleh TÜV Rheinland Eyesafe®.
Acer Nitro XV272U RV akan berada di Q3 Amerika Utara bermula pada USD 449; di EMEA bermula pada EUR 399, dan di China bermula pada RMB 2,499.
Harga dan bila ia akan dilancarkan di Malaysia masih belum diumumkan.
Acer juga mengumumkan dua tambahan kepada barisan produk SpatialLabs™: Acer SpatialLabs View untuk hiburan peribadi dan Acer SpatialLabs View Pro untuk penggunaan komersial. Kedua-duanya adalah paparan 4K 15.6-inci kendiri yang boleh disambungkan ke PClain, memberikan pengguna akses mudah alih kepada set pengalaman SpatialLabs. Ia bukan hanya ditujukan untuk pereka cipta berkemahiran tinggi, malah peranti generasi ini membawa teknologi 3Dstereoskopik tanpa cermin mata kepada pemain dan peminat hiburan di rumah.

Pemain dan pereka cipta akan bersama-sama menghargai reka bentuk ringan siri ini (kurang daripada 1.5kg / 3.3 lbs), menjadikannya mudah untuk dimasukkan ke dalam beg dan dibawa ke parti LAN atau sesipromosi produk. Pereka cipta khususnya boleh bergantung pada liputan 100% gamut warna Adobe RGB,tetapi pemain juga akan menghargai 400 nits kecerahan peranti.
Sementara Acer SpatialLabs View didatangkan dengan platform permainan 3D stereoskopik serba baharu, Acer SpatialLabs View Pro dilengkapi dengan kedua-dua teknologi yang diperlukan bagi merealisasikan ciptaan pengguna dan juga reka bentuk perindustrian pintar yang memudahkan penggunaan — gabungan yang membawa kepada peluang penceritaan yang lebih berimpak.
SpatialLabs TrueGame
SpatialLabs TrueGame merupakan aplikasi baharu yang membawa stereoskopik 3D ke dalam dunia permainan, membolehkan para pemain menikmati permainan kegemaran mereka dalam skala penuh. Ia direalisasikan kerana kebanyakan permainan dicipta dengan mengambil kira tiga dimensi: pereka cipta memasukkan maklumat mengenai kedalaman dalam setiap adegan dan objek yang dibina.
SpatialLabs memanfaatkan maklumat yang sedia ada ini untuk mempersembahkan permainan dalam stereoskopik 3D. Profil 3D prakonfigurasi khusus akan tersedia untuk setiap tajuk permainan di antara 50+ tajuk moden danklasik yang sedang dilancarkan untuk menawarkan pemain pengalaman yang kemas dengan permainan kegemaran mereka, dan profil untuk tajuk tambahan akan ditambah dari semasa ke semasa.
Ini adalah cara permainan baharu yang menawarkan pengalaman tidak seperti apa yang pernah dialami sebelum ini. Ruangan kelihatan lebih luas, objek kelihatan berlapis-lapis dan pengembaraan menjadi lebih menarik—semuanya lancar, dalam masa sebenar dan tanpa memerlukan cermin mata khas.
Apabila tidak bermain permainan, ia juga boleh digunakan sebagai monitor 4K standard.
SpatialLabs Go
SpatialLabs Go hadir dengan teknologi AI yang membolehkan ia menghasilkan kandungan stereoskopik 3D dari apa sahaja yang boleh dipaparkan dalam skrin penuh, semuanya dengan menekan satu butang sahaja.Foto-foto muncul dari skrin, permainan web mudah menjadi lebih menarik dan video (dalam atau luar talian) mengambil satu tahap lebih tinggi dalam aspek imersif dalam masa sebenar. Mungkin yang paling utama, anda boleh menjana kandungan anda sendiri, dengan mengambil beberapa foto atau video dengan peranti anda, dan setelah aset diimport ke sistem, anda boleh menggunakan SpatialLabs Go untuk menjana imej 3D stereo simulasi.

SpatialLabs Model Viewer
Acer SpatialLabs View Pro memudahkan hidup para pereka cipta. Bagi tujuan ini, sokongan di luar kotak untuk semua format fail, termasuk sokongan yang baru ditambah untuk Datasmith, bermakna perekacipta boleh menggunakan perisian rekaan 3D seperti Revit, Solidworks, dan Cinema 4D dengan memasukkan plugin eksport Datasmith: apabila satu-satu projek siap untuk ditonton, ia boleh diimport ke SpatialLabs Model Viewer. Integrasi Sketchfab memudahkan proses penghasilan dengan memberi pengguna akses kepada arkib atas talian aset 3D premium yang percuma, yang boleh dimanfaatkan untuk projek mereka sendiri. Ketepatan warna penting untuk kerja-kerja rekaan, paparan 4K 15.6 inci View Proitu meliputi 100% gamut warna Adobe RGB.

Bukan sekadar alat untuk mencipta aset 3D, SpatialLabs View Pro memperkasakan pembangun dengan pelbagai cara untuk berkongsi dan mempersembahkan ciptaan mereka:
- Kandungan boleh dimuatnaik dengan cepat untuk perkongsian — sama ada untuk menerimamaklum balas dari rakan sekerja di pejabat atau memberi pelanggan visualisasi mirip dunia sebenar kepada barangan yang diminati mereka.
- Mereka yang bekerja dalam bidang jualan dan pemasaran akan menghargai rekaan nipis dan mudah alih Acer SpatialLabs View Pro: kurang dari 1.5 kg (3.3 lbs), ia mudah dibawa ke mana sahaja, dan kaki boleh lipat membuatkannya mudah untuk mendirikan kedai secara maya di mana sahaja.
- VESA mount memudahkan Acer SpatialLabs View Pro diletakkan di kiosk dan paparan jualan yang memerlukan susun atur secara kekal, sementara pengimbas isyarat tangan Ultraleap membolehkan pelanggan menikmati pengalaman yang lebih interaktif.

Seperti peranti SpatialLabs sebelumnya, Acer SpatialLabs View Pro menyertakan beberapa alat tambahan untuk menambah baik aliran kerja pencipta 3D. Penciptaan boleh diambil daripada perisian 3D dan dilancarkan dalam SpatialLabs Model Viewer dengan hanya satu klik. Selain itu, pengguna Maya dan Blender boleh menyambung dan menyunting pada skrin 2D sambil memerhatikan perubahan mereka yang diberikan kepada stereoskopik 3D pada Acer SpatialLabs View Pro — semuanya serentak dan dalam masa sebenar.
Maklumat lanjut tentang teknologi ini dan senarai tajuk permainan yang disokong tersedia di sini.

Tawaran
Acer SpatialLabs View (ASV15-1B) akan ditawarkan di EMEA pada musim panas ini bermula pada USD1,099.
Untuk segala liputan kami tentang Acer, sila tekan pautan ini.
@gamersantaimy
Discussion about this post