Black Clover Phantom Knights, adalah mobile strategi RPG berdasarkan siri manga dan anime terkenal oleh Yūki Tabata, Black Clover! Ia boleh didapati untuk pra-pendaftaran sekarang pada iOS dan Android serta dijangka akan keluar pada tahun 2020. Di Black Clover Phantom Knights, anda akan fokus kepada Magic Knights Brigade sendiri, dan membina pasukan yang terdiri daripada watak-watak daripada siri. Jadi, anda boleh watak-watak seperti Asta, Noelle dan Yami untuk menyertai skuad anda. Anda juga akan bertemu Jien, yang merupakan watak baru yang dicipta khas untuk permainan ini.
Kerana ini adalah permainan “free-to-play”, kebanyakan watak akan diperoleh melalui kaedah gacha dan akan ada pelbagai item untuk dikumpulkan supaya anda dapat menguatkan lagi watak. Berdasarkan screenshot di bawah, ia ialah game strategi di mana pemain menyusun watak di posisi yang disukai dalam formasi yang terpilih. Setiap watak mempunyai akses kepada pelbagai serangan istimewa dengan pilihan untuk menghidupkan mode auto untuk orang yang ingin permainan lebih santai.
Selepas menjadi sebuah siri yang semakin popular di dunia manga dan anime, game ini adalah permainan mobile pertama berdasarkan Black Clover dengan permainan video pertama secara keseluruhan dikeluarkan di PS4 pada 2018. Watak utama, Asta, juga muncul sebagai playable character dalam Jump Force.
Black Clover Phantom Knights akan menuju ke App Store dan Google Play pada tahun 2020. Bersama pelancaran global, mereka juga mengumumkan empen pra-pendaftaran. Ganjaran termasuk:
- 30,000 pra-pendaftaran – 1800 Black Jewel
- 50,000 pra-pendaftaran – Enhancement Items Set
- 100,000 pra-pendaftaran – 5* Yuno
@gamersantaimy
Discussion about this post