Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Pradaftar ‘Cat Fantasy’ Sekarang – Seru Gadis-Gadis Kucing Jadi Waifu

Razin Syafiq by Razin Syafiq
July 23, 2024
in Android, Artikel, Berita, Gacha, iOS, Mobile, RPG, Turn-Based
0 0
0
Pradaftar ‘Cat Fantasy’ Sekarang – Seru Gadis-Gadis Kucing Jadi Waifu
Share on FacebookShare on Twitter

Jika anda peminat RPG anime ataupun gacha dengan fokus pada waifu, maka anda pasti akan suka ‘Cat Fantasy!’ Mengisahkan usaha anda untuk menyelamatkan umat manusia, pemain akan dibantu oleh pelbagai gadis-gadis kucing yang cantik dalam perjalanan. Lebih menarik lagi, Cat Fantasy kini membuka global pre-registration untuk platform mobile Android, dan iOS.

Anda boleh melihat video di bawah untuk gambaran umum:

Secara lebih khusus, Cat Fantasy ialah mobile turn-based RPG dengan gaya 3D anime yang menampilkan tema kucing humanoid.

Anda akan masuk ke dalam dunia di mana kucing berubah menjadi gadis anime yang menawan dan waifu tercinta, lalu selami pengembaraan Isekai sebagai Inspector, sambil mengetuai pelbagai pahlawan gadis kucing tersebut untuk merungkai misteri dan menyelamatkan dunia di ambang kemusnahan.

Kredit: ELEX GAMES

Seperti saya kata tadi, Cat Fantasy mempunyai gameplay turn-based tetapi digabungkan dengan penggunaan kad secara strategik, di mana pemain boleh menggabungkan beberapa kad untuk membuka kuasa atau skil lebih kuat. Dalam pertarungan, pemain boleh memilih 4 watak untuk membentuk pasukan. Setiap watak juga mempunyai kemahiran dan stats unik sendiri.

Disebabkan Cat Fantasy menampilkan pelbagai watak, pemain perlu menyusun pasukan mereka untuk menghadapi musuh yang dibahagikan kepada beberapa elemen. Pada masa yang sama, anda boleh memperoleh watak yang lebih kuat atau mencari waifu kegemaran melalui sistem gacha permainan.

Kredit: ELEX GAMES

Pemain boleh menjalinkan hubungan intim dengan setiap gadis-gadis kucing melalui adegan khas dan buka aksi interaktif yang mengeratkan hubungan anda, lantas memberi pengalaman yang mengasyikkan. Setiap gadis-gadis kucing mempunyai personaliti dan latar belakang unik, menjadikan setiap interaksi lebih menarik dan peribadi.

Bukan itu sahaja! Selepas pertarungan yang sengit, pemain boleh kembali ke kafe untuk berehat, yang juga berfungsi sebagai pangkalan utama. Imbangkan masa antara memerangi kuasa jahat dan menguruskan kafe yang boleh diubah suai sepenuhnya, sambil melayan tetamu.

Kredit: ELEX GAMES

Seterusnya, jika anda seorang pencinta kucing, Cat Fantasy juga mempunyai senarai tentang baka kucing di seluruh dunia, jadi anda boleh menyelidik sepuas hati anda.

Menurut halaman App Store, game ini akan dikeluarkan pada 21 Ogos. Pihak rasmi masih belum memberi kepastian, tetapi jika berminat, anda boleh pre-register game ini dahulu melalui laman web rasmi!

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: Cat FantasyMobile
ShareTweetSend
Previous Post

‘ONE PIECE Anime 25th UT’ Akan Mula Dijual Pada 26 Julai Di Malaysia!

Next Post

MCU Memulakan “Mutant Era”, Disahkan Oleh Kevin Feige

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Menangi ROG Ally X & Hadiah Eksklusif Lain, Dengan Bermain Monster Hunter Wilds Bersama ASUS ROG
Berita

Menangi ROG Ally X & Hadiah Eksklusif Lain, Dengan Bermain Monster Hunter Wilds Bersama ASUS ROG

June 6, 2025
Survival Kids Kini Dilancarkan, Eksklusif di Nintendo Switch 2
Berita

Survival Kids Kini Dilancarkan, Eksklusif di Nintendo Switch 2

June 6, 2025
Nantikan Acara Demon Slayer Experience Di Malaysia, Bermula 28 Jun Di Pavilion Bukit Jalil!
Anime

Nantikan Acara Demon Slayer Experience Di Malaysia, Bermula 28 Jun Di Pavilion Bukit Jalil!

June 6, 2025
Next Post
MCU Memulakan “Mutant Era”, Disahkan Oleh Kevin Feige

MCU Memulakan "Mutant Era", Disahkan Oleh Kevin Feige

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd