Razer, jenama terkemuka untuk gamer hari ini mengumumkan bahawa pra-tempah untuk produk kolaborasi Genshin Impact yang telah diumumkan bulan lepas telah bermula! Anda boleh klik pada pautan ini untuk mulakan pra-tempah anda untuk barangan Genshin anda! Berikut adalah maklumat mengenai produk Genshin Impact x Razer untuk pra-tempah:
- Razer DeathAdder V2 Pro Gaming Mouse
- Razer Goliathus Speed Mouse Mat – Medium
- Penghantaran produk bermula dari 9 Disember

Sementara itu, reka bentuk Genshin Impact kini tersedia untuk penyesuaian untuk mouse Orochi V2 dan mousepad Gigantus V2. Peminat dan pemain kini boleh memesan peranti bertemakan Genshin Impact yang disesuaikan sendiri. Perkhidmatan Razer Customs hanya terpakai untuk wilayah terpilih. Untuk butiran lanjut, sila lawati laman web Razer Customs.
Bukan setakat itu sahaja, Razer juga mengembangkan barisan konsol mereka yang berkembang pesat dengan satu siri set wireless headset dan stand pengecasan controller untuk PlayStation 5. Melalui motif hitam dan putih serta aksen biru khas, headset Kaira direka untuk dipadankan dengan gaya kontemporari dan moden konsol PS5 dan controller wireless DualSense. Turut dilancarkan juga Razer Quick Charging Stand dalam pelbagai warna padan untuk mana-mana controller Dualsense PS5 pemain.

Kaira Pro dan Kaira
Headset wireless Razer Kaira Pro Dual dengan Haptics melancarkan pengalaman lebih mendalam konsol yang sebenar. Ia merupaka headset wireless pertama Razer dihasilkan untuk PS5 yang dikuasakan oleh Razer HyperSense, sebuah teknologi haptics pintar yang menyampaikan maklum balas deria sentuhan yang kaya dan hidup berdasarkan audio, membolehkan pemain menyelami deria mereka dalam permainan. Razer Kaira Pro dilengkapi dengan Razer TriForce Titanium 50mm yang telah dicuba sebagai bukti. Ianya cukup ringan untuk memastikan keselesaan dalam tempoh penggunaan yang lama.

Tingkatkan komunikasi dalam permainan melalui mikrofon Razer HyperClear Supercardioid yang boleh ditanggalkan, Razer Kaira Pro memfokuskan pada corak pengecaman vokal sambil menapis bunyi latar belakang yang tidak diingini untuk mencapai kejelasan vokal yang lebih jelas. Headset wireless juga menawarkan built-in-microphone untuk kegunaan mudah alih, memberikan pengguna pilihan untuk menyambung ke peranti mudah alih mereka melalui Bluetooth serta PS5, PS4, PC dan peranti lain yang mempunyai USB-C atau USB-A port melalui 2.4 GHz USB-C Razer™ HyperSpeed Dongle yang disertakan.
Ini antara ciri utama Kaira Pro:
- Razer™ HyperSense untuk maklum balas deria sentuh dan immersion yang lebih tinggi
- Razer™ TriForce Titanium 50mm untuk prestasi audio hebat
- Razer™ HyperClear Supercardioid Mic boleh tanggal untuk audio yang berkuasa dan seperti hidup
- Razer™ SmartSwitch untuk toggle antara 2.4 GHz dan Bluetooth
- Dikuasakan oleh Razer™ Chroma RGB, boleh disesuaikan melalui Aplikasi Mudah Alih Razer™ Chroma RGB
Untuk maklumat lebih lanjut mengenai Razer Kaira Pro, sila klik pada pautan ini.

Selain itu, melengkapkan headset PS5 ialah headset Razer Kaira Dual Wireless. Tidak kiralah di konsol atau mobile, gamer dapat menikmati kemudahan yang tiada tandingan apabila bermain dengan Razer™ SmartSwitch, yang membolehkan penukaran lancar antara peranti 2.4 GHz dan Bluetooth.
Berikut adalah antara ciri Razer Kaira:
- Razer™ TriForce Titanium 50mm untuk prestasi audio hebat
- Razer™ HyperClear Cardioid Mic untuk kejelasan vokal yang dipertingkatkan
- Razer™ SmartSwitch untuk toggle antara 2.4 GHz dan Bluetooth
Untuk maklumat lanjut mengenai headset ini, sila klik pada pautan ini. Kedua-dua headset wireless ini akan menyertai Razer Kaira X yang telah dilancarkan September lalu.

Stand Pengecasan Pantas
Turut diumumkan hari ini ialah Razer Quick Charging Stand. Stand itu direka dalam pelbagai warna sepadan dengan DualSense Wireless PS5 yang diinspirasikan oleh galaksi. Razer Quick Charging Stand mengecas controller dengan pantas dalam kurang 3 jam dan memastikan downtime yang minimum untuk pengguna PS5. Ia boleh didapati dalam warna putih, hitam dan merah untuk mencapai rupa yang kemas.

Untuk maklumat lanjut mengenai stand ini, sila klik pada pautan ini.
[wpdatatable id=52]Untuk mendapatkan liputan lain mengenai Razer, sila klik pada pautan ini.
@gamersantaimy
Discussion about this post