Pra-pesan game Pokemon Brilliant Diamond dan Shining Pearl sekarang dan berpeluang untuk memenangi Sinnoh Champion Statue! Gamer Break Game Store kini membuka pra-pesanan untuk game remake francais terbaru Pokemon, iaitu Pokemon Brilliant Diamond dan Pokemon Shining Pearl yang bakal dilancarkan ke platform Nintendo Switch pada 19 November nanti.

Bagi mereka yang membuat pra-pesanan ini, akan berpeluang untuk memenangi sebuah patung Sinnoh Champion Statue menampilkan figura Shirona dan Gaburias (Cynthia dan Garchomp) yang bernilai RM599! Patung ini dihasilkan oleh Kotobukiya dan ketinggian untuk figura Shirona adalah setinggi 21.3cm serta Gaburias pula berukuran 20.7cm.
Seperti patung-patung lain dari siri ARTFX J Pokemon, Sinnoh Champion Statue ini dihasilkan oleh Hitoshi Ariga dan diberikan setiap ketelitian oleh hasil pertukangan Kotobukiya. Shirona berdiri dengan pose yang menunjukkan keyakinan dan kekuatan sebagai seorang Pokemon Champion. Ukiran rambut dan pakaiannya menampakkan figura ini dihasilkan dengan penuh terperinci. Gaburi yang melindungi Shirona dengan sayap lebarnya memberikan aura duo lebih kuat!

Harga bagi kedua-dua game Pokemon Brilliant Diamond dan Pokemon Shining Pearl adalah RM229 sahaja. Dengan setiap pembelian yang dibuat, anda dapat satu peluang untuk tersenarai dalam cabutan bertuah dari Gamer Break Game Store. Manakala bagi mereka yang membeli game Pokémon Brilliant Diamond & Shining Pearl Double Pack berharga RM439 juga akan menerima satu peluang untuk cabutan bertuah memenangi Sinnoh Champion Statue ini.
Siri remake ini adalah dari Pokemon Diamond dan Pearl yang dilancarkan di Nintendo DS pada tahun 2006 di Jepun serta 2007 untuk seluruh dunia. Game ini membawa pemain mengembara ke wilayah Sinnoh dan bertemu dengan pelbagai spesies Pokemon baru untuk dipenuhkan dalam Pokedex. Jalan cerita game ini juga memperkenalkan musuh yang dipanggil Team Galactic serta empat pokemon legenda seperti Dialga, Palkia, Giratina dan Arceus.

Pra-pesanan untuk Pokemon Brilliant Diamond dan Shining Pearl kini sudah pun dibuka di Gamer Break Game Store! Jangan lepaskan peluang anda untuk mendapatkan figura pasangan Sinnoh Champion ini! Untuk maklumat lebih lanjut, anda boleh layari laman rasmi kedai atau Facebook mereka.
@gamersantaimy
Discussion about this post