Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Pra-Pendaftaran Miraibo GO Kini Dibuka di Mobile & PC!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
September 17, 2024
in Android, Artikel, Berita, iOS, Mobile, Multiplayer, Open World, PC, Shooter, Steam
0 0
0
Pra-Pendaftaran Miraibo GO Kini Dibuka di Mobile & PC!
Share on FacebookShare on Twitter

Pra-pendaftaran untuk game open-world berasaskan survival ala Palworld, iaitu Miraibo GO kini dibuka di PC dan platform mobile. Terokailah dunia terbuka yang luas, tangkap rakan-rakan comel yang dipanggil Mira, lawan pemain lain, dan bina pangkalan impian anda!

Berikut adalah trailer gameplay terbaru Miraibo GO:

Lebih daripada 100 raksasa dengan kemahiran dan elemen yang berbeza akan menemani anda dalam pengembaraan! Setiap Mira mempunyai keperibadian, kemahiran, dan elemen tersendiri. Pemain boleh menangkap Mira menggunakan bola Mira khas, membentuk ikatan dan menjadi lebih kuat bersama-sama sambil menakluk bos yang mencabar dan mengharungi dunia penuh bahaya.

Kredit: DREAM CUBE

Pimpin raksasa untuk melaksanakan pembinaan dan produksi automatik di pangkalan anda! Tugaskan raksasa berbeza untuk tugas yang berbeza berdasarkan kepakaran dan ciri mereka, termasuk bertani, mengumpul sumber dan penghasilan! Jangan lupa untuk menyediakan makanan dan air yang mencukupi untuk mereka, serta berikan masa yang cukup untuk berehat dan bermain.

Kredit: DREAM CUBE

Sepanjang perjalanan, Mira anda akan sentiasa membantu, walaupun dalam penerokaan! Mira boleh ditunggang, jadi naiklah dan temui rahsia tersembunyi serta pemandangan yang memukau sambil menjelajah ke seluruh pelosok dunia.

Kredit: DREAM CUBE

Ajak rakan-rakan anda untuk membina pangkalan dan bertahan bersama dalam dunia terbuka, sambil menewaskan bos! Tetapi jangan lupa untuk sentiasa berjaga-jaga, kerana rakan anda mungkin akan berkhianat pada bila-bila masa untuk merampas sumber! Tiada musuh yang kekal, tiada kawan yang kekal!

Kredit: DREAM CUBE

Miraibo GO kini tersedia untuk pra-pendaftaran di Google Play, App Store, dan PC. Tarikh keluaran rasmi akan diumumkan kemudian.

Kredit: DREAM CUBE

Pada masa yang sama, anda boleh mendaftar untuk Creator Program sekarang untuk dapatkan ganjaran eksklusif, termasuk akses awal, promosi kandungan dan sokongan lain di SINI.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: Miraibo GO
ShareTweetSend
Previous Post

Predator League Malaysia Qualifier: Juara Dota 2 & Valorant Untuk Semenanjung Malaysia!

Next Post

Zenless Zone Zero Versi 1.2 ‘Tour de Inferno’ Akan Tiba 25 September!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Menangi ROG Ally X & Hadiah Eksklusif Lain, Dengan Bermain Monster Hunter Wilds Bersama ASUS ROG
Berita

Menangi ROG Ally X & Hadiah Eksklusif Lain, Dengan Bermain Monster Hunter Wilds Bersama ASUS ROG

June 6, 2025
Survival Kids Kini Dilancarkan, Eksklusif di Nintendo Switch 2
Berita

Survival Kids Kini Dilancarkan, Eksklusif di Nintendo Switch 2

June 6, 2025
Nantikan Acara Demon Slayer Experience Di Malaysia, Bermula 28 Jun Di Pavilion Bukit Jalil!
Anime

Nantikan Acara Demon Slayer Experience Di Malaysia, Bermula 28 Jun Di Pavilion Bukit Jalil!

June 6, 2025
Next Post
Zenless Zone Zero Versi 1.2 ‘Tour de Inferno’ Akan Tiba 25 September!

Zenless Zone Zero Versi 1.2 ‘Tour de Inferno’ Akan Tiba 25 September!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd