Komoe Technology akhirnya mengumumkan pembukaan pra-pendaftaran untuk Code Geass: Lost Stories yang akan dilancarkan di seluruh dunia pada tahun 2023 di Android dan iOS!

Code Geass: Lost Stories akan menampilkan cerita baru dengan lakonan suara penuh. Segmen dengan Knightmare Frames juga dihasilkan penuh dalam 3D. Watak utama game yang direka oleh Shirabi memperkenalkan dua reka bentuk berlainan jantina. Jadi pemain boleh memilih untuk memegang watak lelaki atau perempuan dalam game ini nanti. Anda akan bekerja dengan Lelouch dan Order of the Black Knights pada permulaan game.
Berikut adalah ganjaran yang akan diberikan sekiranya mencapai jumlah pemain yang membuat pra-pendaftaran:

- 100,000 Pemain – Sakuradite x 600
- 150,000 Pemain – Pilot: Ohgi (Resistsnace Outfit), Sakuradite x300
- 200,000 Pemain – Pilot Training Pack, Sakuradite x300
- 300,000 Pemain – Knightmare Frame: Knightpolice, Sakuradite x300
- 400,000 Pemain – Knightmare Frame Enhancement Pack, Sakuradite x300
- 500,000 Pemain – Pilot: Lelouch (School Uniform), Sakuradite x1500

Kalau anda nak tahu, game ini telah pun dilancarkan hanya di Jepun pada tahun lepas dan bakal dilancarkan di seluruh dunia pada tahun ini di Android dan juga iOS. Kepada sesiapa yang berminat untuk membuat pra-pendaftaran game ini, sila klik pautan ini.
Ikuti Gamer Santai untuk mendapatkan lebih banyak berita menarik mengenai game, anime, teknologi dan banyak lagi daripada kami.
@gamersantaimy
Discussion about this post