Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Pra-pendaftaran bermula untuk game mobile Edens Zero Pocket Galaxy!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
September 9, 2021
in Android, Anime, Artikel, Berita, iOS, Mobile
0 0
0
Pra-pendaftaran bermula untuk game mobile Edens Zero Pocket Galaxy!
Share on FacebookShare on Twitter

KONAMI telah membuka pra-pendaftaran untuk game mobile Edens Zero yang secara rasmi berjudul Edens Zero Pocket Galaxy. Game ini juga melancarkan laman web Inggeris untuk kempen pra-pendaftaran, tetapi tarikh pelepasan rasmi masih belum diketahui.

Edens Zero Pocket Galaxy pertama kali diumumkan di Tokyo Game Show 2020 di mana Konami menunjukkan trailer gameplay serta naratif cerita. Pencipta Hiro Mashima secara langsung membantu dalam pembangunan latar belakang permainan dan pembinaan dunia. Game ini menggunakan sistem “action battle” dan merupakan RPG yang dimainkan daripada sudut pandangan “top-down”, dengan elemen sosial dan gacha. Dalam pertempuran, anda boleh menukar antara tiga watak.

Selain itu, terdapat lebih dari 100 kostum, termasuk kostum ori oleh Hiro Mashima termasuk beberapa screenshot:

ada

Kempen pra-pendaftaran

Peminat kini boleh membuat pra-pendaftaran untuk Edens Zero Pocket Galaxy melalui emel atau dengan mengikuti halaman Twitter/Youtube rasmi. Butiran penuh boleh didapati di SINI. Sesiapa yang memuat turun permainan pada hari pelancaran juga akan menerima item “Cyber Costume” sebagai hadiah percuma. Tetapi bagi mereka yang membuat pra-pendaftaran, korang akan terima beberapa ganjaran lain:

  • 100,000: 3x skip ticket
  • 200,000: 1x Iridescent Material
  • 300,000: 100x Ether Drive

Adaptasi anime untuk Edens Zero juga boleh ditonton sekarang di Netflix. Diarahkan oleh Shinji Ishihara, yang juga bertugas sebagai pengarah untuk anime Fairy Tail, anime Edens Zero dihasilkan oleh J.C. Staff. Mitsutaka Hirota (Rent-A-Girlfriend) menulis skrip untuk siri ini, dan Yurika Sako (Shokugeki no Soma: The Third Plate) berperanan sebagai pereka watak. Berikut adalah sinopsis:

RelatedPosts

Marvel Rivals Season 3 Bakal Tiba 11 Julai Bersama Phoenix, Peta Klyntar & Banyak Lagi!

SEGA STORE TOKYO Dibuka di Shibuya, Membawa Barangan Eksklusif & Pengalaman Imersif

Honkai: Star Rail Version 3.4 – Banner Mana Yang Patut Jadi Keutamaan?

“Pada tahun X492, dalam zaman di mana orang bebas merantau alam semesta. Rebecca, seorang B-Cuber yang suka membuat video, mengunjungi dunia robotik Granbell dan bertemu dengan seorang pemuda dengan kekuatan khas: Shiki, yang menghabiskan seluruh hidupnya bersama mesin. Kemudian, Shiki akan menjelajah kosmos dengan Rebecca, menemui tempat, orang dan benda baru, dan membuat kawan di sepanjang jalan. Sertailah pengembaraan ini di Netflix.”

Untuk baca segala liputan kami tentang Edens Zero, sila tekan pautan ini.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: animeEdens ZeroEdens Zero Pocket GalaxyMobile
Previous Post

Attack on Titan: Brave Order diumumkan untuk platform mobile!

Next Post

Unboxing Media kit Tales of Arise – Hootle memang comel geng!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Marvel Rivals Season 3 Bakal Tiba 11 Julai Bersama Phoenix, Peta Klyntar & Banyak Lagi!
Berita

Marvel Rivals Season 3 Bakal Tiba 11 Julai Bersama Phoenix, Peta Klyntar & Banyak Lagi!

July 2, 2025
SEGA STORE TOKYO Dibuka di Shibuya, Membawa Barangan Eksklusif & Pengalaman Imersif
Jom Singgah!

SEGA STORE TOKYO Dibuka di Shibuya, Membawa Barangan Eksklusif & Pengalaman Imersif

July 2, 2025
Honkai: Star Rail Version 3.4 – Banner Mana Yang Patut Jadi Keutamaan?
Panduan

Honkai: Star Rail Version 3.4 – Banner Mana Yang Patut Jadi Keutamaan?

July 2, 2025
Next Post
Unboxing Media kit Tales of Arise – Hootle memang comel geng!

Unboxing Media kit Tales of Arise - Hootle memang comel geng!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Filem Animasi Death Stranding Akan Fokus Kisah Original, Tiada Dalam Game!
Animasi

Filem Animasi Death Stranding Akan Fokus Kisah Original, Tiada Dalam Game!

June 19, 2025
Gundam Base Pop-Up World Tour Bakal Gegar Kuala Lumpur Mulai 4 Julai!
Acara

Gundam Base Pop-Up World Tour Bakal Gegar Kuala Lumpur Mulai 4 Julai!

June 18, 2025
Delicious in Dungeon Exhibition Bakal Menyapa Peminat di Malaysia!
Anime

Delicious in Dungeon Exhibition Bakal Menyapa Peminat di Malaysia!

June 17, 2025
Pop-Up Store Eksklusif DAN DA DAN Serbu Malaysia dengan Sentuhan Supernatural!
Anime

Pop-Up Store Eksklusif DAN DA DAN Serbu Malaysia dengan Sentuhan Supernatural!

June 17, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd