Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Pra-Daftar Honkai: Star Rail berjaya menarik berjuta-juta pemain antarabangsa!

safwan by safwan
March 9, 2023
in Action, Artikel, Berita, Game Baru, RPG, Turn-Based
0 0
0
Pra-Daftar Honkai: Star Rail berjaya menarik berjuta-juta pemain antarabangsa!
Share on FacebookShare on Twitter

Honkai: Star Rail telah diumumkan sejak tahun 2021 dan bakal dilancarkan pada bulan April nanti. Memandangkan tarikh keluar semakin dekat, HoYoverse telah membuka pra-daftar pada Februari dan kini telah raih sehingga lebih 5 juta pemain telah berdaftar.

Diumumkan melalui Twitter rasmi Honkai: Star Rail, mereka telah mengesahkan yang semua ganjaran yang disediakan telah dibuka dan kepada sesiapa yang membuat pra-daftar sekarang, mereka akan memberikan banyak ganjaran termasuk “Star Rail Pass x20” dan “4-Star Character Serval (Erudation: Lightning)”.

5,000,000 Pre-registrations Reached!
All pre-registration rewards unlocked! All Trailblazers will obtain Star Rail Pass ×20 and the 4-star character Serval (Erudition: Lightning)!

Pre-register Now: https://t.co/i8hu9xzKEY
Learn More: https://t.co/QS3DQqSFXz#HonkaiStarRail pic.twitter.com/AJKFms3jES

— Honkai: Star Rail (@honkaistarrail) March 7, 2023

Berikut adalah ganjaran-ganjaran yang tersedia:

  • 50,000 pemain: Credit x50,000
  • 1,000,000 pemain: Star Tail Pass x3
  • 2,000,000 pemain: Avatar <Trailblazer Welcome>
  • 3,000,000 pemain: 4-star character Serval [Erudition: Lightning]
  • 5,000,000 pemain: Star Rail Pass x15

Tentang Honkai: Star Rail

Honkai: Star Rail menampilkan dunia penuh dengan unsur mitos dan legenda ke dalam cerita sci-fi angkasa lepas. Di alam semesta ini, terdapat “Aeon”, penjelmaan prinsip universal yang dapat mengembara dengan bebas di antara dunia yang menggunakan beberapa jenis daya primitif.

Galaksi ini penuh dengan dunia dengan landskap dan cerita yang unik; “Aeon” yang menjelajah alam semesta untuk menegakkan kepercayaan mereka sendiri, terdapat juga “Destruction” yang menganggap alam semesta sebagai tamadun berpenyakit. Mereka yang telah menyebarkan benih kehancuran yang dipanggil “Stellaron” merentasi galaksi.

Protagonis, yang mempunyai Stellaron di dalam badannya, memulakan perjalanan menggunakan Astral Express dengan sekumpulan penumpang lain yang mewarisi semangat “Trailblaze”. Dan kini mereka mencari jejak “Aeon” untuk meneroka alam semesta. Ekspedisi berlangsung apabila protagonis dan anak kapal mencari jawapan serta mencungkil rahsia yang terkubur.

Astral Express akan membawa anda ke pelbagai alam semesta, penuh dengan pengembaraan dan aksi. Game RPG ini memaparkan sistem turn-based combat yang mudah dimainkan serta peta yang besar. Ia juga mempunyai maze dan puzzle untuk diselesaikan oleh pemain, memberikan pelbagai kejutan dan ganjaran sepanjang game.

Saya ingin mengingatkan anda bahawa pra-daftar bagi Honkai: Star Rail masih berjalan dan jika anda berminat untuk bermain game ini, sila klik DI SINI untuk mendapatkan ganjaran apabila game dilancarkan nanti.

Honkai: Star Rail akan dilancarkan bulan April ini di PC, iOS melalui Apps Store dan Android melalui Google Play. Ikuti Gamer Santai untuk mendapatkan lebih banyak berita menarik mengenai game, anime, teknologi dan banyak lagi daripada kami.


Gamer Santai juga sedang mengadakan giveaway di mana korang boleh memenangi PS5 Digital Edition! Nak tahu cara-cara untuk sertai? Baca SINI!

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: HonkaiHonkai: Star Rail
Previous Post

Siri Marvel “MPower” Perkenalkan Hero-Hero Wanita Francais! Tersedia di Disney+ Hotstar!

Next Post

Jom buru hantu dalam DLC baharu Two Point Campus: School Spirits!

safwan

safwan

Peminat game dari kecik, tapi ilmu tak cukup. Sekarang masih penuhkan ilmu game di dada dan cuba menulis tentang game kegemaran. Game yang selalu main adalah Valorant dan mana-mana game action adventure.

Related Posts

Menangi ROG Ally X & Hadiah Eksklusif Lain, Dengan Bermain Monster Hunter Wilds Bersama ASUS ROG
Berita

Menangi ROG Ally X & Hadiah Eksklusif Lain, Dengan Bermain Monster Hunter Wilds Bersama ASUS ROG

June 6, 2025
Survival Kids Kini Dilancarkan, Eksklusif di Nintendo Switch 2
Berita

Survival Kids Kini Dilancarkan, Eksklusif di Nintendo Switch 2

June 6, 2025
Nantikan Acara Demon Slayer Experience Di Malaysia, Bermula 28 Jun Di Pavilion Bukit Jalil!
Anime

Nantikan Acara Demon Slayer Experience Di Malaysia, Bermula 28 Jun Di Pavilion Bukit Jalil!

June 6, 2025
Next Post
Jom buru hantu dalam DLC baharu Two Point Campus: School Spirits!

Jom buru hantu dalam DLC baharu Two Point Campus: School Spirits!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd