Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Pokemon TCG Showdown 2024 Bakal Berlangsung pada 5 – 7 Januari 2024 di Pavilion Bukit Jalil, Malaysia!

Maira by Maira
December 7, 2023
in Acara, Artikel, Game, Trading Card Game
0 0
0
Pokemon TCG Showdown 2024 Bakal Berlangsung pada 5 – 7 Januari 2024 di Pavilion Bukit Jalil, Malaysia!
Share on FacebookShare on Twitter

Dari 5 hingga 7 Januari 2024, Pokemon TCG Showdown 2024 akan diadakan di Pavilion Bukit Jalil, Malaysia! Acara tiga hari ini mengalu-alukan kedua-dua beginner dan peminat TCG yang suka melibatkan diri dengan komuniti!

Anda boleh belajar cara bermain Pokemon TCG melalui tutorial dan mengambil bahagian dalam 4-player rotation battle untuk beginner. Pemain berpengalaman boleh datang dan sertai TCG team battle daripada pelbagai kedai kad dan juga rotation battle untuk beginner. Anda boleh berkongsi kemahiran dan pengetahuan TCG anda dengan pemain baharu!

Jom kita lihat kesemua aktiviti-aktiviti menarik yang bakal berlangsung nanti!

Sumber: Pokémon TCG Asia ENG

TCG Tutorial

Kalau anda seorang beginner dan ataupun teringin untuk bermain Pokemon TCG, anda bolehlah ikuti TCG Tutotial yang berlangsung pada 5 hingga 7 Januari 2024!

Tarikh5 Januari (6 petang)
6 – 7 Januari (10 pagi)
PenyertaanPendaftaran secara walk-in, siapa cepat dia dapat.
Peserta akan diajar untuk sertai “4-Player Rotation Battle for Beginners” selepas sesi.
Satu entri untuk setiap pemain.
Format30 minit setiap sesi
HadiahSetiap peserta akan mendapat:
1 Fun Pack – 3 kad Pokemon TCG
3 kad Promo dengan stamp sesi
1 Pokemon Ga olé memaparkan Alolan Raichu.

4-Player Rotation Battle untuk Beginner

Setelah belajar, inilah masanya untuk menguji apa yang anda pelajari semasa TCG Tutorial! Anda yang tidak mengikuti tutorial juga boleh sertainya!

Tarikh5 Januari (6 petang)
6 – 7 Januari (10 pagi)
PenyertaanPendaftaran secara walk-in, siapa cepat dia dapat.
Mesti membawa Level 1 dek yang telah dibina tanpa sebarang perubahan
Pemain-pemain akan disusun menjadi empat pasukan oleh krew acara.
FormatFormat Standard, Dek 60 kad, 6 hadiah
HadiahSetiap peserta akan mendapat:
1 kotak dek
1 Hand bag

Shop Team Battle

Sumber: Pokémon TCG Asia ENG

Kalau anda ingin sertainya, anda perlu pra-daftar dahulu. Anda boleh mula daftarkan diri bermula 7 Disember sehingga 22 Disember 2024 melalui PAUTAN INI.

Kalau acara ini mendapat sambutan hangat antara peminat, pemilihan loteri akan dijalankan untuk menentukan siapa yang layak untuk menyertainya.

Mereka yang berjaya menempah tempat untuk Shop Team Battle ini perlu mendaftarkan diri pada 6 Januari sebelum atau pada 10:30 pagi. Selepas waktu itu, barulah walk-in akan dibuka kepada pemain lain mengikut kekosongan. Untuk walk-in, anda perlu mempunyai akaun Trainer’s Website dan paparkan ID anda.

Anda boleh klik pautan ini untuk maklumat penuh acara.

U16 Tournament

Sumber: Pokémon TCG Asia ENG
Tarikh7 Januari 2024 (11 pagi)
Check in pra-daftar: 11:00 – 11:30 pagi
Pendaftaran walk-in: 11:30 – 12:00 petang
Syarat penyertaanPeserta perlu:
Berumur 16 tahun dan ke atas pada 7 Januari 2024
Mengetahui syarat Pokemon Trading Card Game
Mempunyai Player ID daripada laman web Pokemon TCG Trainers di kawasan mereka
Cara sertaiPerlu pra-daftar: DI SINI
Mula: 7 Disember 2023
Tamat: 22 Disember 2023
Keputusan: 23 Disember 2023
Jika pendaftaran melebihi kapasiti, peserta akan dipilih secara loteri.
1. Pemain pra-pendaftaran mesti mendaftar masuk sebelum 10:30 pagi. Mereka yang gagal berbuat demikian akan digugurkan daripada acara tersebut.
2. Selepas jam 11:30, pendaftaran walk-in diterima jika ruang tersedia.
3. Pemain pra-daftar yang digugurkan tanpa daftar masuk 1:30 boleh mendaftar di tapak sebagai walk-in jika tempat duduk dibuka.
4. Pemain walk-in memerlukan pendaftaran akaun Trainer’s Website dan paparkan Trainer ID.
FormatSwiss Draw, 5 pusing (25 minit setiap pusingan)
HadiahSetiap peserta akan mendapat:
1 Present Pack
1 Grookey Bag Charm
Champion, Finalis dan tempat ke-3, ke-4:
1 Sijil
1 T-shirt berlogo Pokemon (140 cm)

Deck Diagnosis untuk Beginner

Berminat untuk menambah baik dek anda? Singgah ke booth Deck Diagnosis untuk analisis menyeluruh oleh profesional yang boleh mengesyorkan kad untuk penambahbaikan.

Tarikh5 Januari (6:30 petang)
6 – 7 Januari (10:30 pagi)
PenyertaanPendaftaran secara walk-in, siapa cepat dia dapat.
Bawa dek yang anda ingin tingkatkan, yang terdiri daripada 60 kad, bersama beberapa kad tambahan yang anda pertimbangkan untuk menambah.
Format30 minit setiap sesi
HadiahSetiap peserta akan mendapat:
1 kad Trainer

Pikachu Meet & Greet

Ingin berjumpa dengan Pikachu? Jangan lupa untuk di acara pada 6 dan 7 Januari 2024! Bolehlah anda bergambar dengan Pokemon popular ini!

Pokemon Pop-up Store

Kalau anda masih belum mempunyai deck Pokemon TCG tersendiri, inilah masanya untuk anda mendapatkannya! Anda boleh singgah ke pop-up store yang dibuka semasa acara ini! Ada banyak lagi produk Pokemon lain yang akan tersedia.

Pokemon Ga-Olé

©Pokémon. ©Nintendo/Creatures Inc./GAME FREAK inc.

Anda suka bermain Pokemon Ga-Olé? Anda boleh bermain kedua-dua TCG dan Ga-Olé secara serentak! Jangan lepaskan peluang ini!

Untuk mendapatkan berita lain mengenai Pokemon TCG daripada kami, boleh klik pautan ini.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: Pokemon TCGPokemon TCG MalaysiaPokemon TCG Showdown 2024Pokemon Trading Card Game
ShareTweetSend
Previous Post

Genshin Impact Hadir Dengan Kolaborasi Bersama LiHO TEA Malaysia! Bermula 21 Disember Ini!

Next Post

Ingin Lihat Persembahan ASCA × spira spica di Comic Fiesta 2023? Ikuti Langkah-langkah Ini!

Maira

Maira

Terperangkap dalam game gacha (grind sampai habis bateri fon). Game rhythm dan JRPG memang berpisah tiada. Kadang-kadang melukis sambil layan stream VTuber.

Related Posts

Menangi ROG Ally X & Hadiah Eksklusif Lain, Dengan Bermain Monster Hunter Wilds Bersama ASUS ROG
Berita

Menangi ROG Ally X & Hadiah Eksklusif Lain, Dengan Bermain Monster Hunter Wilds Bersama ASUS ROG

June 6, 2025
Survival Kids Kini Dilancarkan, Eksklusif di Nintendo Switch 2
Berita

Survival Kids Kini Dilancarkan, Eksklusif di Nintendo Switch 2

June 6, 2025
Nantikan Acara Demon Slayer Experience Di Malaysia, Bermula 28 Jun Di Pavilion Bukit Jalil!
Anime

Nantikan Acara Demon Slayer Experience Di Malaysia, Bermula 28 Jun Di Pavilion Bukit Jalil!

June 6, 2025
Next Post
Ingin Lihat Persembahan ASCA × spira spica di Comic Fiesta 2023? Ikuti Langkah-langkah Ini!

Ingin Lihat Persembahan ASCA × spira spica di Comic Fiesta 2023? Ikuti Langkah-langkah Ini!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd