Dengan populariti Pokemon Trading Card Game (TCG) yang semakin menular di Malaysia, ada acara menarik yang bakal menemui pemain pada bulan depan! Diumumkan oleh Pokémon TCG Asia ENG, Shop Team Battle akan berlangsung di Malaysia pada 6 Januari 2024! Jom kita tengok info lanjut mengenainya.
Acara Shop Team Battle ini akan diadakan di Pavilion Bukit Jalil pada hari Sabtu, 6 Januari 2024. Kalau anda ingin sertainya, anda perlu pra-daftar dahulu. Anda boleh mula daftarkan diri bermula 7 Disember sehingga 22 Disember 2024 melalui PAUTAN INI.

Kalau acara ini mendapat sambutan hangat antara peminat, pemilihan loteri akan dijalankan untuk menentukan siapa yang layak untuk menyertainya.
Mereka yang berjaya menempah tempat untuk Shop Team Battle ini perlu mendaftarkan diri pada 6 Januari sebelum atau pada 10:30 pagi. Selepas waktu itu, barulah walk-in akan dibuka kepada pemain lain mengikut kekosongan. Untuk walk-in, anda perlu mempunyai akaun Trainer’s Website dan paparkan ID anda.

Struktur Acara Shop Team Battle
Battle untuk Pokemon TCG kali ini melibatkan pasukan daripada pelbagai kedai yang akan menentang antara satu sama lain. Berikut adalah struktur acara ini:
- Tubuhkan pasukan 3-5 pemain (minimum 3 ahli)
- Hantar penyertaan pasukan berdasarkan kedai Gym/Card, dengan menyatakan nama kedai pada borang permohonan
- 1 pemain hanya boleh sertai 1 pasukan sahaja
- 1 Shop boleh membina pelbagai pasukan dan menyerahkan penyertaan untuk mereka.
- Jika pasukan anda melebihi 4 pemain, pilih 3 peserta untuk setiap pusingan. (Format yang digunakan adalah BO3 serentak oleh 6 pemain).
- Setiap pemain dalam pasukan perlu bermain sekurang-kurangnya sekali.
Sebagai peringatan, kedai yang menghantar penyertaan mestilah saluran pengedaran Pokémon TCG rasmi.
Format acara
- Qualifier: Swiss Draw, 5 pusingan.
- Pasukan 4 teratas layak ke Top Cut.
- Top Cut: Single Elimination BO3 (6 pemain serentak), 2 pusingan. 55 minit setiap pusingan.
Ganjaran
Setiap pemain yang sertai Shop Team Battle akan menerima satu Present Pack yang mengandungi pelbagai hadiah menarik! Manakala pasukan Top Cut bakal menerima:
- Pasukan pemenang
- 1 trofi
- Sandal Sukan dengan logo Pokemon, saiz 26cm (untuk setiap ahli pasukan)
- Finalis dan tempat ke-4
- Setiap pasukan menerima 1 trofi

Jadi apa tunggu lagi Trainer semua, inilah masanya untuk anda buktikan latihan anda sekarang! Jangan lupa untuk daftarkan diri melalui PAUTAN INI. Untuk mendapatkan liputan lain mengenai Pokemon TCG daripada kami, boleh klik pautan ini.
@gamersantaimy
Discussion about this post