Semasa livestream Pokemon Presents, DLC untuk game Pokemon Scarlet & Violet untuk bahagian pertama “The Teal Mask” telah pun mendapat tarikh pelancarannya. Pemain yang sudah lama menantikan DLC ini bolehlah bermainnya bermula 13 September 2023! Bukan setakat itu sahaja, kita juga telah didedahkan dengan serba sedikit tentang Kitakami, kawasan yang anda akan terokai dalam DLC ini!
Dalam pengembaraan baharu ini, anda akan bertemu dengan watak-watak baharu yang bernama Carmine, Kieran dan Perrin. Kita juga telah didedahkan dengan rupa lain Applin yang dikenali sebagai Dipplin. terdapat juga minigame yang diperkenalkan, di mana anda akan menunggang Pokemon anda dan melalui gelung cincin di langit.

Selain itu, DLC untuk bahagian kedua Pokemon Scarlet & Violet “The Indigo Disk” juga mendedahkan beberapa maklumat baharu. Jika DLC pertama membawa anda ke Kitakami, DLC kedua pula membawa anda ke Blueberry Academy yang dikelilingi air. Kalau anda ingin tahu, sekolah untuk merupakan sekolah yang fokus terhadap perlawanan Pokemon. Anda akan berjumpa dengan sekumpulan pelajar yang dipanggil BB Club malah melihat rupa baharu Duraludon. Mesti anda tidak sabar, betul tidak? Malangnya tarikh untuk DLC kedua ini masih belum didedahkan dan dijadualkan untuk lancar pada hujung tahun ini.

Pokémon Scarlet dan Pokémon Violet telah dilancarkan pada 18 November 2022 di Nintendo Switch. Anda yang masih belum bermainnya, bolehlah cubanya sekarang. Anda juga boleh baca review kami bagi game Pokémon Scarlet and Violet di SINI. DLC juga tersedia untuk anda pra-tempah sekarang! Untuk segala liputan kami tentang Pokémon Scarlet dan Pokémon Violet, sila tekan pautan ini.
@gamersantaimy
Discussion about this post