Sudah berapa kali, Pokemon Master telah kemaskini video, serta cara permainan dan watak-watak dikenalkan serta mereka menyatakan permainan ini akan keluar musim panas ini, yang kami turut pernah mengongsikanya sebelum ini;
Perkongsian Sidang Media Pokémon 2019 , banyak benda yang dikongsikan!
Akhirnya, Pokemon Company telah mengesahkan pengeluaranya 29 Ogos ini dan kini pemain boleh pra-daftar Pokemon Master di Google Play Store dan iOS!
Terdapat beberapa video yang telah dikongsikan Pokemon semalam untuk memperkenalkan secara keseluruhan mengenai gambaran keseluruhan permainan, dan cara bermainya; jom lihat disini!
Gambaran Permainan;
Pengerakan
Perlawanan Pokemon
Penyegerakan Pasangan
Latihan Permainan ~ Part 1
Latihan Permainan ~ Part 2
Kesemua video ini menunjukan cara untuk membesarkan Pokemon didalam Pokemon Master dengan kuasa istimewa yang turut hadir bersama Evolution. Ada juga video yang menunjukan ciri unik permainan co-op, seperti keupayaan untuk beralih antara penyegerakan pasangan semasa pertempuran. Akhirnya, anda akan belajar bagaimana untuk membina pasukan yang sempurna berdasarkan kekuatan pasangan masing-masing dan peranan tertentu, serta cara menambah pasang penyegerakan baru kepada pasukan anda.
Dah bersedia menjadi pemain dan berlawan secara 3v3 di pulau Pasio dan jadilah Pokemon Master ! Pastikan anda ada keperluan spesifikasi ini untuk memuat turun nanti;
- Peranti mudah alih sekurang-kurangnya 2GB RAM.
- Android OS 7.0 atau lebih
- Android OS 5.0 keatas / 64 bit
- Besar dalam 700mb
Pra Pendaftaran di Google Play dan iOS sekarang untuk menjadi orang pertama bermain Pokemon Master nanti!
Sumber: Gamerbraves
@gamersantaimy
Discussion about this post