Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Pokémon Concierge – Projek Animasi Terbaru Pokémon Bersama Netflix!

Maira by Maira
February 27, 2023
in Animasi, Anime, Artikel, Berita, Movie/siri, Netflix
0 0
0
Pokémon Concierge – Projek Animasi Terbaru Pokémon Bersama Netflix!
Share on FacebookShare on Twitter

Semasa livestream Pokémon Present, The Pokémon Company mengumumkan projek animasi terbaru bersama Netflix! Bertajuk Pokémon Concierge, projek tersebut merupakan siri terbaru dengan gaya animasi stop motion yang akan berlaku dalam universe original Pokémon.

Pokémon Concierge

Pokémon Concierge akan membawa elemen-elemen daripada pelbagai projek seperti manga, anime dan juga game. Melihat daripada trailer, kita akan pergi bercuti bersama-sama di Pokémon Resort, di mana pelbagai Pokémon comel menanti. Berikut adalah sinopsis pendek siri:

Memperluaskan dunia Pokémon, cerita itu mengikuti Haru, seorang penjaga di ‘Pokémon Resort,’ dan interaksinya dengan Pokémon dan pemiliknya yang berkunjung sebagai tetamu.

Studio yang akan menghasilkan animasi stop motion ini ialah Dwarf Studios, yang pernah bekerja bersama Netflix sebelum ini. Studio ini juga yang menghasilkan Rilakkuma and Kaoru, jadi rasanya anda tidak perlu risau mengenai kualitinya nanti.

Buat sementara ini, masih tiada tarikh rasmi untuk tarikh tayangan siri animasi baharu ini, tetapi yang pasti kita boleh nantikan pengumuman lanjut mengenainya daripada Netflix.

Pokémon Concierge

Ini bukan siri pertama Pokémon dalam platform penstriman tersebut. Terdapat banyak siri-siri anime Pokémon yang anda boleh tonton antaranya, Pokémon Journeys, Pokémon The Series XY, Pokémon The Series Sun & Moon dan banyak lagi. Jadi kalau anda ingin menonton Pokémon Concierge apabila ia keluar nanti, bolehlah tekan butang “Remind Me” di halaman Netflix.

Untuk mendapatkan liputan lain mengenai Pokémon daripada kami, boleh klik pautan ini.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: netflixPokémon Concierge
Previous Post

HONOR umum smartphone baru – HONOR Magic5 & HONOR Magic Vs!

Next Post

Peringkat Akhir Pokémon Unite Asia Champions League Akan Berlangsung di Malaysia!

Maira

Maira

Terperangkap dalam game gacha (grind sampai habis bateri fon). Game rhythm dan JRPG memang berpisah tiada. Kadang-kadang melukis sambil layan stream VTuber.

Related Posts

Upin & Ipin Universe Dedahkan Gameplay Baharu, Game Akan Keluar 2025!
Berita

Upin & Ipin Universe Dedahkan Gameplay Baharu, Game Akan Keluar 2025!

June 8, 2025
No Straight Roads 2 – Game Ikonik Buatan Malaysia Kembali Dengan Sekuel Pada 2026!
Berita

No Straight Roads 2 – Game Ikonik Buatan Malaysia Kembali Dengan Sekuel Pada 2026!

June 8, 2025
Previu Sonic Racing: CrossWorlds – Lumba Kart, Tapi Customization Luas!
Preview

Previu Sonic Racing: CrossWorlds – Lumba Kart, Tapi Customization Luas!

June 8, 2025
Next Post
Peringkat Akhir Pokémon Unite Asia Champions League Akan Berlangsung di Malaysia!

Peringkat Akhir Pokémon Unite Asia Champions League Akan Berlangsung di Malaysia!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd