Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Pokemon Concierge Bakal Hadir ke Netflix pada Disember Ini! Jom Bersantai Bersama Pokemon Kegemaran!

Maira by Maira
November 15, 2023
in Animasi, Anime, Artikel, Berita, Movie/siri, Netflix
0 0
0
Pokemon Concierge Bakal Hadir ke Netflix pada Disember Ini! Jom Bersantai Bersama Pokemon Kegemaran!

Sumber: Netflix

Share on FacebookShare on Twitter

Diumumkan pada Februari yang lalu, siri animasi stop motion, Pokemon Concierge akan hadir ke Netflix tidak lama lagi! Melalui trailer baharu yang dikeluarkan oleh Netflix, Pokemon Concierge akan tersedia untuk tontonan pada 28 Disember 2023! Anda boleh tonton trailer tersebut di bawah.

Kalau anda ingin tahu, siri animasi ini akan membawa anda mengikuti kisah Haru, di mana dia akan bertanggungjawab dalam menjaga tetamu-tetamunya di Pokemon Resort. Sudah tentu tetamunya itu merupakan Pokemon itu sendiri. Bersama-sama temannya Psyduck, Haru akan berjumpa dengan pelbagai jenis Pokemon termasuklah Pikachu, Eevee, Dragonite dan Magikarp. Sambil dia cuba mencari jalan untuk membuatkan tetamu-tetamunya gembira, dia akhirnya menemui sisi baharu dirinya sendiri.

Sumber: Netflix

Projek animasi hasil kolaborasi Netflix dan The Pokemon Company ini dihasilkan oleh dwarf studios dengan empat episod kesemuanya, setiap satu dengan tayangan selama 14 sehingga 20 minit. Bukan setakat itu sahaja, lagu temanya “Have a Good Time Here” juga dinyanyi oleh penyanyi legenda Mariya Takeuchi, yang terkenal dengan lagu popnya pada 1980 di Jepun.

Sumber: Netflix

Ini bukan siri pertama Pokemon dalam platform penstriman tersebut. Terdapat banyak siri-siri anime Pokemon yang anda boleh tonton antaranya, Pokemon Journeys, Pokemon The Series XY, Pokemon The Series Sun & Moon dan banyak lagi. Jadi kalau anda ingin menonton Pokemon Concierge apabila ia keluar nanti, bolehlah tekan butang “Remind Me” di halaman Netflix.

Untuk mendapatkan liputan lain mengenai Pokemon daripada kami, boleh klik pautan ini.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: netflixpokemonPokemon Concierge
ShareTweetSend
Previous Post

The Seven Deadly Sins: Origin – Dunia Lama & Moden Bergabung Dalam Gameplay Baru!

Next Post

Sand Land Bakal Dapat Siri Anime! Akan Ditayangkan Melalui Disney+ pada 2024!

Maira

Maira

Terperangkap dalam game gacha (grind sampai habis bateri fon). Game rhythm dan JRPG memang berpisah tiada. Kadang-kadang melukis sambil layan stream VTuber.

Related Posts

Reviu Elden Ring Nightreign – Kemenangan Itu Masih Indah Walau Banyak Menderita
Review

Reviu Elden Ring Nightreign – Kemenangan Itu Masih Indah Walau Banyak Menderita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Metal Gear Solid Δ: Snake Eater – Gameplay Baru Fokus Kepada Cobra Unit & Mini Game
Berita

Metal Gear Solid Δ: Snake Eater – Gameplay Baru Fokus Kepada Cobra Unit & Mini Game

June 5, 2025
Next Post
Sand Land Bakal Dapat Siri Anime! Akan Ditayangkan Melalui Disney+ pada 2024!

Sand Land Bakal Dapat Siri Anime! Akan Ditayangkan Melalui Disney+ pada 2024!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Anime ‘Takopi’s Original Sin’ Bakal Ditayangkan 28 Jun 2025
Anime

Anime ‘Takopi’s Original Sin’ Bakal Ditayangkan 28 Jun 2025

May 26, 2025
Crunchyroll Anime Awards 2025: Solo Leveling Dominasi Sebagai Anime Of The Year
Anime

Crunchyroll Anime Awards 2025: Solo Leveling Dominasi Sebagai Anime Of The Year

May 26, 2025
Filem Animasi ‘KPop Demon Hunters’ Bakal Tayang di Netflix Mulai 20 Jun
Animasi

Filem Animasi ‘KPop Demon Hunters’ Bakal Tayang di Netflix Mulai 20 Jun

May 23, 2025
Reviu Ejen Ali The Movie 2 – Dari M.A.T.A ke Hati Penonton! (TANPA SPOILER)
Review

Reviu Ejen Ali The Movie 2 – Dari M.A.T.A ke Hati Penonton! (TANPA SPOILER)

  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd