Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Pokémon Champions – Game Fokus “Battle” Untuk Switch & Mobile

Razin Syafiq by Razin Syafiq
February 27, 2025
in Android, Artikel, Berita, iOS, Mobile, Nintendo Switch, Turn-Based
0 0
0
Pokémon Champions – Game Fokus “Battle” Untuk Switch & Mobile
Share on FacebookShare on Twitter

The Pokémon Company bersama pembangun The Pokémon Works secara rasmi mengumumkan Pokémon Champions, sebuah game berfokus kepada pertarungan yang akan dilancarkan di Nintendo Switch, iOS, dan Android dengan sokongan cross-platform.

Walaupun tarikh pelancaran masih belum didedahkan, permainan ini dijangka menjadi tambahan menarik bagi peminat Pokémon.

Pokémon Champions menampilkan pertempuran 3D berasaskan giliran yang mengingatkan kita kepada Pokémon Stadium, membawa pengalaman pertempuran kompetitif ke platform baharu.

Dibangunkan oleh Game Freak dengan kerjasama The Pokémon Works, game ini bertujuan untuk memberikan pengalaman pertempuran yang lebih mantap, lengkap dengan elemen klasik seperti jenis Pokémon, Abiliti, dan Move.

Kredit: The Pokémon Company

Salah satu ciri utama Pokémon Champions adalah keserasian dengan Pokémon HOME, yang membolehkan pemain memindahkan dan menggunakan Pokemon mereka daripada aplikasi penyimpanan dalam pertempuran.

Buat pertama kali, pemain boleh menikmati pertempuran turn-based yang lebih immersive dengan Pokémon kegemaran mereka! Hanya ambil sahaja daripada storan HOME, lalu bawanya ke dalam pertarungan. Ini menambah elemen interaktif yang lebih asyik bagi konsol dan telefon pintar.

Kredit: The Pokémon Company

Walaupun Pokémon Champions memberi tumpuan utama kepada pertarungan, ia berkemungkinan tidak akan menyertakan elemen RPG sepenuhnya seperti dalam siri utama.

Namun, trailer pertama telah mendedahkan beberapa hal menarik, termasuk pertarungan antara Mega Evolutions dan Tera Pokémon—kombinasi unik yang belum pernah diperkenalkan dalam francais sebelum ini.

Kredit: The Pokémon Company

Nantikan maklumat lanjut menjelang pelancarannya!

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: Pokémon Champions
ShareTweetSend
Previous Post

Eksklusif: Visi Kreatif Two Point Museum – Sesi Interviu Bersama Design Director & Senior Producer

Next Post

Monster Hunter Wilds – Panduan Lokasi “Camp” Paling Selamat & Berguna!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Upin & Ipin Universe Dedahkan Gameplay Baharu, Game Akan Keluar 2025!
Berita

Upin & Ipin Universe Dedahkan Gameplay Baharu, Game Akan Keluar 2025!

June 8, 2025
No Straight Roads 2 – Game Ikonik Buatan Malaysia Kembali Dengan Sekuel Pada 2026!
Berita

No Straight Roads 2 – Game Ikonik Buatan Malaysia Kembali Dengan Sekuel Pada 2026!

June 8, 2025
Previu Sonic Racing: CrossWorlds – Lumba Kart, Tapi Customization Luas!
Preview

Previu Sonic Racing: CrossWorlds – Lumba Kart, Tapi Customization Luas!

June 8, 2025
Next Post
Monster Hunter Wilds – Panduan Lokasi “Camp” Paling Selamat & Berguna!

Monster Hunter Wilds - Panduan Lokasi "Camp" Paling Selamat & Berguna!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd