Hari ini, POCO telah memperkenalkan dua smartphone baharu untuk di pasaran – POCO X5 Pro 5G untuk pelengkap kerja harian bersama tambahan teknologi fotografi profesional dan POCO X5 5G untuk pasaran “smartphone gaming mid-range”.
Kedua-duanya datang dengan pelbagai fungsi baharu dan menarik untuk penggemar teknologi; khususnya, ciri terhandal X5 Pro 5G adalah fungsi kamera yang dinaik taraf, pemprosesan lebih laju dan paparan luar biasa manakala X5 5G ialah smartphone yang lengkap dengan skrin hebat, prestasi solid dan bateri tahan lama – untuk menetapkan benchmark baharu bagi smartphone jenis midrange.

Berikut adalah rumusan padat bagi kedua-dua produk terbaharu POCO.
POCO X5 Pro 5G

Sebagai smartphone pertama untuk siri POCO X, X5 Pro 5G menampilkan skrin 6.67″ Flow AMOLED. Paparan fleksibel ini membuatkan X5 Pro 5G lebih ringan, dan bersama kenipisan hanya 7.9mm, ini adalah peranti siri X paling nipis pernah ada.
Sama ada untuk membuat content, menonton media, menatal sosial media, atau gaming, refresh rate 120Hz menyampaikan visual terang, berwarna-warni, dan lancar pada imej. Foto dan video juga nampak lebih mengasyikkan dengan 100% DCI-P3 dan kedalaman warna 10 bit, serta Dolby Vision untuk pengalaman tontonan baik.

X5 Pro 5G turut mempunyai teknologi ‘1920Hz PWM dimming’ untuk melindungi penglihatan apabila membaca dan mencipta ‘content’ dalam cahaya malap. Berkuasakan cipset Snapdragon® 778G 5G (TSMC 6nm) yang mencatatkan skor AnTuTu sebanyak 545,093, peranti ini menawarkan keseimbangan antara kecekapan kuasa dan prestasi tinggi untuk pemprosesan pantas dalam aspek kamera.
Menurut POCO, kelajuan telah dikemas kini bagi prestasi kamera: untuk setup (41%), fotografi (69%), dan mode malam (38%). Pada masa yang sama, “image signal processor” (ISP) dapat mencapai dua gigapiksel sesaat, dan cipset menjadikan kamera lebih pintar dengan prestasi AI sehingga 12 TOPS.
Sensor flagship 108MP memberi fotografi peringkat profesional dengan imej resolusi ultra tinggi dan butiran dan warna terperinci walaupun di kawasan gelap. X5 Pro 5G juga menyokong rakaman video 4K dan termasuk pelbagai mode yang menjadikan penciptaan vlog lebih menarik.
X5 Pro 5G menyokong lebih daripada 5.5 jam rakaman 4K dengan bateri 5000mAh; satu kelebihan bagus untuk para content creator yang sentiasa on-the-go. Dengan pengecasan turbo 67W, bateri akan dicas dengan cepat sehingga 30% dalam tempoh hanya 7 minit.
POCO X5 5G

POCO X5 5G mempunyai semua yang diperlukan untuk melalui hari bekerja, belajar atau hiburan. Walaupun mengambil beratus-ratus foto, gaming selama berjam-jam, atau menonton video resolusi tinggi, ia sepatutnya dapat menyampaikan prestasi lancar sepanjang digunakan.
Sangat ringan dengan AMOLED DotDisplay 6.67” dan berat 189g sahaja, para gamer pasti akan suka refresh rate 120Hz dan nisbah kontras 4,500,000:1 yang menjamin pengalaman gaming lancar. Dengan gamut warna DCI-P3 luas, imej pun nampak lebih hidup.

POCO 5X 5G dilengkapi dengan cipset Snapdragon® 695 yang memberikan pengalaman gaming tinggi. Peranti juga menawarkan kombinasi RAM dan ROM yang hebat untuk memastikan kandungan lancar, dengan pilihan RAM sehingga 8GB dan ROM sehingga 256GB.
Apabila urusan multitasking bertukar daripada satu aplikasi ke aplikasi lain, Dynamic RAM Expansion Technology 3.0 menyokong lebih banyak aplikasi yang berjalan di latar belakang.
Sama ada beralih daripada tugasan kerja kepada gaming atau menonton filem, bateri 5000mAh milik X5 5G yang tahan lama pasti membantu. Berkat teknologi pengecasan pantas; anda boleh menonton YouTube selama 21 jam menurut kajian POCO. Pengecas pantas 33W POCO juga mengecas bateri kosong kepada cas 100% dalam kira-kira 68 minit.
Harga dan ketersediaan

Mulai 9 Februari, POCO X5 Pro 5G akan tersedia untuk beli dalam dua varian:
- 6GB+128GB (RM 1,299)
- 8GB+256GB (RM 1,499)
- Tiga pilihan warna: Black, Blue, dan Yellow
POCO X5 Pro 5G boleh dibeli secara eksklusif di kedai POCO Official di Lazada.
Harga early bird tersedia untuk mereka yang membeli pada harga RM 1,199 (6GB+128GB) dan RM 1,399 (8GB+256GB), sementara stok masih ada.

POCO X5 5G juga akan tersedia untuk beli dalam dua varian:
- 6GB+128GB (RM 1,099)
- 8GB+256GB (RM 1,199)
- Tiga pilihan warna: Green, Blue, dan Black
POCO X5 5G boleh dibeli secara eksklusif di kedai POCO Official di Shopee.
Harga early bird akan tersedia untuk mereka yang membeli pada harga RM 999 (6GB+128GB) dan RM 1,099 (8GB+256GB), sementara stok masih ada.
Untuk membaca segala liputan kami tentang produk POCO, sila tekan pautan ini.
@gamersantaimy
Discussion about this post