Baru-baru ini, POCO telah melancarkan POCO M7 Pro 5G baharu! Ditetapkan untuk menjadi peranti 5G paling berkuasa dalam kelasnya, POCO M7 Pro 5G menggabungkan pengalaman hiburan luar biasa dengan nilai yang tiada tandingan.
POCO M7 Pro kini boleh didapati di Malaysia dan ditawarkan dalam tiga warna – Green, Silver, dan Purple – dengan dua varian storan: 8GB+256GB dan 12GB+256GB. POCO M7 Pro boleh dibeli secara dalam talian di mi.com serta di kedai rasmi POCO di Shopee dan Lazada.

POCO turut memperkenalkan promosi awal eksklusif yang berlangsung dari sekarang hingga 17 April 2025. Dalam tempoh ini, pembeli boleh mendapatkan POCO M7 Pro 5G pada harga yang jauh lebih rendah:
- Varian 8GB + 256GB: Harga Biasa RM 999 | Harga Promosi Awal RM 799
- Varian 12GB + 256GB: Harga Biasa RM 1,099 | Harga Promosi Awal RM 899
Apa yang istimewa sangat?

POCO M7 Pro 5G, dikuasakan oleh pemproses Dimensity 7025-Ultra, mencatat skor 477,003 pada AnTuTu, menjadikannya peranti terunggul dalam kelasnya dengan pengalaman gaming 5G yang lancar.
Ia dilengkapi sehingga 12GB RAM LPDDR4X, boleh diluaskan sebanyak 12GB melalui Memory Extension, dan storan UFS 2.2 256GB untuk masa loading yang pantas.
Bateri 5110mAh dengan pengecasan turbo 45W tahan sepanjang hari, mengekalkan kecekapan melebihi 80% selepas 1600 kitaran, disahkan oleh TÜV Rheinland. Pengurusan bateri pintar, ramalan penuaan, dan teknologi pembaikan meningkatkan lagi jangka hayat.

Paparan AMOLED 6.67″ menawarkan resolusi 2400×1080, kecerahan puncak 2100 nits (tercerah dalam siri POCO M), refresh rate 120Hz, dan touch sampling 2160Hz untuk visual yang tajam dan responsif.
Dengan nisbah skrin-ke-badan 92% dan bingkai nipis, ia cemerlang di luar rumah serta dilengkapi pensijilan penjagaan mata TÜV Rheinland dan SGS. Pembesar suara berganda dengan Dolby Atmos, Audio Hi-Res, dan Volume Boost 300% memastikan bunyi yang bagus.

Kamera belakang 50MP dengan sensor Sony IMX882, apertur f/1.5, OIS, EIS, dan Zum Dalam-Sensor 2X menghasilkan tangkapan tajam dan stabil, diperkaya dengan Zoom AI dan POCO Imaging Engine.
Mod Malam Ultra-Sense Domain RAW, AI Bokeh, AI Erase, dan AI Sky menambah ciri serba boleh. Kamera hadapan 20MP dengan sokongan sudut lebar AI menyesuaikan secara automatik.

Dengan ketebalan 75.7mm dan berat 190g, POCO M7 Pro 5G bertaraf IP64 menggabungkan ketahanan dan gaya, dengan reka bentuk bertekstur batu yang melengkung. Ia turut menyertakan aplikasi Google Gemini untuk bantuan AI dalam penulisan, sumbang saran, dan pembelajaran.
@gamersantaimy
Discussion about this post