Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

POCO F7 Kini Di Malaysia, Harga Early Bird Bermula RM 1,599!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
June 25, 2025
in Artikel, Berita, Promosi, Smartphone, Teknologi
0 0
0
POCO F7 Kini Di Malaysia, Harga Early Bird Bermula RM 1,599!
Share on FacebookShare on Twitter

POCO secara rasmi memperkenalkan POCO F7, sebuah telefon pintar flagship yang menggabungkan prestasi hebat, rekaan moden dan sistem kamera canggih untuk mendefinisikan semula standard dalam kategorinya.

Kini tersedia di Malaysia, model ini direka khusus buat peminat teknologi dan gamer yang mahukan pengalaman terbaik.

POCO F7 boleh dibeli melalui mi.com serta kedai rasmi POCO di Shopee dan Lazada, hadir dalam tiga pilihan warna menarik: Black, White, dan Silver. Terdapat dua pilihan storan yang ditawarkan:

  • 12GB RAM + 256GB: Harga asal RM1,799, kini hanya RM1,599 sempena promosi early bird.
  • 12GB RAM + 512GB: Harga asal RM1,999, ditawarkan pada RM1,699 secara eksklusif di mi.com, Shopee, dan Lazada.

Promosi ini berlangsung sehingga 9 Julai, memberi peluang kepada pembeli untuk mendapatkan peranti berkuasa tinggi ini dengan harga diskaun.

POCO F7 dikuasakan oleh cip Snapdragon 8s Gen 4 Mobile Platform yang menggunakan seni bina semua teras besar, menawarkan kelajuan dan kecekapan luar biasa. Dengan skor AnTuTu sebanyak 2,084,535, ia memperlihatkan peningkatan prestasi sehingga 30% berbanding model sebelumnya.

Bagi memastikan prestasi kekal konsisten walaupun digunakan dalam jangka masa panjang atau untuk tugas berat, POCO melengkapkan F7 dengan sistem penyejukan termaju—3D Dual-Channel IceLoop System berkeluasan 6000mm² yang turut menampilkan Loop Heat Pipe terbesar dalam mana-mana peranti POCO.

Digandingkan dengan bateri 6500mAh (terbesar dalam Siri F) dan pengecasan pantas 90W HyperCharge, peranti ini mampu mencapai 80% cas dalam hanya 30 minit. Ia juga menyokong pengecasan berbalik 22.5W, serasi dengan telefon pintar Xiaomi dan jenama utama lain.

Menggunakan sistem operasi Xiaomi HyperOS 2, POCO F7 menawarkan pengalaman perisian yang lancar dan responsif. Gamer pula akan menghargai teknologi WildBoost Optimization 4.0 yang menyokong resolusi 1.5K dan sehingga 120FPS untuk game seperti Genshin Impact.

Cip penala isyarat Surge T1s turut meningkatkan kestabilan sambungan Wi-Fi, Bluetooth, dan rangkaian mudah alih.

Skrin ini juga mengutamakan keselesaan mata, disahkan oleh TÜV Rheinland untuk tahap cahaya biru yang rendah, bebas kelipan, serta teknologi mesra sirkadian.

Ciri tambahan seperti peredupan PWM 3840Hz, Wet Touch Display 2.0, dan kadar sentuhan segera 2560Hz memastikan skrin kekal responsif walaupun jari dalam keadaan basah atau ketika sesi gaming pantas.

Menampilkan inspirasi daripada dunia kelajuan, POCO F7 hadir dengan reka bentuk baharu yang bergaya dan moden. Ia menggunakan bingkai aloi aluminium CNC dengan panel belakang kaca, memberikan sentuhan premium.

Skrin yang merangkumi 94.23% bahagian depan memberikan pengalaman visual lebih imersif, manakala rekaan lengkung ergonomik menawarkan genggaman yang selesa. Elemen seperti hiasan kamera bergaya neon dan garis berwarna emas menambah daya tarikan reka bentuk keseluruhan.

POCO F7 juga dibina tahan lasak dengan penarafan kalis air dan debu IP68 serta struktur yang mampu menahan tekanan lenturan sehingga 70kg.

Dari segi fotografi, POCO F7 menggunakan sensor utama Sony IMX882 50MP dengan penstabilan imej optikal (OIS) untuk hasil gambar yang tajam dalam pelbagai pencahayaan.

Ciri seperti UltraSnap dan Live Photo menambah dinamisme dan kepantasan kepada sesi penggambaran, manakala pelbagai panjang fokus (26mm, 35mm, 52mm) membolehkan potret profesional dengan kesan bokeh yang lembut dan semula jadi.

Fungsi AI Beautify terbaharu juga menyempurnakan warna kulit, ketajaman, dan kontras dengan lebih realistik, tanpa menjejaskan butiran wajah. Antara muka kamera turut direka semula agar lebih mudah digunakan, memberikan pengalaman rakaman yang lebih intuitif dan bijak.

Untuk maklumat lanjut, layari SINI.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: POCO F7
ShareTweetSend
Previous Post

Little Nightmares III Rasmi Keluar 10 Oktober, Bersama Enhanced Edition Untuk Game Pertama

Next Post

NTE Umum Closed Beta Test Baru pada 3 Julai, Gameplay Ala GTA Turut Diperkenalkan

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Reviu Mobile Suit Gundam SEED Battle Destiny Remastered – Cukup Menghargai Nostalgia, Tapi Bukan Untuk Semua
Review

Reviu Mobile Suit Gundam SEED Battle Destiny Remastered – Cukup Menghargai Nostalgia, Tapi Bukan Untuk Semua

Racing Master Season 3 Bermula – Koenigsegg Agera RS ’15 dan Pelbagai Ciri Baharu Kini Tersedia!
Berita

Racing Master Season 3 Bermula – Koenigsegg Agera RS ’15 dan Pelbagai Ciri Baharu Kini Tersedia!

June 25, 2025
Filem Live Action “Wind Breaker” Umum Barisan Pelakon Utama!
Filem

Filem Live Action “Wind Breaker” Umum Barisan Pelakon Utama!

June 25, 2025
Next Post
NTE Umum Closed Beta Test Baru pada 3 Julai, Gameplay Ala GTA Turut Diperkenalkan

NTE Umum Closed Beta Test Baru pada 3 Julai, Gameplay Ala GTA Turut Diperkenalkan

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Filem Animasi Death Stranding Akan Fokus Kisah Original, Tiada Dalam Game!
Animasi

Filem Animasi Death Stranding Akan Fokus Kisah Original, Tiada Dalam Game!

June 19, 2025
Gundam Base Pop-Up World Tour Bakal Gegar Kuala Lumpur Mulai 4 Julai!
Acara

Gundam Base Pop-Up World Tour Bakal Gegar Kuala Lumpur Mulai 4 Julai!

June 18, 2025
Delicious in Dungeon Exhibition Bakal Menyapa Peminat di Malaysia!
Anime

Delicious in Dungeon Exhibition Bakal Menyapa Peminat di Malaysia!

June 17, 2025
Pop-Up Store Eksklusif DAN DA DAN Serbu Malaysia dengan Sentuhan Supernatural!
Anime

Pop-Up Store Eksklusif DAN DA DAN Serbu Malaysia dengan Sentuhan Supernatural!

June 17, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd