Ingat lagi tak POCO Buds yang diumumkan di China beberapa bulan yang lalu? Ini berita baik untuk Traveller Malaysia! POCO Buds Genshin Impact Klee Edition yang sama akan tersedia di Malaysia tidak lama lagi. POCO Buds ini direka khas untuk peminat Genshin Impact. Dari saat earphone ini dihidupkan, peminat akan mendengar notifikasi suara daripada watak ikonik, Klee. Ia juga tersedia bersama-sama casing yang diilhamkan daripada beg galas Klee. Maka, pakailah earphone ini dan mula teroka bandar Teyvat! Untuk pengetahuan anda, suara Klee akan tersedia dalam bahasa Inggeris.

Sebagai salah satu peroduk AloT pertama POCO, POCO Buds Pro Genshin Impact Edition menggunakan AI untuk melaraskan tetapan noise cancellation secara automatik berdasarkan tahap bunyi sekeliling dan rutin harian pengguna. Sama ada untuk menikmati muzik, berlepak bersama rakan atau mesyuarat yang sibuk, POCO Buds Pro Genshin Impact Edition memberikan kualiti bunyi terbaik dan mod ANC yang paling sesuai untuk pengguna. Semasa panggilan, setiap earphone boleh memberikan audio yang jelas walaupun dalam persekitaran yang paling bising dengan algoritma AI lanjutan.

Untuk prestasi audio yang lebih hardcore, setiap bunyi yang disampaikan telah diubah suai dan disempurnakan oleh profesional audio untuk mencipta pengalaman yang dinamik. Segala-galanya daripada buku audio kepada opera rock dipersembahkan dengan bunyi yang tajam dan jelas. Pemacu dinamik komposit 9mm menjamin bahawa pengguna mendapat akses kepada kedua-dua pemprosesan bunyi pada tahap paling profesional, dan bunyi yang paling tulen dan terperinci. Ia juga akan jeda audio jika dikeluarkan. Peranti ini juga kalis air IPX4, menghalang kerosakan akibat hujan, peluh dan percikan.

POCO Buds Pro Genshin Impact Edition dibuat untuk mencipta pengalaman mendengar tanpa gangguan. Casing pengecas boleh bertahan sehingga 28 jam, dan bud boleh dicas dalam masa 10 minit. Casing itu juga boleh dicas tanpa wayar begitu juga dengan earbud-nya dalam masa kira-kira sejam. Earbud juga boleh disambung ke dua peranti, membolehkan pengguna beralih antara sumber dengan lancar. Ini bermakna bertukar antara telefon pintar dan komputer riba untuk menyertai mesyuarat sangatlah mudah.
POCO Buds ini akan tersedia pada tanda harga RM 299 tetapi anda boleh mendapatkannya dengan harga yang lebih rendah semasa pelancaran iaitu RM 259. Anda boleh mendapatkannya di kedai rasmi POCO di Shopee dan Lazada.
Untuk mendapatkan liputan lain mengenai Genshin Impact daripada kami, sila klik pautan ini.
@gamersantaimy
Discussion about this post