Habis sahaja kejohanan Sukan SEA Hanoi, sekarang kita beralih pula ke PMPL SEA Championship Spring 2022! Untuk merebut gelaran juara, sebanyak 16 pasukan dari seluruh Asia Tenggara akan bersaing sesama sendiri di acara offline/luar talian berikut. Bukan itu sahaja berita menarik kerana PMPL SEA Championship Spring 2022 sah akan diadakan di Pavilion Bukit Jalil Exhibition Centre bermula 10 hingga 12 Jun 2022.
Malangnya, sesiapa yang ingin menonton secara berdepan mungkin akan sedih kerana tiket sudah pun dijual habis. Berikut adalah pernyataan rasmi daripada PUBG MOBILE Esports Malaysia:
Tiket ke 2022 PMPL SEA Championship dijual habis dalam beberapa minit lepas pembukaan jualan!!
Kami ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua peminat yang menyokong kami selama ini.
Walau bagaimanapun, kami ingin menasihatkan peminat dengan tegas supaya berhati-hati dengan scalper dan penjual semula tiket. Identiti atas tiket akan disemak bila anda check-in.

Bakal bersaing untuk prizepool sebanyak $150,000 (anggaran RM655,650.00), ini adalah senarai lengkap bagi pasukan yang bakal bertanding:
- Malaysia
- Team Secret
- Yoodo Alliance x 4 Rivals
- Dingoz Esports
- Farang Lejund
- Thailand
- Vampire Esports
- Bacon Time
- TEM Entertainment
- HAIL Esports TH
- The Infinity
- Vietnam
- Box Gaming
- D’Xavier
- BN United
- Eagle Esports
- Indonesia
- ION Esports
- EVOS Reborn
- RRQ RYU

Bagi sesiapa yang tidak sempat membeli tiket, kejohanan PMPL SEA Spring 2022 boleh ditonton secara langsung melalui halaman media sosial rasmi PUBG Mobile Malaysia

Kali terakhir Malaysia menjadi tuan rumah bagi acara PUBG Mobile yang besar adalah pada tahun 2019 di Kuala Lumpur untuk kejohanan PMCO 2019 Fall Split Global Finals. Untuk kejohanan itu pasukan Bigetron Red Aliens dari Indonesia telah muncul sebagai juara. Siapakah akan menjadi juara untuk PMPL SEA Championship Spring tahun ini? Mari kita lihat nanti.
Untuk segala liputan kami tentang PUBG Mobile, korang boleh tekan di sini.

@gamersantaimy
Discussion about this post