Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

PMCO FALL SPLIT GLOBAL FINAL 2019 akan diadakan di Kuala Lumpur MALAYSIA November ini!

Kolam hadiah sebanyak USD $2.5 Juta bakal direbut pasukan-pasukan terhebat PUBG Mobile!

Nyny.A by Nyny.A
September 27, 2019
in Acara, Artikel, Berita, Mobile
0 0
0
PMCO FALL SPLIT GLOBAL FINAL 2019 akan diadakan di Kuala Lumpur MALAYSIA November ini!
Share on FacebookShare on Twitter

Seperti yang anda semua tahu PUBG Mobile Club Open Fall Split SEA 2019 (PMCO) kini sedang berlansung dan terdapat 5 pasukan wakil Malaysia yang bertarung untuk mendapatkan tempat ke acara PMCO Fall Split 2019 Global Finals! Siapa sangka, kali ini acara besar ini akan berlansung di Malaysia!! Iya! Pusingan AKHIR GLOBAL akan berlansung di PWTC, Kuala Lumpur Malaysia dimana 16 pasukan akan merebut kemenangan dan merebut kolam hadiah sehingga USD $2.5 Juta (anggaran RM 105 Juta!)

Peringkat pemilihan bedasarkan kumpulan telah pun bermula sejak minggu lalu untuk SEA dan kawasan lain 24- 29 September. 32 pasukan yang layak dari rantau terpilih di seluruh dunia akan berpeluang dalam peringkat kumpulan kejohanan untuk menentukan siapa yang akan pergi ke tahap seterusnya!

Bukan itu sahaja, Vivo masih lagi menjadi penaja utama untuk PMCO 2019!! Telefon pintar berkuasa akan disediakan untuk pemain yang bersaing untuk memberi kuasa kepada penaklukan mereka! Telefon pintar yang pantas dan berkuasa Vivo membolehkan pengalaman permainan yang lancar, yang disukai oleh pengguna teknologi pintar di seluruh dunia.

Separuh akhir bagi PMCO 2019 Fall Split akan bermula 24 Oktober! 24 pasukan daripada Peringkat Kumpulan akan bertanding merentasi peringkat serantau di Asia Tenggara, India, Timur Tengah / Afrika Utara, Eropah, Amerika Selatan, Amerika Utara dan Wildcard sepanjang pertengahan Oktober hingga awal November.

Sumber: Pubgmobile

Manakala untuk PMCO Fall Spilt Global Finals 2019 pusingan Preliminaries akan bermula dari 23 November hingga 25 November dan Pusingan Global akhir akan bermula dari 29 November hingga 1 Disember. Dan iya ianya akan berlansung di tanah air kita iaitu di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) Kuala Lumpur, Malaysia untuk menonton 16 pasukan terakhir bersaing secara langsung! Tiket akan disediakan dalam talian lewat Oktober.

Siapa sangka PUBG Mobile mengadakan PMCO untuk melahirkan lebih ramai pemain esports professional? Jadi agak anda semua siapa pula akan menjadi juara kali ini untuk Global Final dan menang seperti TOP esports yang menjuarai di PMCO Spring Split Global Final yang lalu! Jangan lupa untuk teruskan saksi pasukan Malaysia kita bertanding di Shanghai melalui siaran lansung di  Facebook dan Youtube rasmi PUBG Mobile!

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: PMCO Fall SplitPMCO Fall Split 2019PMCO Fall Split 2019 GLOBAL FINALPMCO Global Final 2019pubg mobile
Previous Post

Berita Remaster untuk Grand Theft Auto 3 akan hadir tidak lama lagi!?

Next Post

Kamen Rider Zi-O: Over Quartzer nampaknya akan ditayangkan di TGV Cinemas Malaysia 19 Oktober ini!!!

Nyny.A

Nyny.A

Bekas pelajar Multimedia Creative. Lebih Independent. Layan game FPS sampai lebam. Open world pun kalau kena jalan cerita kita on je. Manga Anime untuk luang masa. Geng streamer dan esports, Interview developer, pemain esports, Influencer, lagi2 support lokal! Memang hantu gaming dah lama dari zaman CC dulu. Jangan lupa ikuti laman sosial untuk hubungi saya.

Related Posts

RGG Studio Memperkenalkan Semula Stranger Than Heaven, Dahulu Dikenali Sebagai Project Century
Berita

RGG Studio Memperkenalkan Semula Stranger Than Heaven, Dahulu Dikenali Sebagai Project Century

June 7, 2025
Onimusha: Way of the Sword Tampilkan Musuh Dalam Game & Aksi Combat Epik
Berita

Onimusha: Way of the Sword Tampilkan Musuh Dalam Game & Aksi Combat Epik

June 7, 2025
Mundfish Umum Atomic Heart II – Bakal Lancar Pada 2026 Untuk Konsol & PC
Berita

Mundfish Umum Atomic Heart II – Bakal Lancar Pada 2026 Untuk Konsol & PC

June 7, 2025
Next Post
Kamen Rider Zi-O: Over Quartzer nampaknya akan ditayangkan di TGV Cinemas Malaysia 19 Oktober ini!!!

Kamen Rider Zi-O: Over Quartzer nampaknya akan ditayangkan di TGV Cinemas Malaysia 19 Oktober ini!!!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd