Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Plot Silent Hill: The Short Message Telah Bocor, Game Masih Belum Diumumkan!

Maira by Maira
November 8, 2023
in Artikel, Berita, Game, Genre, Seram
0 0
0
Plot Silent Hill: The Short Message Telah Bocor, Game Masih Belum Diumumkan!

Sumber: Konami

Share on FacebookShare on Twitter

Nampaknya ada satu lagi game Silent Hill yang masih belum diumumkan oleh Konami tetapi maklumat mengenainya telah dibocorkan. Melalui dokumen oleh Australian Classification Board (ACB), terdapat maklumat baharu mengenai game Silent Hill yang bertajuk “Silent Hill: The Short Message”.

Sumber: Silent Hill Fandom

Menurut dokumen tersebut, Silent Hill: The Short Message merupakan sebuah game psikologikal seram di mana pemain akan mengawal watak dalam sebuah apartment yang dipanggil The Villa, yang terletak di Jerman moden.

Watak yang akan dikawal pemain adalah seorang wanita muda bernama Anita, yang akan meneroka The Villa melalui gameplay first-play untuk mengumpul petunjuk dan membongkar perkara yang berlaku kepada kawannya. Dalam dokumen itu juga ada menambah bahawa ada kawasan bilik air yang penuh dengan darah akan diterokai Anita. Terdapat juga beberapa adegan yang berpusat kepada bunuh diri dan mencederakan diri sendiri.

Banyak juga spoiler plot yang didedahkan dalam dokumen ACB itu. Ramai juga peminat yang mengatakan bahawa ia hampir sama seperti PT, game siri yang telah dibatalkan dahulu. Yang menariknya, Silent Hill: The Short Message telah pun dibocorkan sejak tahun lalu oleh Taiwan Digital Game Rating Committee. Ia dijangka lancar untuk PlayStation 5 tanpa sebarang tarikh yang dijadualkan.

Sumber: Gematsu

Walaupun sudah banyak perkara yang dibocorkan mengenai game ini, Konami masih lagi tidak mendedahkan apa-apa mengenainya. Memandangkan estetika game itu kelihatan hampir sama seperti Silent Hill f, ada juga yang mengatakan game ini mungkin dilancarkan sebelum entri baharu francais. Tetapi ada kemungkinan juga ia dibatalkan. Harap-harap perkara seperti itu tidaklah terjadi.

Ada tiga lagi projek Silent Hill yang masih belum dilancarkan oleh Konami iaitu Silent Hill 2 Remake, Silent Hill: Townfall dan Silent Hill f. Agaknya bilalah tarikh game tersebut akan didedahkan nanti?

Untuk mendapatkan berita lanjut mengenai Silent Hill daripada kami, boleh klik pautan ini.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: konamisilent hillSilent Hill: The Short Message
ShareTweetSend
Previous Post

Mampu ke PC Anda Bermain Zenless Zone Zero? – Spec Untuk PC & Mobile!

Next Post

Persona 5 Tactica – Info Lengkap DLC “Repaint Your Heart Challenge Pack”!

Maira

Maira

Terperangkap dalam game gacha (grind sampai habis bateri fon). Game rhythm dan JRPG memang berpisah tiada. Kadang-kadang melukis sambil layan stream VTuber.

Related Posts

RGG Studio Memperkenalkan Semula Stranger Than Heaven, Dahulu Dikenali Sebagai Project Century
Berita

RGG Studio Memperkenalkan Semula Stranger Than Heaven, Dahulu Dikenali Sebagai Project Century

June 7, 2025
Onimusha: Way of the Sword Tampilkan Musuh Dalam Game & Aksi Combat Epik
Berita

Onimusha: Way of the Sword Tampilkan Musuh Dalam Game & Aksi Combat Epik

June 7, 2025
Mundfish Umum Atomic Heart II – Bakal Lancar Pada 2026 Untuk Konsol & PC
Berita

Mundfish Umum Atomic Heart II – Bakal Lancar Pada 2026 Untuk Konsol & PC

June 7, 2025
Next Post
Persona 5 Tactica – Info Lengkap DLC “Repaint Your Heart Challenge Pack”!

Persona 5 Tactica - Info Lengkap DLC "Repaint Your Heart Challenge Pack"!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd